Pages

Monday, June 13, 2011

Al-Ma'thurat

Bismillah,

Sambil baca entry ni boleh dengar al-Ma'thurat

Saya mula kenal al-ma'thurat masa zaman saya berada di Taayah. Setiap kali lepas subuh dan asar maka imam akan mula membaca al-ma'thurat ni. Oleh kerana saya adalah budak yang lurus tapi tak cukup bendul, maka memang selalu jugakla membacanya sehingga terhafal akhirnya. Sebab tu saya bangga berada di Taayah, walaupun macam2 benda hampeh saya buat di sana saya masih belajar banyak benda untuk betulkan kehampehan saya itu.

Sehinggalah di UKMKL, saya menjadi lebih cinta kepada Al-Ma'thurat ni. Ia bagaikan kekuatan dalaman bagi saya dan sahabat2 saya. Saya tak pasti sejarahnya macam mana tapi saya tahu ia adalah susunan As-Syahid Imam Hassan Al Banna. Ia ada dua verse iaitu Kubra dan Sughra. Sejujurnya saya ngakulah senang, rasa macam tak pernah baca Kubra sebab ia sangat panjang. Hakikatnya, makin banyak berzikir makin baik tapi inilah manusia, selalu mengambil jalan singkat.

Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Al-Mathurat

Jika anda nak download dalam bentuk pdf dan print boleh juga iaitu dari link ini :
http://dakwah.info/utama/wp-content/plugins/download-monitor/download.php?id=252

Arahan Printing
1. Print double sided
2. Potong 2 pada view lanscape

Saya tak pernah beli al-Mathurat kecuali semasa di Taayah. 
Al-Ma'thurat ni adalah dari tahun 1993 lagi. 
Satu lagi al-Ma'thurat adalah yang saya dapat percuma dari seorang sahabat yang menghadiahkan saya tafsir al-Quran baru2 ni (dua kali dah dapat tafsir dari dia huhuhu)

Semoga al-Ma'thurat ni akan selalu menjadi amalan kita bersama...amin...

*Kalau kalian suka radio Islamik, boleh tgk di page saya di atas dan terbaru saya letakkan juga Al-Ma'thurat utk siapa2 yang nak mudah mendengar sambil membaca al-ma'thurat ni. :))

 

2 comments:

  1. Hang simpan lagi Ma'thurat tu ye Pija. Akak punya dah ke mana2 dah

    ReplyDelete
  2. Hehehehe...ai kan pengumpul barang usang :P

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!