Pages

Thursday, March 31, 2011

Apam Mekar Yang Beracun

Bismillah,

Malam tadi bagaikan tidak lena tidur. Agaknya sebab dari semalam saya memasang angan-angan untuk buat apam mekar. Jadi pagi ini saya bangun dengan mudah tanpa rasa malas. Semua barangan yang diperlukan telah saya beli semalam. Rupanya tidak susah untuk buat apam ini.

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1 biji telur
1/2 sudu teh soda baikabornat
2 susu besar serbuk koko

senang jer masak dia.. campurkan kesemua bahan dalam blender kisar sehingga sebati. kemudian masukkan dlm cup cake acuan lompang kukus 10 minit sehingga masak... tadaaaaaa kan senang mcm pejam mata pun leh buat....
Resepi di atas saya dapat dari link ini.


Jadi apa yang menjadikannya RACUN?? Kalian lihat kertas hijau ini. Semalam semasa hendak membeli, memang terdetik di hati saya sama ada warna kertas ini akan turun atau tidak? Baru lagi saya berbincang dengan mertua, bahawa bila ada satu naluri tidak enak, tapi kita berdegil melawannya maka dapatlah padahnya.

Empat kali jumlah apam di atas terbuang begitu sahaja selepas suami saya menegur warna kertas itu luntur. Menambah luka bilamana anak-anak yang sedang makan terpaksa suami saya hentikan atau mereka akan makan lebih banyak kandungan pewarna itu. Benar, ini silap saya. Selain mengabaikan naluri saya, saya juga malas bergerak ke kedai lain untuk mencari kertas yang sesuai.

Selain dari empat kali jumlah apam di atas yang dibuang, saya juga buang keseluruhan kertas hijau itu. Biarlah, barangkali itu bukan rezeki kami. Itu lebih baik daripada makan makanan yang mengundang mudharat. Tapi, bukanlah tiada rezeki langsung buat anak-anak saya, masih ada sedikit lagi yang berbaki dan saya masakkan dalam loyang.

Sedari awal tadi saya memang berniat hendak masak selebihnya dalam loyang itu cuma saya masukkan dalam kertas untuk memudahkan anak membawanya ke sekolah. Sudahnya tadi, Asmaa' sekali lagi membeli makanan di tepi jalan sebagai bekalnya ke sekolah.

Oh ya, saya menangis semasa apam tu dibuang. Sebagai ibu, saya tidak dapat mengelak daripada 'terasa' bila apa yang saya buat dengan penuh semangat (hendak dikata penuh kasih sayang bagaikan tidak kena) dikatakan beracun. Suara anak-anak yang mengatakan apam itu beracun juga melukakan saya sedangkan apam itu tiada salahnya, tetapi kertas itu yang salah.

Saya sebenarnya tidak pandai pun memasak tetapi bila suami ada kesedaran untuk menjaga pemakanan (semoga selepas ini kami menitik beratkan kebersihan luar rumah  juga) maka saya usahakan juga untuk belajar pelbagai resepi. Saya tidak mahu anak saya terliur melihat coklat di pasaran tapi tak dapat memakannya, juga saya tidak tahan melihat anak-anak meminta kek-kek atau apa sahaja yang terdapat di kedai atau dijamu orang jadi saya cuba yang terbaik untuk anak-anak saya.

 

6 comments:

  1. alahai sedihnya.lepas ni kena beli kertas yang betul utk apam lah. kat ofiz hari ni ada pot luck, terliur tengok apam :)
    pija, eliss dah email alamat pemenang yer..dah pos bagitau elis sekali yer..thanks :)

    ReplyDelete
  2. yupp....kejadian hari ini sungguh menjadi pengajaran!

    ReplyDelete
  3. sedihnyo kak pija, letih2 buat pastu keno tohok gitu jah deh

    takpo, jd pengajarn ko kito jugop lepas ni keno hati2 :)

    ReplyDelete
  4. takpo...nangis kejap jah..bila ingat2 kita org tua gini laa...teraso sana teraso sini...ehehehe

    ReplyDelete
  5. pija,

    beli la acuan mcm org buat apam eno @ apam seri ayu tu... ade yg jenis plastik @ yg tembikar tu...

    ReplyDelete
  6. kakyong, yg tu 1st time buat...lain kali buat harus cari gajet dulu hehehe...ntah thn bila akan saya buat semula :P

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!