Pages

Tuesday, May 31, 2011

Patah Prok!!

Bismillah,

Barangkali cerita ni dah nak masuk 2-3 bulan yang sudah. Tangan suami saya kepatahan. Patah tu bukan setakat retak tapi patah prok!

Yang ni filem x-ray dia... kami letak kat tingkap sbb nk tangkap gambonye :P

Masa kawan2 suami hantar ke Hosp Pasir Putih tu, saya ada Jerteh rumah ibu mertuaku. Dah la masa tu tepon saya tak dgr bunyi sbb sound dia tetiba je rosak. So, bila kami dapat bercakap, dia kata mcm ni, "Jangan terkejut tau, abah kemalangan...KENE SIKIT JE"

Mcm nk pitam bila dengar tangan dia patah. Itu bukan sikit tu.... Lalu saya bergegas pulak ke Pasir Putih dengan mertua dan abg ipar. Mujur juga dia nak tolong drive sbb kepala saya memang dah mula jem. Kebetulan masa tu pun saya ada masalah sikit.

Kebetulan dia kepatahan hari Jumaat so rawatan di HUSM delay sehari. Hari Ahad doktor datang jenguk tapi still tak suggest any treatment. So, on Monday they came up with a suggestion ~ put on two brackets pada dua tulang yang patah which cost us RM 500.

So, saya tak pasti apa yang suami saya fikir. Sama ada RM 500 is too big atau dia yakin kaedah kampung is much better compare to apa yang doktor cadangkan pada dia. Saya serahkan bulat2 pada dia untuk buat keputusan dan dia pilih untuk berubat cara kampung.

Ini gambar dia melarikan diri dari wad selama 4-5 jam tanpa selipar :P

Buat cara kampung ni ada risikonya. Sebelum ini suami saya pernah pecah tulang tumit di kedua2 belah kaki dan masa tu dia pilih cara kampung juga. Sekarang ni alhamdulillah dia boleh je berjalan cuma ada masa kakinya adalah sangat sakit dan perlu diurut untuk melegakannya. 

Sudahlah bomoh patah yang mula2 barangkali telah mencantumkan dua tulang itu dalam keadaan yang salah, dia pula melasakkan dirinya... Mana boleh dok diam weih kanda ku ini, dah jadi makanan dia pekerjaan dia tu. 

Tengok tu sempat bertukang lagik

Apa yang mampu saya lakukan untuknya adalah masakkan makanan yang sesuai untuk orang yang mengalami kepatahan iaitu angsa, belut dan ikan haruan. Selain dari tu, saya bacakan selawat syifa tiap kali basuh beras dan tak lupa doa. Ada satu hari, dia serkap saya tak doakan dia....nangis tau sbb sedih. Sape lah tak sayang suami yang secomel dia weihhhh....





Baru2 ni kami buka balutan dan bila dia cuba goyang2kan tulang tu dan ternyata ia masih tidak bercantum dengan baik. Sudahlah ia tidak tercantum dengan baik, barangkali tulang dia akan tercantum secara senget memandangkan cara cantuman bomoh patah tu tak berapa cantik.

Seperti semasa tulang tumitnya patah, otot betis dia kelihatan kurus sekali barangkali kerana tidak digunakan. Sekarang kalau nak dibezakan tangan kanan dan kirinya memang sangat jauh berbeza. Tapi ujian ni kami terima dengan lapang dada.

Suami saya kata, "Tangan abah patah ni, bukan ujian untuk abah sorang, tapi untuk umi jugak," dan saya akuinya. Bila dia dalam keadaan tak mampu begitu, sayalah yang terpaksa menguruskan benda yang tidak dapat dia lakukan dengan sebelah tangan. Saya taknak cerita banyak, korang imagine lah sendiri macam mana rasa2nya kami menghadapi keadaan ni.

Yang pasti, ada sesuatu yang telah ALLAH tetapkan dalam ujian ini. Saya sangat simpati dengan suami dan sll tanyakan dia, macam mana rasa tangan patah. Walaupun hakikatnya saya rasa susah hati sama dengan kepatahan dia itu, saya tetap tidak tahu bagaimana rasa sakitnya patah tangan itu. Kalau nak saya ceritakan apa hikmah yang saya dapat kutip dalam pengalaman kali ini, memang sangat banyak. Tapi saya rasa ada baiknya hanya saya dan suami diamkan sahaja.

Saya memohon, andai ada kesudian, doakanlah semoga tangan suami saya cepat sembuh kerana ada banyak benda yang tidak dapat saya lakukan dengan baik tanpa dia. Antaranya adalah, mendukung anak2 yang seusia Uwaiys dan Arwa. Saya rindu untuk melihat dia memeluk dan bergomol dengan anak2 seperti selalu.

Erkkk...dah panjang ni. Sebenarnya saya sdg berada di P.Buntar dan dia di Pasir Putih keseorangan. Ntah macam mana dia nak handle ayam itik kuda keseorangan. Semoga ALLAH mudahkan urusan abang di sana. Ailebyu bebeh!! Kita akan lalui ini bersama2 sehingga abang sembuh...


 

5 comments:

  1. ayah Danial pun pernah patah tangan..kena masukkan besi dalam tangan..sampai sekarang pun sakit sikit-sikit dia kate..

    ReplyDelete
  2. hope hubby kak pijah cpt sembuh deh

    ReplyDelete
  3. semoga suami akak cepat sembuh...

    ReplyDelete
  4. sakit tuh patoh prok. Knur yg pernah putus ligamen kat lutut pun sokmo sakit2, lgla kalau patoh ni. harap2 cik abe Pijah cepat2 sembuh.

    ReplyDelete
  5. syahdu pulak bila baca entry ni... tp kalau akak di tempat Pijah pun, mmg akak pun sokong 100% utk berubat kampung... mmg salah satu risiko, cantuman tu tak leh jadi seperti yang asal... tapi kat pasir puteh kan mmg ada bomoh patah yang pandai betulkan apa yang patah ni... tapi tak pasti sekarang ni dia masih ada lagi ke tak, sbb dah lama tak pergi..

    apa-apa pun, semoga en suami cepat sembuh yer :)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!