Pages

Friday, December 03, 2010

Kami Sayang Keluarga Kami

Bismillah,

Saya sedang sambil2 tengok Selami Jiwa di Astro Oasis...wah wah...dok kat umah mak ni bukan main lagik layan TV kan.. Ala2 lepas gian jugak lahboyemo. Bila Dato' Fadzilah Kamsah sebutkan yang mak ni sanggup cium bontot anak sbb sayangnya kat anak tu, saya jadi ketawa sendiri. Saya rasa bukan saya sorang kot yang cium bontot anak2...boyemo Tapi time kecik2 macam Ahmadi lah. Kalau dah sampai level yang besar2 tu kikiki...geram tu ada tapi idakle sampai cium2 kan..

Itulah dia family, mucuk2 pun sayyang juga. Saya sebenarnya tgh seronok ni sbb anak2 saya akan ada bersama di sini. Abah dia kalau dapat sertai kami alangkah bagusnya. Tapi buat masa ni macam nilah. Saya ikut kata suami untuk ikut dia jaga arnab kat sana dan dia kene relakan weols utk duduk sini time cuti sekolah. Nak balik kerap2 katanya dia dah tua nak ngantar nak amikboyemo.

Rasa kekeluargaan ni kalau boleh biarlah kuat. Maksud saya ikatan kekeluargaan lah. Biarpun pasangan suami isteri duduk jauh, jangan jadikan itu alasan untuk tidak ambil tahu apa yang pasangan anda makan hari tu. Juga jangan tidak tahu yang tadi anda ke kedai dan membeli sekian2 barang. Sebabnya, kalaulah ikatan ni kuat maka tak ada daya untuk kita buat benda yang kita tau pasangan kita tak suka benda tu.

Sebagai contoh, seorang ibu dalam satu rumah, dia tak suka rumah bersepah. Kalau rumah bersepah, dia mula nak berleter boyemo. Jadi ada berani lagi mau buat sepah huh??boyemo Kalau berani jugak maksudnya ahli lain memang tak cukup memahami. Kenapa tidak memahami?? Sebab ikatan tu tak rapat lah.

Dalam zaman materialistik ni, jangan pernah sekali menganggap bahawa kasih sayang boleh dibeli. Kita salah besar kalau kita ingat bila kita belikan anak sesuatu, maka mereka akan membalasnya dengan kasih sayang. Hakikatnya, apabila kita mengajar mereka 'timbang rasa' bahawa semua benda tidak boleh dibeli, itu adalah lebih baik sebelum mereka tak habis2 mintak dibelikan itu dan ini.

Dan....akui perasaan mereka. Misal kata anak merajuk sebab abah mereka marah. Jangan biar dia merajuk sbb bila dia merajuk, dia akan mengamuk dalam hati. Lebih malang lagi dia akan sangkakan abah mereka tak sayangkan mereka. Jadi, andai saja anak saya mengamuk dan melarikan diri ke belakang pintu (tempat standard diorang merajuk) saya akan tarik cepat2 supaya mereka keluar dan tanya apa perasaan mereka.

Kerap kali mereka akan kata yang mereka tidak disayangi. Alahai anakku, orang marah tu adalah kerana mereka tidak mahu kamu buat sesuatu yang tidak betul dan selalunya alhamdulillah, mereka cepat OK. Dengan cara ni jugak mereka akan rasa, "Owh, I can talk to my mum. Dia akan selalu dengar saya bercakap. Jadi saya tak perlu keluar rumah untuk cari teman untuk bercakap".

Kehidupan ni, kitalah yang mengawalnya. Kalau kita menjalani kehidupan ni tanpa rasa tanggungjawab maka susahlah untuk kita hidup bahagia. Jadi tetapkanla tujuan hidup dan seterusnya rancanglah bagaimana kita sekeluarga mahu mencapainya. Semoga ALLAH mudahkan kita semua boyemo.



Aduhai kawan yang ada FB, tolong votekan Ahmadi ni di link ini :)
Hanya perlu tekan Vote Now dan kalau rajin komen sekali :) Jika anda ada entry menarik untuk dikongsi di page ini, beritahu saya 
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

No comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!