Pages

Thursday, July 28, 2011

Alhamdulillah Ada Rezeki : Ziesalikan!! Saya nak CANTIK!!!

Bismillah,
* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.

Terima khabar gembira tadi :
Menjadi seorang antara 3 yang terpilih ada rezeki

Pengumumannya di sini :
http://ziesalikan.blogspot.com/2011/07/pemenang-jom-join-giveaway-ziesalikan.html

Peserta lain yang menang adalah :


norzarinakakyongsitisifir

Tahniah!!

Di bawah adalah entry penyertaan saya :
****************************************************************************



Saya dah pernah buat entry berkenaan kebaikan susu ibu dan saya copypaste yepp :

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Ia mengandungi nisbah dan jenis kandungan protein, karbohidrat, lemak serta vitamin dan mineral yang betul yang diperlukan oleh bayi di bawah 6 bulan. Bukan sikit kajian yang dilakukan telah menunjukkan kebaikan menyusu dengan susu badan. Walaupun barangkali kalian dah tahu kelebihannya, saya ingin highlight juga apa yang boleh susu badan beri kepada keluarga kita :

  • Ia membantu memelihara bayi dari cirit-birit, masalah pernafasan dan jangkitan telinga - Ini saya akui, memang kadangkala bayi yang menyusu susu badan akan cirit juga tambah pulak ibunya jenis aci redah semua nak makan. Tapi kalau saya bandingkan 3 anak pertama saya dan 2 anak yang kemudiannya, saya memang tidak akan menolak untuk menyusu badan lagi sekalipun ia menjadikan saya seorang yang kurus melengking tak ada isi. Saya rasa sihat, jadi biarlah saya kurus di mata orang asal saya rasa saya sihat. Kalau dok peduli dengan orang yang asyik kira jumlah tulang saya, memang alamatnya tak hiduplah saya...ehehehe... Erk, ada cara tak nak kasi besar sikit ek?? Berkenaan masalah pernafasan itu, kerana melihat Uwaiys yang berulang alik kena nebulizerlah, saya bertekad untuk menyusu susu badan sebelum kelahiran Arwa.
  • Ia mengurangkan risiko bayi alergi, leukemia dan kemungkinan menjadi obesity - Alhamdulillah, walaupun ada yang tersasar tidak diberi susu badan tapi saya cukup lega kerana kulit anak2 saya tidaklah bermasalah. Cuma kadang2 ada sedikit ruam dan gatal-gatal. Baru2 ni Arwa dengan Uwaiys macam pecah alur bibir tapi saya cepat2 beli Vitamin C dan beri mereka makan dan alhamdulillah semuanya kembali OK. Arwa pun ada sedikit masalah di belakang telinga -ntah2 sbb leher baju dia ketat sangat sampai terkoyak belakang telinga dia...huhu tapi saya guna Gel Gamat ntah jenama apa sehingga lukanya kering sikit, saya sapu Bio Oil pulak. Kuku Arwa pun ada 2 jari yang bermasalah, tapi selepas guna Bio Oil dengan izin ALLAH semua kembali OK. 
  • Ia membantu mengurangkan tekanan dan mengurangkan risiko kanser payudara - Saya ada seorang kawan, yang saya juga nantikan dia cerita tentang sel kanser yang kian mengecut dalam blognya. Sama ada dia dah cerita dan saya dah terlepas kisahnya atau barangkali dia memang tanak cerita pada orang untuk elak orang kesian saya tak tau. Tapi saya sangat gembira dengan perkhabaran itu dan ini menambah lagi alasan saya untuk menyusu dengan susu badan. Berkenaan mengurangkan tekanan, kalau dah kos nak beli susu formula pun kurang kemudian sentiasa bersama dengan anak maka memang akan hilanglah tekanan tu. Betulkan??

Jadi, sebelum kata TIDAK untuk menyusu dengan susu badan, fikir dulu dengan baik... Insya ALLAH segalanya akan berjalan dengan baik juga :)


Iklan untuk tuan rumah sikitttt......



  1. BOOKS
  2. BRA NURSING
  3. BREASTFEEDING ACCESSORIES
  4. BREASTMILK STORAGE
  5. BREASTPUMP
  6. COOLER BAGS
  7. INFANT FEEDING RANGE
  8. PACKAGE DEAL (VALUE BUY )
  9. SABUN PENGANTIN SRI NOORA'S
  10. CARA PEMBELIAN
  11. CARA PENGEPOSAN DAN PENGHANTARAN
  12. INFO

    CAJ PENGHANTARAN
    • RM10.00 untuk barangan lain selain set pump di semenanjung Malaysia
    • RM15.00 untuk barangan lain selain set pump di sabah dan serawak
    • RM15.00 untuk set pump di semenanjung Malaysia
    • RM20.00 untuk set pump di sabah dan serawak
    UNTUK TEMPAHAN SILA ISI BORONG ORDER 
    @
    HUBUNGI SAYA DI
    h/p : 017-7401219
    email: ziesalikan@gmail.com
    fb: zie salikan 

    Saya tag Hanie & Sumi yang bakal meletup :P


    6 comments:

    1. ahakss..bakal meletup...

      ok hanie masukkn dlm to-do-list dulu yer k.pija..thnx ;)

      ReplyDelete
    2. tak paham.. kene wat mcm mana ni kak oit??

      kan nak ajar sumi......hahaha

      Sumijelly.com

      ReplyDelete
    3. Macik Sumi Yum yum....dia hanya nak tau kelebihan susu ibu ;)

      nasib baik ko mintak ajar...hehehe

      ReplyDelete
    4. tq follow n join..tq gak sebab iklan..hehhee

      ReplyDelete
    5. salam akak....tahniah akak pemenang contetnie.....zie nak nama,alamat dan no fon untuk pos hadiah..email kat ziesalikan@gmail.com

      ReplyDelete

    Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!