Pages

Wednesday, March 09, 2011

Penggubalan Undang2 Baru Dalam Rumah Kami

Bismillah,



Haha...takde buat sidang parlimen tapi saya guna kuasa veto saya untuk kuatkuasakan benda ni serta merta untuk kemaslahatan bersama. Eh kemaslahatan tu apa ekoctopusemoticon?? Pandai2 je nak guna ayat mabeles...

Undang2 ke satu :
Teh hanya boleh diminum di waktu pagi dan di bekal ke sekolah sahaja
Sebelum ni kadang2 sampai 3 kali saya bancuh air teh dan diorang jadi tak minum air kosong. Sikit2 nak air teh... Sampailah saya buat kajian, jika satu jag saya bancuh air ceh dengan satu uncang teh dengan 8 sudu gula, cuba bayangkan kalau 2 atau 3 kali bancuh? Ni bukan masalah takde duit nak beli gula tapi ia adalah masalah penggunaan gula yang berlebihan. Jadi lepas ni kita boleh la kot save sikit bajet untuk gula ye hanak2 octopusemoticon.

Undang2 ke dua :
Mengaji dah tak boleh buat lepas Maghrib
Asyik ngelat je kalau buat lepas MAghrib. Kadang2 uminya yang dah tak larat dan kadang2 anak2 pulak yang collapse sendiri. Maklumlah siang diorang ni memang tak kenal bantal. Kalaupun diorang main bantal waktu siang ia adalah untuk buat rumah. Apa?? Anak saya kreatif tau boleh buat rumah dari bantal octopusemoticon. Sakit jiwa umi tengok..ahahahaha....


Undang2 ke tiga : 
Buat latihan dalam buku latihan apa2 dan solat Zohor dan Asar kalau nak keluar main.
Saya wajibkan pada Usamah dan Asmaa' saja. Buat masa ni tak pulun sangat Uwaiys dan Arwa. Sambil tu, lepas solat Zohor memang akan sentiasa pasang CD untuk mereka. Kalau Asmaa' dan Usamah tak buat benda ni maka tak boleh keluar mainlah jawabnya. Lepas tu kalau dah buat latihan tu kenelah saya tanda betul atau salah. Kira jadik cikgu lah.

Undang2 ke empat
Dah takde dah octopusemoticon Kang banyak2 sangat undang2 penguatkuasa tak larat nak handle pulak. Buat masa ni undang2 yang telah tersebut di atas sedang berlangsung dengan jayanya. Anak2 saya memang bagus octopusemoticon!


Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)

7 comments:

  1. kita samalah pija,
    izan takdelah kuatkuasakan undang2 tapi kalau bab air manis ni minum time ayah dorang minum je. sekali sehari pun blm tentu kadang2 tu....

    yessss...kurangkan gula maniskan senyuman gitu

    ReplyDelete
  2. berkuatkuasa serta-merta ek?
    hehehe

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...klu tak ikut undang2 kena saman n demerit tak...hehehe

    ReplyDelete
  4. kemaslahatan = kebaikan

    ReplyDelete
  5. kalo me buat undang2, adalah utk hubby, nuha tak reti lagi ikut arahan kot :p

    ReplyDelete
  6. Izan, kami pulak kene juga ada air manis utk bekal diorang kat sekolah..kalau tak takut diorang tak minum langsung di sekolah..kat rumah kita boleh pantau sendiri dia minum air masak..

    Hanie, ahahaha...dah berkuat kuasa dah

    Zaidah, memang kene saman.. denda nya takleh main luar...

    Me, tenkiuuu

    Eliss, ahahaha... kat rumah ni, budak2 senang paham arahan, abah dia kalu...erkkkkk

    ReplyDelete
  7. pe'el ank2 kite lebih kureng je kak pija oi...hehe...undang2 pun xjauh beza , bab nk ngurangkn gula tu , masih kureng dpt sokongan..camno??

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!