Bismillah,
Anak2 ni, fitrah mereka suci. Senang je nak ajar mereka solat sbb usia ni mereka nak. Jangan ajar mereka bila mereka dah besar panjang, time tu dah liat dah. Nak ajar pun, bukan hari ni kita mula ajar, esok mereka boleh solat sendiri. Memang kena berdikit2. Apa yang saya cuba buat adalah dengan menggunakan approach di bawah :
Rasullah S.A.W pernah bersabda iaitu:-
“Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur" .
Anak2 ni, fitrah mereka suci. Senang je nak ajar mereka solat sbb usia ni mereka nak. Jangan ajar mereka bila mereka dah besar panjang, time tu dah liat dah. Nak ajar pun, bukan hari ni kita mula ajar, esok mereka boleh solat sendiri. Memang kena berdikit2. Apa yang saya cuba buat adalah dengan menggunakan approach di bawah :
- Solat berjemaah - Pada pandangan saya, kaedah paling mantap untuk mendidik anak solat adalah SOLAT BERJEMAAH. Secara tidak langsung, anak2 yang selalu meniru2 ibubapa akan terdidik sama untuk menunaikan solat. Anak2 saya hafal surah alFatihah rasanya dengan mendengar abah mereka membacanya setiap kali solat jemaah.
- Kursus Solat - masa di Pasti Pt Buntar, mereka ada anjurkan kursus mengajar anak solat. Anda boleh mencari kursus yang bersesuaian dengan peringkat umur anak anda di tempat anda
- VCD/Youtube - boleh search atau kalau ada dijual bolehlah dibeli
- Prayer Practice - anda boleh mendapat keterangan lanjut di link ini. Ia menggunakan sticker yang menarik untuk meningkatkan motivasi anak dalam menunaikan solat.
- Lakaran Gambar Pokok - gambar pokok ni saya dapat dari link k.Noraslina Jusin.
Gambar pertama merupakan lakaran sebatang pohon dengan tujuh dahan yang dipenuhi lima helai daun dan sebiji buah pada setiap satunya, manakala gambar kedua, juga merupakan lakaran sebatang pokok tetapi lebih besar dengan dahan yang lebih banyak dari yang pertama.
- Buku Panduan Bergambar - contohnya yang ada di bawah ni (utk beli boleh klik pada gambar di bawah)
Ust. Kamal Mahyuddin Harun
- ISBN: 983-3901-01-8
- Penerbit: ReadNetwork Sdn. Bhd.
- Harga Pasaran: RM6.50
- Kesesuaian Usia: 5+
PANDUAN AMALI SOLAT
Buku ini menyediakan panduan lengkap bagi bacaan-bacaan, doa, dan wirid ketika hendak, sedang dan sesudah solat. Ia disusun bagi:
Buku ini menyediakan panduan lengkap bagi bacaan-bacaan, doa, dan wirid ketika hendak, sedang dan sesudah solat. Ia disusun bagi:
- Panduan efektif bacaan dalam solat, wirid dan doa selepas solat
- Semua bacaan disertakan dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan bacaan
- Amat sesuai digunakan sebagai panduan kanak-kanak semasa Kursus Amali Solat, dan Ujian Penilaian Kelas KAFA, J-QAF, PAFA dan SARA
Ustaz Kamal Mahyuddin Harun, yang berkelulusan BA dan MA dalam bidang Usuluddin daripada UM merupakan seorang pendidik yang berpengalaman dalam pendidikan Islam dan telah menulis lebih daripada 50 tajuk buku pendidikan Islam untuk rujukan sekolah. Sekarang masih mengajar di sekolah YIK dan menjadi Imam merangkap Timbalan Pengerusi Masjid Al-Amin, Kota Bharu.
huhuh
ReplyDeleteaqil klu aku ajo nak tak dia ikut kak?!
ekeke..
baca fatihah pun bunyi ujung - ujung..
huhuuhuh...
yg jelas cuma bacaan aminnnnnnnnn
ekeke
thanks kak siti...tgh dlm usaha jugak ni..pakai telekung ndak,tp,2rakaat je,londeh abih dah.sabar..sabar...
ReplyDeleteqispun dah mula belajar skit2. mula sujud & rukukpun tak betui... skang dah betul dah.
ReplyDeletepastu bile tgk adik dhuwa dia meniarap pastu sembam muka kat tilam.. dia plk tanye
"adik wat ape tu?? cemayang ke"
comel jek
nak jugak la beli buku ni.
ReplyDeletetulah bagusnye klu solat jemaah nikan..anak2 blh folo skali..Umar pon dh pandai bc fatihah,mase solat soh bace kemain pjg & lagi lame dr kitorg,hehehhe
ReplyDelete