Pages

Tuesday, July 05, 2011

Jasa Seorang Doktor

Bismillah,
* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.

Status di bawah adalah pada 27 Jun... waktu tu saya sangat sedih!!


Yang ni lah yang dikatakan cubit paha kiri dan paha kanan pun akan rasa sakitnya. Walaupun saya dah Nejad bukanlah paha atau apa2 pun yang menunjukkan kami ni adalah anggota badan tapi, saya terasa sangat2 dengan apa yang doktor itu telah buat!

Abaikan gambo ni..saya nak amik kod .jpg nya sahaja :P

Petang ini, (saya menulis pada 4 July 2011 4.40 pm) saya terlintas untuk blog kannya pula sebab saya mahu ini menjadi buah fikir kepada semua orang. Sebenarnya, apa saja yang kita lakukan - biar besar atau kecil barangkali tiada manfaat untuk kita. Tapi rupanya pada orang lain, dia berhutang nyawa dengan kita. Saya bagi contoh di sini ya.

Suami saya ke Hospital KB untuk mendapatkan khidmat nasihat dari doktor berkenaan tangannya pada hari saya menangis itu. Tapi masa dia pergi saya tak nangis lagi dan saya dapat bayangkan, raya kali ini semoga suami saya dapat dukung Ahmadi semula dengan selesa. Bunyi macam kecil je kan pengharapan saya?? Itu hanya ayat sepatah ye....

Ayat panjangnya adalah semoga dia dapat menggunakan semula tangannya untuk mencari rezeki buat keluarga kecil kami walaupun anak dah 5 orang bukan setakat selepas raya ini tetapi sepanjang hidup kami. Memanglah tangan tu tangan kiri, tangan yang konon2 boleh basuh berak saja tapi cuba bayangkan pula kalau tangan kiri kalian tak ada?? Sekarang nampak dah besar atau tidak kepentingan tangan kiri tu??

Selepas jururawat di Jabatan Ortopedik bgtau, prosedur yang betul adalah dengan mendapatkan surat rujukan dari doktor pesakit luar, maka suami saya pergilah ke klinik berkenaan. Takkanlah nak patah balik ke P.Putih semata2 surat itu so pergi yang Hospital KB saja sbb di situ takde tulis pun 'Orang Pasir Putih pi balik mintak surat refer kat Pasir Putih'.

Setelah melalui prosedur biasa, dapatlah jumpa doktor. Kami faham menunggu itu tidak seronok tapi kita cuma tidak mahu menggunakan 'keluarbiasaan kenal ramai doktor' membantu kami. Kita jadi macam rakyat biasa yang lain yang beratur dengan angka giliran tanpa mengeluh atau membebel.

Seperti selalu bila kita mahu mendapatkan rawatan, barangkali doktor akan bertanya history penyakit yang kita tanggung itu. Maka suami saya ada bgtau yang dia menolak rawatan dari hospital dan balik berubat secara kampung. Sayangnya suami saya tak cukup 'dramatik' sbb tak bgtau hospital cas mahal dan bomoh kampung tak kenakan 'amaun' utk rawatan langsung.

RM 500 adalah satu nilai yang besar dan makan hari untuk saya mengumpulkannya walaupun itu tidak mustahil untuk dikumpulkan tetapi suami saya tetap memilih untuk mencuba dulu cara kampung. Berbalik kepada doktor tadi dia pun kata, dia tak berani nak buat surat refer sebab takut doktor pakar marah dia. What the..................sila sambung sendiri!

Part paling best yang diungkapkan oleh doktor tu adalah, "Kalau dah mula dengan bomoh, sudah dengan bomoh aje!". And thats it. Saya dengar suami saya cerita, dia paling je punggung je terus saya nangis. Selepas suami saya patah tangan tu, ini adalah kali pertama saya menangis kerana sedih... kantoikah sebelum ini tidak sedih??

