Pages

Thursday, January 27, 2011

Kenapa Tinggalkan Solat??

Bismillah,


Sebenarnya saya rasa susah hati, susah hati kalau solat tidak diterima ALLAH. Kadang2 solat pun terkocoh kacah dan tak kurang jugak solat dengan keadaan anak2 tengah nangislah, tgh berdiri sambil pegang telekunglah...aduhai rasanya susah sangat hati. Tapi saya rasa lagi susah hati kalau tidak solat. Tapi yang musykilnya, mcm mana orang boleh senang2 hati tinggalkan solat??


Kenchana pun tau semayang menolong kita ke jalan yang terbaik


Kalian ada tak jawapannya? Saya ada tanyakan di wall FB saya dan jawapannya ada bermacam2 lah..saya copy paste ek sbb saya tak reti nak printscreen guna leptop mak saya ni :P
  • Malas - Ya ALLAH, risaunya kalau seseorang tu dia tak solat sebab dia malas...kerana kemalasan itu lebih besar dari rasa kehambaan kepada Pencipta. 
  • Sbb diaorang rs ramai je org x smyg kaya raya atas muka bumi ni..x smyg pn bjaya je.. - Perlukah kita tunggu sampai ALLAH tarik balik semua ni baru nak solat
  • sbb x nampak neraka... x nmpak syurga jugak.. - *sigh*
  • sbb takdak hukuman dunia kot... org tak rasa bersalah sbb tak smyg tarak rasa beza apa2 pun... sama ja smyg ka xsmyg... 
  •  sebab diorg x nampak apa kelebihan bila bersolat dan kekurangan bila x solat...sblm ni solat hanya kerana terpaksa, hanya bila di suruh...bukan ikhlas dari hati...
  • tak dapat didikan dari kecil..
  • pengaruh sekeliling + iman yang tak kuat..
  • mungkin sbb kejahilan n kekurangan ilmu agama dari kecil..n pengaruh dari parents gak.
  • sbb kurang rase malu terhadap Allah kot..xde segan silu tdo terbabas x subuh,then jln2 x malu x solat sbb rs leceh...
  • rasanya sbb dia x rasa dia hamba ALLAH...sbb tu x takut tinggal solat
So, inilah dia (barangkali) penyebab kepada kenapa seorang Muslim itu tidak solat. Jadi saya rasa punca masalahnya adalah barangkali :
  • Aqidah yang lemah yang berasal dari kurang didikan dan degil
OK, kalau cakap pasal kurang didikan, sebenarnya hal ini boleh dirawat. Sebab kita dah tau puncanya adalah kurang didikan. Ayat orang yang kurang didikan ketika membuat alasan tidak solat barangkali mcm ni :
  • Saya tak tau cara nak semayang
  • Saya tau cara nak semayang tapi saya tatau la pulak besar mana dosa kalau tak solat ni
Adus...dan macam2 lagi lah...jadi saya ingin membuka sedikit ruang, bertanyakan anda2 yang tahu bagaimanakah kita nak mengembalikan kekuatan aqidah diri kita dan saudara2 kita di luar sana. Semoga dapat kita ketemu satu jalan untuk membawa mereka kembali kepada agama Islam tercinta ini....


Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

2 comments:

  1. Mmg kita mesti menjaga solat sebaik mungkin sbb solat itu tiang agama..

    ReplyDelete
  2. Lalai pada waktu. Kadang tu xdapat elak sbb kerja urgent. walaupun solat tapi dipenghujung waktu tetap juga menerima dosanya. teringat kisah Rasulullah saw dgn seorang hamba Allah ketika kebumikan kakaknya. Tapi jasadnya hadapi masalah. rupanya sbb si kakak walaupun bersolat tp selalu dihujung waktu. Astagfirullah... saya pun baca entry Siti ni tersentap hati juga. sbb antara hambanya yg suka lengahkan waktu solat. pentingkan kerja dlu.. mudah2an iman saya kuat dan saya tak lalai dlm urusan solat lagi. Trimas Siti, entry ni secara xlangsung buka hati saya muhasabah diri harini...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!