Pages

Wednesday, July 20, 2011

Biar Betik! |Khasiat & Kaedah Penanaman Betik|

Bismillah,

Sekadar cerita kosong hari ini. 

Bila berbicara tentang buah, suami saya lebih memilih betik. Katanya selalunya buah betik tidak diracun.Saya malas nak beli sebab malas nak kupas dan malas juga nak mengelap lantai apatah lagi bila melihat air betik itu berjejeran ke atas baju mereka. 

Sebenarnya, malas saya adalah tidak bertempat. Semua permasalahan yang dilakukan oleh anak akan dapat diatasi dengan cara yang bijaksana. Betik tidak akan menjadi masalah sebenarnya jika kita memotongnya kecil2 sebelum dimakan oleh anak. 

Lihat gambar di bawah. Ini adalah hasil apabila kita berbudi kepada tanah. Suami saya tanam di hadapan rumah. Sejujurnya saya tidak pernah melihat dimana anak pokok itu ditanam sebab ia berada di luar kawasan pagar. Nanti sahaja pokoknya besar-besar barulah saya akan lihat puas-puas. 



Sementara itu, saya mahu kongsikan khasiat memakan betik :

Betik ataupun nama saintiknya Carica Papaya L sejenis tumbuhan saka yang mempunyai batang kayu yang lembut, tegak dan biasanya tidak mempunyai cabang.  

Khasiat Betik 
* Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit. * Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin. * Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut. * Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi. * Betik mengandungi vitamin C dan provitamin A. *Betik dapat membantu memecah serat makanan dalam sistem pencernaan *Betik dapat mebuat lancar saluran pencernaan makanan. *Betik dapat mengubati pelbagai penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti menyembuhkan luka, menghilangkan enfeksi dan juga menghilangkan alergik. 
~ Buah yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut. ~ Betik yang masak juga boleh dijadikan jem, jus ( untuk minuman ), perisa untuk aiskrim dan puding, halwa dan sos. ~ Betik matang yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak sebagai sayur. ~ Betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim papain. ~ Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging dan penyediaan ‘chewing gum’. 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anda suka memakan buah betik? Tahukah anda buah yang amat mudah ditemui di negara-negara tropika ini ternyata mengandungi khasiat yang ajaib, terutama untuk perempuan. Selain mengandungi vitamin C yang amat besar, dua kali ganda dari kandungan buah limau, papaya juga boleh menjadi pendinding daripada serangan penyakit yang mendera kandung hempedu.
Hal tersebut ditemukan dalam kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih dari 13 ribu orang, baru-baru ini. Setelah menganalisis kadar darah para sukarelawan, para pengkaji menemukan bahawa mereka yang kadar vitamin C nya rendah, ternyata risiko menderita penyakit kandung hempedu adalah tinggi.Walaupun sumber vitamin C boleh diperoleh dari pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah papaya dalam ukuran sederhana (+/- 280 gram) mengandungi 188 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini adalah jumlah yang amat besar.Memandangkan penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang perempuan berbanding lelaki, jadi memakan buah ini amat baik diamalkan oleh perempuan. Bagi keluarga yang memiliki halaman yang agak luas adalah lebih baik menanam sendiri tumbuhan ini. Sambil berbakti kepada tanah kita dapat mengekalkan kesihatan diri dan keluarga.
Kaedah menanam pokok betik :

Tanamkan biji benih sedalam 2 cm ke dalam tanah. Jangan tanam terlampau dalam kerana ditakuti benih tidak akan bercambah disebabkan terlampau cetek biji benih yang disemai akan berubah-ubah tempat semasa menyiram dan kecambahannya akan terganggu. Biji benih akan bercambah dalam masa satu minggu. Sedang anak benih beransur membesar, taburkan racun siput di merata kawasan, untuk mengelakkan daripada serangan siput (kami tak bubuh racun). Selain anak benih berumur 6-8 minggu ataupun telah berdaun 8-12 helai, anak semaian boleh diubah ke ladang.

3 comments:

  1. betik di rumah akak ni pun semakin menjadi2. alhamdulillah.. sedap.. maniiiiss.. :)

    ReplyDelete
  2. potong betik simpan dalam peti sejuk, lepas tu makan... uuuuuu sedap!! :)

    ReplyDelete
  3. untung ade tanah kat lua kan kak pija..suami kite takmoh tanam tanah tepi rumah sebab kate die akar betik pecahkan simen..tanah panjng kebelakang tak melebar..bestnye betik fresh tanpe racun!

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!