Pages

Saturday, January 22, 2011

Awas Para Isteri Di Selangor

Bismillah,

Hah..jangan2 korang tatau lagi nih. Ini adalah kenyataan yang boleh menggugat puan2 isteri di Selangor ni...ekekeke...


Kerajaan Selangor telah melonggarkan prosedur permohonan untuk berpoligami mulai tahun ini. Kalau sebelum ini isteri pertama mesti hadir di mahkamah bagi mendengar permohoan suaminya untuk berpoligami, tetapi kini mahkamah boleh dengan budi bicara hakim tidak memanggil isteri pertama bagi memberi keterangan.
Dengan prosedur baru ini, diharapkan tidak ada lagi rakyat Selangor yang mengambil tindakan kahwin lagi ke negara jiran. Kelonggaran ini boleh membantu mereka yang berhasrat untuk berkahwin lebih tanpa menyusahkan mana-mana pihak baik suami mahupun isteri.

Jangan risau kawan2. Barangkali suami kalian OK2 saja. Sebenarnya poligami ni ada caranya. Kalau terkena elok dengan suami kita, OKlah..tapi kalau tak, memang ada yang nak kena keratlah jawabnya hehe... Tapi ni dia ada pesanan tambahan buat suami yang berada di Selangor.


Wahai suami, jika anda berhasrat hendak berkahwin lebih daripada satu, jangan bertindak membelakangkan isteri anda. Jangan kerana hendak berkahwin isteri muda anda sanggup menipu isteri yang pertama kali dalam hidup anda. Ertinya, beritahulah dia hasrat anda dengan baik.
Memang betul, dia akan membantah, dia akan menangis kerana dia sayangkan anda.
Tetapi percayalah kalau dia membantah, sedangkan dia tahu anda tetap hendak berkahwin, nescaya dia akan merelakan atas keikhlasan anda memberitahunya. Dia akan marah dan sedih tidak lebih daripada tiga bulan, tetapi kalau anda dapat memberi kebaikan yang sama kepadanya, segala duka nestapanya akan hilang.
Pendekatan ini lebih baik daripada anda merahsiakan perkahwinan anda yang kesannya anda akan mencuri masa untuk bersama isteri pertama atau kedua. Mahukah anda hidup seperti seorang pencuri, terhendap sana terhendap sini, takut isteri tahu.
Pada masa yang sama anda akan menipu isteri pertama, hendak metinglah, ada jumpa pelangganlah dan sebagainya, sedangkan anda tahu penipu itu adalah dosa besar. Apa kata, setelah beberapa lama berkahwin, tiba-tiba isteri anda mendapat tahu yang anda sudah ada isteri baru, kesannya anda akan berperang besar dengannya. Kalau sudah perang besar, tiga tahunpun belum tentu reda.
Jadi, mana yang anda hendak pilih, isteri marah hanya selama tiga bulan atau perang besar yang belum tentu reda selepas tiga tahun? Anda tentu bijak untuk memilih yang terbaik untuk anda dan keluarga anda.


Erk..saya ada terbaca nasihat untuk isteri tapi bila saya baca nasihat tu, saya jadi sakit hati pulak. Jadi saya taknak sharelah kot. Kikikikiki.... Sebabnya dia tak nasihat perkara lain sebelum nasihat perkara di atas ni dulu. Jadi laki2 yang tak berapa panjang akal dia, mungkin tergesa2 bertindak seperti diatas sedangkan mereka perlu fikir banyak benda sebelum berkahwin lagi.

Saya bukan tidak kesiankan anak2 dara yang diluar sana cuma ada sesuatu yang masih menyekat saya (saya bercakap tentang rumahtangga kami sahaja, bukan orang lain) dari mencari madu untuk diri sendiri. Kebetulan pula, walaupun suami saya kuat sekali mengusik saya dengan angka 2,3 dan 4 dalam kehidupan, tapi selepas mendengar ceramah tentang Kapal Mavi Marmara itu, katanya, "Hah! Sempat ke lagi nak kawin ramai2 kalau macam tu??"

Bagi sesetengah yang berkelayakan, serta mempunyai isteri yang mempunyaijiwa yang kuat teruskanlah. Bukan sedikit apa yang bakal didapati hasil dari poligami ini. Saya pernah melihat sendiri seronoknya dua madu berpakat2 menjaga anak mereka walaupun anak2 mereka membesar dalam kepayahan. Semoga ALLAH memudahkan jalan hidup mereka...

**erkk...anda bagaimanakah?? **wink**
**atas permintaan seorang budak cantik, saya dah besarkan tulisan merah itu :))


Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

4 comments:

  1. kalo kakyong... mungkin tidak utk masa ni.. sebab kami anak-beranak makan minum pun tak menentu... dok kambus hutang sana, hutang sini pulak terbit...

    dan 1 lagi, ade byk la sbb lain, dr segi kesediaan rohani & penghayatan islami yang rasanya masih tidak mendalam...

    ReplyDelete
  2. kalau Knur pun rasanya suami knur tak mampu lg sbb skrg ni, rumah sendiri pun belum terbeli. Tak tahula masa depan, tak berani nak cakap kan.

    ReplyDelete
  3. kalau ikut tajuk aye kira bernasib baik sebab tinggal di Perak. Walapun demikian, apa2 buleh berlaku kan. Mudah2an bukan buat masa ni... dan janganlah terjadi pada kita semua... kalau tidak penuh blog dengan tajuk yang hampir sama... heheh..

    ReplyDelete
  4. hmm,menarik nih...
    hehehe

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!