Pages

Tuesday, November 16, 2010

Panduan Asas Memberi Bayi Susu Botol

Bismillah, 

Permulaan kalam, jangan salah faham dengan saya. Saya masih menyusukan Ahmadi sepenuhnya dan akan sentiasa menyokong penyusuan susu ibu sepenuh hati saya. Namun anak saya yang lain masih minum susu botol. Cuma mereka tak minum susu serbuk dah. Setiap orang yang bg susu botol ni mesti ada alasan masing2. Siapa lah yang tak mahu berikan yang terbaik kepada anak masing2 kan?

Membancuh Susu Formula
Dulu, selalu saya perhatikan orang masukkan susu dulu baru air. Terfikir jugak itu ke cara yang betul untuk bancuh susu??

1. Pastikan botol, puting dan penutupnya telah disterilkan. 
2. Cuci tangan dan keringkan
3. Patuhi sukatan pada label tin. Jangan bancuh cair - jika tidak bayi cepat lapar dan kurang khasiat malah berat badan tidak meningkat dan jangan pula bancuh terlebih pekat untuk elak sembelit. 
4. Tuang air panas ke dalam botol dan kemudian tambah air suam ke paras yang diingini
5. Sukat susu formula dengan sudu yang diberikan. Ketukkan penyukat untuk memaraskan sukatan. Tuang susu dalam botol susu.

6. Tutup ketat botol susu dan goncangkan sehingga susu sekata.
7. Ada yang suka bancuh susu awal. Susu tu boleh je kalau nak disimpan dalam peti ais tapi tahan 24 jam je la. Bila baby dah nak menyusu cuma perlu rendamkan dalam air panas. Jangan panaskan guna ketuhar nanti susu akan jadi tompok panas pulak. 
8. Titiskan sikit atas pergelangan tangan untuk rasa kepanasan susu. Susu janganlah terlalu panas dan terlalu sejuk. Tapi kalau dah selalu bancuh, dah pro dah...hehehe 

Membersihkan Botol Susu
Adalah tidak cukup kalau sekadar masukkan air sabun kemudian mengocak2 air di dalam botol. Berus botol mestilah digunakan untuk membuang saki baki susu dan bilas sempurna. Untuk putingnya pula gunakan berus yang kecil. Kalau guna puting getah, boleh cuci dengan garam dengan menggunakan hujung jari

Mensteril Botol
Membasmi kuman ni hendaklah dilakukan sehingga baby berumur setahun kerana sistem imuniti mereka masih tak kuat. Ada 3 Cara :
1. Tablet Pembasmi Kuman - masukkan semua perkakas botol dalam sebuah bekas yang besar dan bertutup berisi air. Larutkan satu atau dua tablet di dalamnya dan biarkan perkakas itu tenggelam seketika. Kemudian bilas dan keringkan. 
2. Pensteril elektrik - menuang air ikut sukatan dan letakkan botol secara terbalik - paling mudah kan? Tapi nak beli tulah kot yang payahnya :D
3. Kaedah tradisional - rebus botol dan puting dalam periuk selama lebih kurang 10 minit. Cumanya puting cepat rosak kalau disteril dengan kaedah ni 



Korang, tolong klik 'like/suka' kat gambar Ahmadi yg ni....tekan je gambar :P Layanlah saya :P Kuikui

4 comments:

  1. thanx 4 the info..:)

    Selamat Hari Raya Aidiladha

    ReplyDelete
  2. x leh nak like la :) fb kn block :p

    selamat hr raya :)

    me mls btol nak steril botol, Alhamdulillah my nuha jrg dpt sakit :p

    ReplyDelete
  3. thanks for the sharing since i now pun dah start bottle feeding at home

    ReplyDelete
  4. eT, selamat hari raya jugak :))

    eliss...malas nk steril kene basuh betul2 ;)

    dbalkis :))

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!