Bukan sebelum ini tidak sedih. Tipulah saya kata saya kuat untuk buat semua kerja rumah seorang diri. Tipulah saya kata, saya larat nak mandikan Ahmadi sedangkan sebelum ni abah dia yang ambil tender. Tipulah kalau saya kata, saya takde perasaan bila tengok suami saya cangkul tanah dengan sebelah tangan. Tipu juga kalau saya kata, saya kagum tengok suami saya boleh buat bumbung untuk sarang lebah berlindung dengan sebelah tangan sedangkan saya takut dia bentan. Tipulah saya tidak pernah menangis kerana kebanyakan kerja saya terpaksa lakukan tanpa bantuan suami saya.

Saya telefon kawan saya yang mana kerja doktor. Saya tak ada niat nak gunakan kedudukan mereka sebagai doktor untuk mudah dapatkan rawatan. Kalau saya mahukan bantuan, seorang teman rapat suami saya juga boleh membantu di HUSM tapi kami tidak mahu menyusahkan sesiapa. Cukuplah dengan kalian berdoa sahaja.

Tapi hasil dari penolakan doktor ini untuk membuat sehelai surat rujukan telah membuat rajuk dihati suami saya. Hari ini, saya mengeluh buat kesekian kalinya bila melihat suami saya mengikat sendiri tangannya dan cuba 'merawat sendiri' tangannya itu. Saya mengeluh setiap kali melihat dia memakai baju dengan susah payah. Saya mengeluh melihat dia mengangkat benda berat dengan sebelah tangan. Saya mengeluh bila dia angkat anak yang tidur salah tempat dengan mengheret sebelah bahu anak sahaja sebab tak boleh dukung. Apa yang saya keluhkan itu adalah, "Kalaulah doktor tu bg surat refer hari tu......."

Hari ini tangan suami saya bengkak. Barangkali tulangnya tidak bersambung. Barangkali dia merawat sendiri dengan mengikat kuat tulang tangannya sehingga darah tidak dapat mengalir dengan lancar. Barangkali......... masih banyak dosa yang perlu ditebus oleh kami jadi selama itu suami saya terpaksa menanggungnya.

Kini, saya ingin  bgtau, sebesar apapun pertolongan kita kepada orang, tidak perlulah kita melihat kepada hasil kerana andai saja pertolongan itu memberi makna, kebaikan anda tidak berhenti setakat itu saja...tetapi ia menjalar sehingga ke syurga sana....

Daripada Abdullah bin Umar ra bahawa rasulullah saw bersabda:
'(Diantara) orang yang paling dicintai oleh Allah swt ialah orang banyak memberi manfaat kepada masyarakat, dan (diantara) amalan yang paling Allah sukai ialah kegembiraan yang dimasukkan dalam seorang muslim, atau menghilangkan baginya kesulitan, atau menyelesaikan hutang piutangnya, atau mengilangkan baginya kelaparan. Dan kalau akau berjalan dengan saudaraku kerana menyelesaikan hajatnya, maka itu lebih aku sukai daripada beriktikaf di masjid selama sebulan. Dan sesiapa yang mengawal marahnya Allah akan menutup auratnya (keaibannya) , dan sesiapa yang menahan sifat berangnya sedangkan ia berkuasa untuk bertindak, Allah akan penuhhkan hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat, dan sesipa berjalan dengan saudaranya untuk menyelesaikan hajatnya sehingga dihasilkannya, Allah akan tetapkan kakinya (di sirat) pada hari kaki-kaki yang tergelincr (dimasukkan ke neraka), dan sesungguhnya akhlak yang buruk itu merosakkan amalan kebaikan, sebagaimana cuka merosakkan madu'
- (HR Imam Tabrani)

Sekian dulu, semoga ada iktibar untuk kalian... juga pohon didoakan suami saya. Permintaan kami pada waktu itu hanyalah surat rujukan tapi agaknya itu akan membuatkan doktor dengan umur pencen tu terlepas nak borak dengan misi muda cantik jelita....maka apakan daya kami, kami hanya kehilangan sebelah tangan.

