Pages

Tuesday, May 10, 2011

Menjauhi Serangga Dari Pokok Secara Organik

Bismillah,

Pernah tengok tak 5 Rencah 5 Rasa? Saya baru beberapa kali je pun tengok. Kebetulan sekali tu saya tengok pengacaranya tengah nak masak makanan yang organik. Sebenarnya seronok berbudi kepada tanah. Walaupun tak dapat duit sbb tak berniaga dengan apa yang kita tanam tu tapi duit tak keluar ma untuk beli barang nak masak kan?

Kebetulan sekali, kami bertuah sebab duduk menyewa di kawasan yang ada tanah lapang. Sebenarnya ada sedikit kurang sebab jiran tak berapa mesra tapi sejak akhir-akhir ni kira OK lah kalau nak banding masa mula2 saya masuk rumah tu. Dengan kadar sewa RM 200 sebulan bagi rumah dua bilik tapi mempunyai tanah yang luas maka ia adalah memadai.

Banyak tau yang saya dah tanam sampai naik hitam celah2 kuku saya sebab cabut rumput. Suami saya pun dah mula tegur tangan saya dah kasar tak macam 'orang bandar' lagi. Barulah saya sedar bahawa gelaran 'orang kampung' bukanlah satu penghinaan. Orang yang duduk bandar dan besar di kawasan perumahan macam saya ni bukan tak boleh hidup dengan cara saya hidup sekarang.

Eh...melalut plak ape saya nak cerita. Sebenarnya senang je nak google caranya tapi kebanyakan caranya adalah sangat komplikated untuk saya follow sbb saya bukan buat besar sangat menanam ni. Tapi saya tanam sikit-sikit saja. Kalau kalian nakkan cara nak buat racun organik bolehlah google atau tengok dari link ini. Tapi ia adalah berlainan sekali dengan apa yang saya tengok dalam 5 Rencah 5 Rasa.

Dalam siaran tu, dia ajar nak halau serangga hanya dengan tumbuk bawang merah, bawang putih dan serai saja. Lepas tu rendam dalam air adunan tu dan selepas 4-5 jam bolehlah mula percik2 atas daun pokok yang kita tanam. Saya rasa takpe kot kalau blender kan?? Hehehe.... Saya ada je lesung tapi saya suka blend aje :P

Saja je nak share petua simple ni dengan korang. Err..cerita lah apa korang tanam kat rumah, saya nak tanam jugakkkkk

 

3 comments:

  1. Peeja, akak biasa buat, bawang merah, bawang putih dan juga cili api..semburkan dekat pokok terutama pokok limau dan cili..petua dari orang yang jual pokok kat pasar tani..he he

    ReplyDelete
  2. bagus petua ni...
    sharing is caring..

    ReplyDelete
  3. wah simplenye petua ni.. saya dulu ade jugak tanam pokok lade belakang rumah tapi tak tumboh2 pong.. pastu dah kemalasan dah.. hahaha..
    hangat2 tahi ayam je...
    salam kenal dan follow ye..

    http://mummymyza.blogspot.com

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!