Pages

Sunday, December 12, 2010

Nilai Murni Dalam Keluarga

Bismillah,

No 1 yang saya nak ingatkan kepada para pembaca, kita sebagai ibubapa mestilah selalu optimis bahawasanya anak kita adalah anak yang baik. Memang kadang2 kita nampak, anak aku boleh panjat sampai siling, anak dia tu duduk tersandar kat dinding diam2 ajekazidoraemoticon. Nehi...nehi...itu hanya dari satu segi, mana tahu rupanya anak kita pandai main bola sepak tapi anak dia tu asyik sepak angin sajakazidoraemoticon.

Sebab kadang2 ada orang ni suka nak banding2, "eh anak aku lagi ganas pada anak hang". Konon2 anak dia paling genius in the world dan anak orang lain zero. Kalau anda hadap orang yang macamni, iya2kan aje lah pasal anak dia sambil berdoa, moga2 anak dia tu jadi macam yang dia kata.

Bukan apa, kadang2 orang tu hanya gembar gemburkan aje berita yang kita pun taktau betul ke tak. Dia kata anak dia dah khatam kamus, tapi yang peliknya matematik ringkas tak lepas pun. Huahua...ni dah macam nak melaga2kan orang plak. Maksud saya macam ni, kalau orang kata anak kita koman spanar ke apa, buat lantak aje...tak luak pun kata2 orang. Yang pasti mulut kita tu jangan sebut benda yang bukan2 pada anak kita.

Jadi macam mana nak jaga nilai murni dalam keluaga?

  • Peraturan keluarga - mesti ada satu peraturan yang mengatakan yang ni boleh dan yang tu tidak. Kemudian semua ahli mesti patuh dengannya. Jangan sampai orang ni tak boleh buat tapi orang tu tidak. Kalau tidak undang2 itu akan jadi celaru. 
  • Disiplin -bila dah ada peraturan mestilah kene disiplin juga. Jangan buat peraturan tapi kita tiada inisiatif nak ajar anak untuk berdisiplin dengan undang2 itu. Untuk capai tahap disiplin yang memuaskan, anda akan sedar yang mulut anda tidak akan berhenti menyuruh bila mereka tak buat, melarang bila mereka melanggarkazidoraemoticon dan memuji bila mereka mematuhikazidoraemoticon.
  • Tanggungjawab - setiap anak mesti ada tanggungjawab mereka sendiri. Mereka perlu tau bila mereka bangun dari tidur, mereka kena kemaskan tempat tidur mereka. Bila mereka makan, mesti basuh pinggan dan kutip tumpahan yang mereka buat. Duit belanja kita bagi, mesti dibelanjakan dengan cara yang betul. 
  • Belajar bersama - ini juga adalah cara untuk memupuk nilai murni. Anak2 memang suka belajar, asal saja ada yang hendak mengajar. Tanpa ada orang yang mengajar, sikap ingin tahu mereka akan terawang2 macam asap. Seperti asap, sikap ingin tahu ini akan hilang dan akan meninggalkan ruang2 kosong dalam minda mereka. Oleh itu, bila mereka ingin tahu tentang sesuatu, ajarlah...jika anda tidak tahu, anda perlu belajar dan kemudian dapatlah anda mengajar juga. 
  • Adil - kalau belikan sesuatu, sama ada anda belikan satu benda dan boleh digunakan ramai atau belikan sesuatu yang semua orang dapat atau juga belikan sesuatu untuk semua anak perempuan sahaja atau untuk anak lelaki sahaja. Jangan sampai anak merasa, kenapa dia tak dapat apa2 sedangkan adik beradiknya yang lain ada habuan masing2. 
  • Mengajar kebaikan - nak anak baik, kenalah diajar buat benda baik. Bagitau dia, "Kita kena baik dengan binatang, mereka pun makhluk ALLAH jugak.." dan jangan lupa bgtau kenapa.
  • Bekerjasama - kalau boleh setiap benda yang kita suruh biarlah buat bersama2. Umpamanya mengemas rumah, pastikan semua anak2 ada bahagian masing2. Jangan disuruh kakak yang sulung sedangkan yang si adik buat derk aje...sian kakaknya nanti dia rasa dia kene dera pulak.
  • Jujur - ajar mereka untuk beritahu yang betul sekalipun mereka salah. Itu adalah lebih baik dari mereka buat kesalahan tetapi tidak mengaku buat salah. Itu lebih melukakan sebenarnya. Ajar juga mereka agar jangan mengambil barang orang lain yang bukan milik mereka. 
  • Rajin menolong - galakkan mereka saling tolong menolong walaupun tidak disuruh. 
  • Kesopanan dan tatasusila - selain dari mengajar mereka melalui kata2, mereka juga belajar dari kita sendiri. Jadi, kita perlu mengemaskan diri kita dengan akhlak yang baik supaya mereka tidak menjadi orang yang tidak berakhlak. 
Mengajar anak menjadi orang yang baik2 akan membuatkan mereka tenang dan bahagia dalam kehidupan mereka. Semoga mereka menjadi anak2 soleh solehah buat kita. Semoga kita dapat cucu2 yang soleh solehah jugak kazidoraemoticon.