*Don't mess up with blogger*

p/s : Thanks k.Yong! Saya berjaya buat blockquote

13 comments:

  1. senoga ada Doktor yg sudi buat surat refer tu ko kak peeja & hubby.

    p/s: blockquote tu lawa doh, tp background image tu buat gangguan kpd ayat dalam quote tu *my 2 cents*

    ReplyDelete
  2. kak, tange hubi keno gapo bennar? yola, wpun tange kiri, meme perit la sero mugo kito beso ado 2 tgn..tp mulut doktor tu jahat la..sampai ati oyak "Kalau dah mula dengan bomoh, sudah dengan bomoh aje!"..kito ikhtiar jah..adoi la

    ReplyDelete
  3. Husband saya dr (MO) ortho di HUSM. saya ingin membantu, tapi bagaimana harus sy hubungi Puan.

    ReplyDelete
  4. akak pun pernah dpt pengalaman jumpa DR yg tak der jiwa DR ni... masa tu anak akak kena demam panas... ikut prosedur, tangan baby kena cucuk sbb nak masukkan air... masa tu babysiter (BS) ada sekali, BS tu tanya, "tak boleh ke kalau tak perlu cucuk?".. Dr tu ckp apa," Kalau mcm tu tak payah la bawak ke sini, pegi jumpa mana mana bomoh, baru x payah cucuk". Saya cuma mendiamkan diri, tp dlm hati Allah saja yg tahu perasaan saya masa tu. susah sgt ke nak ckp elok-elok... my BS tu pulak, mmg menangis jer lepas tu...

    semoga suami pija cepat baik... amin!

    ReplyDelete
  5. Yatie, blockquote tu nak cari lain...nk cari gambo lawa2...nk buat sendiri x pandai :P

    Eliza, ho lah.. letih sero dengar ore hok patut dia muliakan kijo dia tp sudohnya gitu jah....

    Keluarga Ramli, masya ALLAH....rasa nak nangis dah ni.... rasanya kurang elok kalau puan hubungi saya sbb saya di tempat mahu meminta pertolongan...tapi saya ke blog puan tadi pun tak pasti macam mana nak menghubungi puan.. nombor telefon saya 0199515058 :) semoga ALLAH mudahkan perjalanan hidup puan

    ReplyDelete
  6. salam k.pija...
    husband saya kene operate gigi graham pun dah kelam kabut saya di buatnye...
    saya doakan husband k.pija sembuh semula supaya k.pija tak susah hati lagi...

    ReplyDelete
  7. Ok, sy try tanya husband sy dulu.. cari jalan mcmn km boleh bantu puan. dulu husband di HKB-boleh jumpa terus suami(dia akan buat referal letter sendiri); tapi baru sebulan ni dia di HUSM, so sy tak sure cara yang betul utk dia meneruskan rawatan untuk suami puan. apa2 pun, kalau sudah ada cara2 yang sesuai, nanti saya hubungi puan. InsyaALLAH.

    ReplyDelete
  8. syafakallah..semoga terus tabah, moga Allah beri ganjaran pahala berlipat ganda ats ujian ini..ameen..:)

    ReplyDelete
  9. menitik air mata baca n3 pija nih...

    hantu betui doktor tu, kakyong pulak yg rasa panas hati..

    Pija,
    kalo harus minta tlg mn2 kenalan yg kerja doktor di hospital yg berdekatan, elok lah diusahakan..

    yup betui kata Tie,
    warna background blockquote tu sedikit mengganggu..

    kalo pija nak kakyong buatkan background pun boleh jer... bg tau nak yg camana, yg ade muka Ahmadi, usamah... :p

    ReplyDelete
  10. kak pija, jgn kata tak ada tangan kiri,tak ada satu jari pun sukar nak menaip.

    ReplyDelete
  11. syahdunye baca post nie..sampai hati seorang manusia yang bergelar dr ckp cm 2..dh memang adat org kita berubat gak cara kampung..salah ke?moga Allah beri hidayah kat dr tu..sabar ye kak..ada hikmah yang terselindung..

    ReplyDelete
  12. pija,

    sedih saya baca. moga suami pijah cepat sembuh.

    ReplyDelete
  13. Sedih baca entry ni...tak apa...jgn putus asa..tak semua doktor macam tu..tgk keluarga Ramli tu...sampai ke isteri pun baik hati...semoga dapat doktor yang baik dan cepat sembuh. Juga jgn lupa solat hajat.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!