Pages

Sunday, August 14, 2011

Pencuci Bilik Air Paling Mantap Untuk Saya

Bismillah,

Walaupun saya peminat setia produk Muslim, tetapi bila terpaksa menyental macam nak rak maka sedikit sebanyak, saya beralah juga. Siapa yang faham dengan 'kondisi' saya buat masa ini barangkala akan memahami betapa saya harus mencari jalan singkat untuk membereskan kerja rumah.

Masalah saya di rumah ini adalah air perigi yang karatnya boleh tahan. Kalau orang tanya bilik air yang bersih itu bagaimana? Pastilah orang jawab yang tak nampak berlumut dan berkarat. Jadi, sekalipun saya menyental seluruh bilik air untuk pastikan ia tidak berlumut ia masih tak memadai kalau ia tidak berwarna putih lagi.

Pelbagai produk dah saya gunakan untuk mencuci bilik air dan semuanya saya kategorikan dalam kategori hampeh. Sehinggalah satu hari saya beli Duck Bathroom. Saya sembur keliling kemudian bila masuk tengok2 'wah dah putih takpayah kugosok'. Serius rasa seronok yang amat2.

Maafkanlah saya. Sebab benda kecil mcm ni pun nak tulis. Tapi kalau nak tau, karat air telaga ni kadang2 sampai bilik air kaler putih pun dah nampak kaler merah kehitaman. Suami saya patah tangan tau dan saya tak larat nak menggonyoh buat masa ni. Tapi alhamdulillah produk ni cukup membantu.


Sekian :P

7 comments:

  1. Bagus akak share kat sini.. Saya pun tengah duk pk macam mana caranya tak mau sental bilik air.. lenguh laaa jari jemariku.. hehehhe

    ReplyDelete
  2. harusss dicari nih ! den pun x larat nk menyental2 lantai n dinding bilik ayor tu... utk kesan taik lalat pun berkesan x k.pija ??

    ReplyDelete
  3. haha bagus promote :D

    ReplyDelete
  4. Kat mana make beli ye?

    ReplyDelete
  5. Kat mana make beli ye?

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!