Pages

Sunday, May 22, 2011

Sabar : Bagaimana Seseorang Itu Penyabar & Lainnya Tidak

Bismillah,



Sebenarnya dah lama saya dengar tazkirah tentang SABAR ni. Waktu tu saya terus tulis tajuk tapi tak draft langsung sebarang isi. So skang masa nak menulis tentang tajuk ni ter blurr sekejap. Hehehehe...

OK lah, simple2 sahaja memandangkan saya pun bukanlah ustazah cuma saya suka kepada perkara2 yang membawa kepada kebaikan. Itu fitrah kan? Sejahat mana pun seseorang itu, dia tetap akan mencintai kebaikan.

Lawan kepada SABAR adalah MARAH. Orang yang tidak sabar memang akan selalu marah2. Kalau orang yang marah2 ni, kita dok sebelah dia pun terasa panas sebab apa? Sebab marah itu datangnya dari api (syaitan).

Jadi kenapakah syaitan boleh ada dekat dengan kita?? Sebabnya kita tidak menghalau syaitan itu.. Jadi bagaimanakah mau halau syaitan?? Pastilah pula dengan melakukan perkara yang berlawanan dengan kesukaan syaitan.

Syaitan paling benci kalau kita menjadi hamba yang taat. Oleh itu caranya adalah tidak lain dan tidak bukan kita kena menjadi hamba yang taat untuk mencapai ketenangan jiwa kita sendiri. Jika kita melakukan kemungkaran, kemaksiatan, ingkar dengan suruhan agama dan perkara2 sewaktu dengannya maka, jangan tanya orang kenapa kita cepat nak baling selipar dengan periuk marah.

Jadi sekarang, tahulah kita bahawasanya kenapa seorang itu sabar dan seorang itu tidak kan?? Ia adalah LOGIK sahaja. Cuma kita yang tidak nilaikannya dengan baik. Tapi memang ada yang kita nampak orang yang taat tapi tak juga sabar, jadi itu kenapa?? Itu adalah masalah hati yang urusannya hanya dia dan ALLAH yang tahu. Barangkali dia tidak melakukannya kerana kehambaan tetapi atas sebab2 yang lain.

Sebab tu kalau kita tengok orang yang mukanya tenang tu selalunya adalah orang yang soleh dalam ibadahnya dan dia boleh mencapai tahap sabar yang mengkagumkan. Semoga ALLAH perlihara hati kita semua. Sabar itu indah bukan???

 

2 comments:

  1. nice tazkirah:)
    semoga kita tergolong dr golongan org2 yg sabar

    ReplyDelete
  2. sabar itu boleh dipupuk. melawan kehendak hati memang sukar tetapi bile menepasinya ianya nikmat yg sgt indah

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!