Pages

Tuesday, August 09, 2011

Korek Hidung dan Telinga Tidak Batal Puasa

Bismillah,


Tak ada kan orang tengah makan time baca entry ni :P 

Sebagai penjelasan ringkas ada di sini 

Soalan:Batal kah puasa kalau kita korek hidung atau buang tahi telinga. Kalau masukkan air dlm hidung adalah sunat semasa mengambil wuduk, membuang najis dalam rongga pun dikira batal ke tidak? Ada tak dalilnya?
Jawapan:بسم اللهوالحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Mengeluarkan kotoran daripada hidung dan telinga tidak membatalkan puasa. Kerana ia bukan dikira makan dan minum, dan tidak boleh disamakan makna dengan makan dan minum.
Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’ juga tidak membatalkan puasa, tetapi janganlah berlebihan. Dalam hadis Laqit bin Shabirah:
Maksudnya: Berlebih-lebihlah dalam istinsyaq kecuali jika kamu berpuasa.
Direkod oleh Abu Daud (no: 142), Tirmizi (no: 788), Nasaie (no: 87) dan Ibn Majah (no: 407).
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net



Kalau nak penjelasan yang lebih detel, sila rujuk link di bawah ini :
Korek hidung / telinga tidak batal puasa

Oleh itu, selepas ini, koreklah hidung anda tanpa was-was :P

*entry ini saya tulis adelah kerana telinga saya sangatlah gatalnya. Jika saya tidak korek, gatalnya akan merayap ke tekak. Bila ia merayap ke tekak, ia tidak boleh digaru dan terpaksalah saya buat bunyi yang menggerunkan di dalam tekak untuk menghilangkan kegatalan itu. Selepas itu, tekak saya akan luka dan menyebabkan ada sesuatu yang seperti ulser akan melekat di sana dan akhirnya menyebabkan ada bau mulut dan ketidakselesaan. Time kasih :))

* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini

9 comments:

  1. baco entry ni smbil korek hidung hehehe

    ReplyDelete
  2. lorr..
    boleh yer..
    huuh..
    lega!!
    boleh la korek hidung puas2!
    ahaha!

    ReplyDelete
  3. kah kah... aku plak gelak sbb tau korang memang suka kurik idom :P

    ReplyDelete
  4. waaaa... ini betul2 sharing is caring. Dah berpuluh tahun melawan nafsu mengorek hidung & telinga sewaktu sedang berpuasa.. Tima kasih bebanyak yer SS.. :)

    ReplyDelete
  5. kehkehkeh...kuat nafsu mengorek jugak ye....ahahaha

    ReplyDelete
  6. tapi siti ade lagi kemusykilan bukankah hidung n telinga tu adelah berongga...masa sekolah dulu ingat lagi ustaz cakap perkara yang membatalkan puasa makan, minum dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga....

    ReplyDelete
  7. Zaidah, sila rujuk link ini utk penjelasan yg lebih...walaubagaimanapun, semua orang ada ijtihad masing2... tidak salah utk berpendapat korek hidung adalah batal kerana ulama yg berpendapat demikian juga ada dalilnya...

    ReplyDelete
  8. http://ibnuinsan.blogspot.com/2009/08/persiapan-ramadhan-korek-hidungtelinga.html

    ReplyDelete
  9. Ades, lawok betul entri nih., kih3

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!