Pages

Tuesday, December 14, 2010

Mengajar Ahli Keluarga Bersyukur

Bismillah kerokeroppiemoticon,

Satu cara nak hidup bahagia adalah bersyukur. Kenapa?? Sebab dengan rasa syukur, kita akan rasa cukup. Bila rasa cukup insya ALLAH kita tak akan mencari2. Buat apa lagi nak mencari2 kalau semua benda kita dah ada. Ada tak ada sesuatu itu sebenarnya bergantung pada kita. Ada orang rasa dia ada telefon tapi dia rasa tak cukup sebab dia masih rasa 'aku masih tak ada Blackberry telepon mahal'.

Jadi macam mana ek nak ajar ahli keluarga untuk bersyukur ni :

  • Cuba bercakap tentang satu benda kecil tapi menggembirakan - sebagai contoh, kalau dah ada anak, cerita kan gelagat anak2 yang lawak2 yang comel2 gitu. So kan dah ada anak2 dan isteri yang cantik lagi pandai buat lawak, buat pe nak kawin lain kerokeroppiemoticon??
  • Ajar anak share barang - sebenarnya budak2 yang bawah 6 tahun belum pandai pun nak share. Macam kami kat rumah, so far Asmaa' saya patut puji sbb sikap dia yang banyak beralah. Jangan Usamah, dia masih lagi angkat kaki dia tinggi2 dan hempas ke lantai kerokeroppiemoticon. Tapi tu masa kecik la cuma lately, semenjak balik sini (PB) tiba2 dia buat balik mcm tu. Sebenarnya ada satu cara nak suruh diorang share. Kalau diorang takleh nak gilir2kan sendiri sesuatu benda sebagai contoh bola, maka anda bagilah can setiap sorang pegang 2 minit. Setlah alarm enpon atau sape yang ada oven alarm tu pun boleh. Pingsanlah wei kalau 5 anak nak 5 bola...abis serba mak neka pecah nnt tau...kerokeroppiemoticon
  • Buat sesuatu untuk orang lain bersama-sama - sebagai contoh galakkan mereka bersedekah, atau urut2kan orang sakit yang kita bawa anak2 ziarah dan macam2 lagi. Atau boleh juga dengan mengumpulkan baju2 mereka yang tak boleh digunakan lagi agar dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan. Mereka akan rasa gembira bila melihat kegembiraan orang lain menerima hadiah dari mereka itu. 
  • Beritahu mereka bahawa kita sebenarnya masih untung - kerana kita punya rumah, punya makanan, punya ibubapa dan adik beradik malah saling sayang menyayangi pulakerokeroppiemoticon. Ada setengah orang mereka ada segalanya tapi hidup masih kosong, asyik bergaduh dan jiwa tidak tenang. Malah ada pula mereka yang tidak ada apa2 langsung...
Ah...kadang2 hidup ini terlalu dianggap susah sedangkan kita banyak pilihan untuk berasa tenang. Kita banyak pilihan untuk menjadi baik dan banyak pilihan untuk jauh dari kejahatan. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang bersyukur kerokeroppiemoticon.



Aduhai kawan yang ada FB, tolong votekan Ahmadi ni di link ini :)
Hanya perlu tekan Vote Now dan kalau rajin komen sekali :) Jika anda ada entry menarik untuk dikongsi di page ini, beritahu saya 
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

6 comments:

  1. eheh
    bab bagi baju kat org lain tu..
    mmg rasa syahdu sgt..
    aku dulu satu kaurga mmg selalu dpt baju pemberian org
    tpi skunk bila dah senang sikit..
    bg ler pada org lain..

    ReplyDelete
  2. salam pijah,
    akak tag pijah untuk satu giveaway..

    ReplyDelete
  3. talking about anak saya emir, dia tak pandai lagi nak share barang, setakat ni barang dia barang dia.. kalau pergi rumah orang pun, kalau dia suek barang tu, dia akan pegang kejap jer, lepas tu dia letak balik, sebab dia rasa tu barang orang.. (memang pun), maksudnye, tak reti lagi nak share :)

    ReplyDelete
  4. Ayu, itu yg kita mau....bila dah senang jgn lupakan orang :))

    K.Aanas, insya ALLAH akan masuk.. dah draft smlm tp adik plak amik komputer

    Mira, bagus nye emir tau beza barang sendiri dgn org lain....huhuhu, ni tak semua barang yang dia pegang dia punya...wuwuwuw

    ReplyDelete
  5. pija,
    bukan tak bersyukur.. tapi bila 'baju kecik' ibu pakai sampai koyak, jahit mana yg patut.. pujuk2 en ayah bg le bajet sket.. sampai hari ni pakai jer la.. walau rasa tak selesa... beli brand pasar mlm, pakai 1 hari dah putus.. jenuh jahit lagi... huhuuuu...

    tgk org lain, beli gelang riban2 siap citer brp riban dia beli.. kdg2 terasa di hati, kita ni nak beli baju kecik pun x de bajet.. usah ckp la baju lain,...

    en ayah cadang, potong streamyx, leh jimat guna utk beli apa2 yg xde.. dah tu mati kutu la tak berblog.. kurang2 bila online ade la jugak income utk cover streamyx.. hohooo.. apa kah ini dok melapor di sini...

    ReplyDelete
  6. Kakyong, alamak...ajak potong streamyx tu bunyi mcm seram kan...ahahaha....saya pun tumpang seram jugak.. anyway, sabarlah kakyong, semoga ada rezeki di sebalik semua2 ni satu hari nnt :)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!