Aduhai kawan yang ada FB, tolong votekan Ahmadi ni di link ini :)
Hanya perlu tekan Vote Now dan kalau rajin komen sekali :)

 Jika anda ada entry menarik untuk dikongsi di page ini, beritahu saya 
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

5 comments:

  1. terasa la kak pija bila org banding2kan anak sediri dgn anak org lain. tapi dah jenis tak reti nak menjawab, simpan dlm hati je la..

    part kita jgn kata yg bukan2 ttg anak sendiri tu mmg nadiah setuju sgt sbb kata2 ibu kan jadi doa. tu yg nadiah cuba sedaya upaya jaga lidah kalau nak bercakap dgn anak walaupun masa tu kita tgh geram dgn anak kita tu. risau apa yg terkeluar dpd mulut jadi doa

    ReplyDelete
  2. biasa lah bila dah jd ibu2 yg 24 jam di rumah ni.. sesekala dok laman rumah lama2 sikit, pasti lah ade jiran yg menyapa.. & pasti lah ade sedikit poin mbandingkan anak2..

    kakyong ni jenis yg malas ckp byk.. malas nak berlawan ckp kalo dah tau org tu jenis suka nak menang.. jd kita bg jer lah dia menang dgn cara tak ckp byk.. & yg penting cuba buat yg terbaik utk anak2...

    ReplyDelete
  3. hm, anas sejak akhir2 ni dah pandai berebut mainan dgn org. yg x syoknya die nakkan mainan org, siap nak bawak balik. bila kita ckp ni bukan anas punya tak boleh bawak balik, dia ok skjp. tp bila tuan rumah offer suh bwk blk, cpt je dia amik n tanak pulangkan lg dah...

    dulu ms kami kecik2, ayah mmg xbagi amik brg kt rumah org... berjaya la ayah kami didik km adik beradik. tp susahnya sy nk didik anak sndiri bila tuan rumah beria suh kita amik.

    bagaimanakah?

    ReplyDelete
  4. lg 1, dulu anas selalu di banding2kan sbb dia agak lmbt boleh berjalan berbanding anak org lain. sy ckp, xpelah, setiap kanak2 ni berbeza2 kemampuan dan kebolehan die. masing2 ada kelebihan dan kekurangan tp jgn bg diorg rasa diorang kurang... better kita sbg parents sntiasa doakan yg baik utk anak2... org lain nk ckp apa, biar kan je...

    ReplyDelete
  5. Nadiah, jgn kata nadiah, k.pija pun pantang kalau orang kata2 anak kita...tapi k.pija percaya, yang penting jgn kita yang kata dan jgn amik pusing apa yg orang kata...buat serabut je sbb diorang yang komen anak kita tu bukan kenal anak kita pun, time buas dia nampak time anak kita baik cerdik sihat dia tak nampak pun....sedap nak kutuk jek...

    kakyong, saya rasa baik senyap je...saya sll kata dalam hati, one day kau tau lah anak aku mcm mana nanti..skang ko nak kata, ko katalah...nnt2 ko ngangalah tgk anak aku setara mana :P dan betul, kita usahakanlah yang terbaik untuk anak2...

    Shira, pasal amik mainan anak orang kan, husband akak walaupun mainan tu sebijik guli dia sanggup patah balik hantar semula...huhuhu...walaupun tuan rumah tu beria2 nak kasi, suami akak akan kata tanak ajar diorang senang2 amik barang orang...bab ni kena tegas sikit lah kot...biar anak melalak dan semoga mereka faham kenapa kita buat mcm tu :)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!