Pages

Wednesday, June 22, 2011

Perlukah Bantu Anak Dalam Hal Pelajaran Mereka??

Bismillah,

Sepanjang minggu lepas, suara saya asyik berkumandang di atmosfera Pasir Putih ni. Anak nak exam, umi yang meroyan. Sampai satu tahap Asmaa' kata, "Umi, kakak rasa nak muntah dah tengok kertas ni."

Kalau ikut tu sebenarnya sebelum musim exam ni lagi saya tekankan suruh buat latihan tapi tak ada paksaan. Tapi minggu ni saya saja nak perati perkembangannya macam mana sebab tu saya suruh buat latihan. Asmaa' OK sebenarnya tapi dia suka ralit... dan saya rasa saya patut bantu dia untuk fokus.

Saya memang patut risau dengan ralit nya cek mek molek saya itu. Bayangkan hari pertama exam, abahnya menunggu di luar kelas dan di saat loceng berbunyi dia masih tak dapat siapkan kertas Pendidikan Seninya. Lebih best lagi adalah kertas tu koyak! Saya sebenarnya tak kisah pun berapa markah Asmaa' dapat tapi saya tak mau dia yang tak kisah tentang markah dia.

Saya terbaca di wall Ustaz Hasrizal Saiful Islam :






OK, jadi apa pendapat kalian? Saya suka komen yang terakhir sekali dan ia bagai menggambarkan kehidupan saya iaitu menjerit2 suruh anak belajar sendiri. Saya nak anak saya dapat kepuasan dengan usahanya sendiri tapi dalam masa yang sama saya tak nak saya menyesal kelak kerana buat derk je dengan anak-anak.

Dalam membantu mereka dalam pelajaran, saya telah memilih untuk biar dia belajar sendiri di sekolah dan balik rumah, minta dia ulangkaji dan buat latihan. Selebihnya, andai dia terkial2 tidak tahu saya akan bantu seandainya saya boleh. Risau bukan sebab apa, anak sedara saya semua markahnya 95 ke atas dan duduk dalam darjah 1 juga pun dapat nombor belas2 di sekolahnya, saingan makin banyak. Tapi saya dah set dalam kepala nombor tak penting, tapi dapat straight A tu penting...kehkehkeh

OKlah kalian, layanlah my kids punya funny face... petang ni kalau encik abah baik hati, dia bawaklah kami ke tempat orang berkayak. Tak dapat naik pun takpe asal dapat duduk di satu tempat yang lain yang luas sikit pemandangannya dari terperuk dalam rumah sepanjang minggu ini.





3 comments:

  1. anak2 skrg mmg pandai2 dan hebat2 kan kak..

    ReplyDelete
  2. pada zai biarkan anak buat kerja sekolah sendiri n kita just pantau aje....bila dia tak faham kita ajarkan n tunjukkan tapi jangan buatkan untuknyer....

    ReplyDelete
  3. mmg ummi ayah akak tak pernah tolong siapkan hw, they just make sure kita siapkan homework dah cukup...

    dan akak pun praktikkan cara yg sama utk anak-anak. tapi agak kesian dgn budak2 zaman skrang. Mereka dibebani dgn hw yg sgt byk sehinggakan xde masa utk diri sendiri spt main.

    yg penting, ibu kenal dgn peel anak2, so mmg ibu boleh pilih the best approach

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!