Pages

Thursday, March 10, 2011

Pengalaman Berhadapan Dengan Situasi Tidak Beradab

Bismillah,

Hehehe...OK2 ye saya buat tajuk ni sebab saya tengok tajuk ni di wall MHI lagik lionkingemoticon. Kontang idea? Idea tu ada sebenarnya tapi konon2 nak kasi banyak sikit entry dalam satu hari so kene top up dengan cara ni. Lagipun apa salahnya kita share benda macam ni kan?

OK, macam yang saya katakan pada tajuk, saya agak jarang jugaklah berhadapan dengan situasi tak beradab. First yang kita kena setkan adalah, jika kita beradab insya ALLAH memang takkan jumpalah situasi yang tidak beradab ni kerap2. Mustahil kalau tak jumpa langsung sebab kadang2 minda kita ni kene cuci baik punya dengan cara terjumpa situasi nilionkingemoticon.

Saya nak cerita tapi apa yang saya cerita ini tak berkaitan dengan orang yang saya kenali. Mana boleh ma cerita tentang orang yang saya kenali. Itu sama macam saya memalukan mereka dan saya sayangkan mereka dan saya memahami bahawa human is not perfect. Sebagaimana saya juga, barangkali saya tak nampak ketidakberadaban sayalionkingemoticon.

Beberapa minggu lalu, saya terbang ke sebuah negara. Tunggulah lamaaaaa sikit baru saya reveal saya pergi mana. Sebabnya, saya takmau ada orang sukasuki buat persepsi sendiri. Pertama yang saya ingin katakan tentang perjalanan itu adalah, saya tidak mengeluarkan sebarang duit poket - bermakna keseluruhan perjalanan itu ditaja kecuali duit buat paspot sahajalionkingemoticon.

Penduduk negara itu sebenarnya sangat baik banding penduduk negara kita. Tapi saya nak cerita ni saya tatau dia penduduk negara mana. Ia terjadi ketika dalam penerbangan pulang ke Malaysia. Seorang penumpang yang duduk depan saya tidur berdengkur. Suami saya ada tanya saya, "Bunyi enjin kapal terbang ke?" lionkingemoticonkehkehekeh.

OK, bila sebut perjalanan pulang tu sudah pastilah kita dalam keadaan letih lesu dan sebagainya. Mengharungi seminggu di negara orang ternyata tidak membuat saya rasa gembira. Ada baiknya jika saya boleh melancong dalam Malaysia saja. Tapi saya ke sana pun bukan tujuan melancong tapi mewakili orang untuk melakukan sesuatu. Ahahaha....misteri lagi.

Jadi, disebabkan letih dan saya dah mula tak sihat sebab tertinggal henpon saya beberapa jam sebelum tu, maka dengkuran tu memang menjadi satu gangguan jugaklah tapi saya mahupun suami tak tergamak pun nak sound orang depan tu. Dia memang berdaulatlah sbb satu line 3 kerusi tu dia sorang je duduk so apa lagi, memang tidur baringlah dia.

Sampailah seorang pramugari lalu untuk jual makanan. Dalam perjalanan balik ni barulah saya order makanan. Sebabnya dah lapar tahap susah nak kawal tapi still benda tu takleh diterima tekak saya atau senang kata nasi lemak saya tak sedap dan saya rasa nasi beriani suami saya pun kureng. Tapi si pramugari yang mukanya bagi saya cantik tu buat muka bengkek pada lelaki yang berdengkur depan saya.

Dia siap buat gaya konon-konon nak tabur muka orang tu dengan sachet serbuk nak bancuh air. Dah lah buat tak cover2 langsung. Bagi saya si pramugari tu bawa imej Air Asia dan Malaysia juga ye... Dia sepatutnya bersikap profesional. Saya rasa dia boleh je kejutkan penumpang tu baik-baik dari buat gaya siap dengan memek muka mengeji. Siapa tahu? Dia pun tidur berdengkur jugak??

Walau apapun, sentiasalah untuk mengawal diri dari melakukan perkara yang tidak beradab. Semoga dengan itu hidup kita sentiasa aman dan bahagialionkingemoticon.

 

5 comments:

  1. pramugari tue kena la jaga etika. walaupun org yg tidur berdengkur tue x tahu ape dia buat ..penumpang lain memerhati je.

    ReplyDelete
  2. mm...tu lah pasal :) sayang muka lawa tapi...................

    ReplyDelete
  3. pramugari tu kena belajar lagi before fly balik, hehe...

    ReplyDelete
  4. jeliter kanns.. ehehe

    ReplyDelete
  5. Shira, a'ah dia kene belajar adab semula

    En me...ehem2, org laki memang..nampak tang jelita je :P

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!