Pages

Tuesday, September 06, 2011

Banyak Cara Belajar Bahasa Cina

Bismillah,



Agak banyak kali juga saya dah cerita di dalam blog ini yang dua anak saya berada di sekolah Cina. Susah rupanya menghantar anak ke sekolah Cina dalam keadaan kita tidak mempunyai sebarang basic tentangnya. Saya yakin persaingannya pastilah sengit jadi sebagai ibu bapa saya perlu mengkayakan diri dengan sumber mana yang sesuai untuk digunakan oleh anak2 supaya mereka menjadi seorang yang boleh berdiri sama tinggi dengan pelajar Cina di sekolah Cina malah pelajar lain di sekolah kebangsaan.

Meletakkan anak di sekolah Cina bukanlah sekadar mahu mempunyai anak yang tahu pelbagai bahasa. Ia bukan sekadar di situ. Sebenarnya ia adalah pemanjangan kepada hasrat suami saya yang mahu menjadi orang yang mudah berdakwah. Berada dalam kelompok Cina dan membawa masyarakat Cina berada dalam naungan Islam adalah matlamat utama kami tatkala menghantar anak ke sekolah Cina.

Rupanya, silibus SJKC dan SK adalah tidak sama. Level untuk pelbagai subjek lain juga sebenarnya adalah tidak sama dimana level SJKC adalah lebih rendah sedikit. Jadi, bagi menjadikan anak2 saya sebagai anak yang boleh berbahasa Cina tetapi level pemahamannya adalah sama dengan pelajar sekolah lain memerlukan usaha yang lebih.



Saya terjumpa dengan beberapa kaedah di bawah yang barangkali boleh membantu, jika kalian ada penambahan atau mahu betulkan apa yang saya tahu, sila maklumkan di kotak komen :)

  • VCD - ini menjadi main source dalam rumah kami. Itu adalah kaedah paling senang bagi saya mengajar kesemua anak kami berbahasa Cina. Asal ada sahaja set pengajaran bahasa Mandarin, jika ada peruntukan insya ALLAH saya akan beli. 
  • Tuisyen - selain dari VCD, so far saya menghantar anak-anak ke kelas tuisyen. Cikgu Lim itu mengajar semua subjek dan setahu saya semuanya dalam bahasa Cina. 
  • Tutor.com.my 


eChinese4Kids merupakan laman web yang pertama untuk kanak-kanak mempelajari bahasa Cina sebagai bahasa kedua. Kumpulan sasaran laman ini adalah terdiri daripada kanak-kanak berumur empat hingga tiga belas tahun. Matlamat laman web ini adalah untuk memberikan inspirasi kepada kanak-kanak belajar bahasa Cina mengikuti cara yang mereka sukai.

Namun anda sebagai orang dewasa atau ibu bapa juga boleh turut mempelajari eChinese4Kids bersama anak-anak anda. Anda tak perlu berasa segan dan malu untuk belajar bersama anak-anak anda. Di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan anda juga mampu memantau dan memahami sendiri proses pembelajaran anak anda semasa belajar bersama.

  

  • Brillkids

The Little Reader Chinese Curriculum will help you teach your young child to recognize thousands of Simplified or Traditional Chinese characters, understand their meanings, and to learn to speak Mandarin.

Fully customizable lessons progress from single characters all the way up to complete stories. Using Little Reader's Pattern Phonics™ system, the Chinese Curriculum will also familiarize your child with the pinyin system (Mandarin phonetics), setting the foundations for further learning of Mandarin in the future.

Untuk menggunakan kit yang ini, kita terlebih dahulu perlu memiliki kit basic kerana kata Watie GBOB, kit basic itu adalah jantungnya. Kalau tak faham boleh call Watie yang bercakap macam peluru... tertelan air liur saya dengar kelajuan dia bercerita macam dialog ada kat depan mata suda :P *ngusik je Watie cumil*

Saya sedang dalam proses mengumpulkan duit untuk membeli set ni. Dah bayar kepada Watie separuh dari jumlah penuh. Baik saya bagi pada Watie dari saya terbelanja. Mujur juga dah bagi pada Watie sbb raya ni duit jalan mcm air je... wuwuuuu


  • Ni Hao Kai Lan  ~ klik sini. Anak-anak saya jarang explore dekat komputer tapi kalau ada dalam TV saya kasi je diorang tengok. Tak banyak sangat pun tapi semoga boleh lah sikit-sikit kan mcm diorang belajar bahasa apa ntah dalam Little Einstein tu :)
  • Kamus banyak bahasa ~ adik saya (maksu diorang) ada belikan satu kamus yang ada tulisan rumi, jawi, bahasa Inggeris dan bahasa Cina bersama cara sebutannya. Memang bestlah kamus tu dan saya dah ajar mereka menggunakan bahagian indeks kamus dan setakat ni Asmaa' dan Usamah dah boleh mencari apa yang mereka nak sama ada bahasa Arab, Melayu, English dan Cina di dalamnya. 

Asal kita rajin explore untuk anak-anak, memang ada banyak sangat kemudahan untuk belajar sama ada secara percuma atau berbayar. Ia terpulang kepada kemampuan masing-masing. Apa yang kami usahakan ni adalah sekadar apa yang termampu. Doakan semoga mereka dimudahkan dalam pembelajaran :). 


 

7 comments:

  1. good job siti sifir..

    eh eh..terkejut mula2 ayu tgk ader nama ayu tadi...hehe..

    memang mencabar kalau nak ajar bahasa cina tapi kita sendiri tak ada basic kan....cam tulah ayu masa kecik2...memang 100% mengharap bantuan guru2 dan kawan2 jer lah...

    tapi aleesya sekarang, boleh ler ayu tgk2 kan mana2 yang patut tu..insyallah..sama2 lah kita cari jalan macam mana nak pastikan anak2 kita berjaya seiring dengan budak2 cina yang lain..

    keep it up mother!!!

    ReplyDelete
  2. kagum betul sy baca entry ni

    atas niat nak kembangkan dakwah

    teruskan perjuangan ya :-)

    ReplyDelete
  3. Bagus Siti,

    Saya respect lah usaha anda. Mamawana pun sangat suka dgn Bhs China (Mandarin ka, Hokkien ka tak kisah) cuma tak kesampaian nak belajar. Keep it up.

    ReplyDelete
  4. baru tahu yg pija hantar anak-anak ke sekolah cina.... memang ibu bapa kena belajar sama :)

    ReplyDelete
  5. salam..
    nureen nk inform, nureen dh wat n3 pasal hadiah contest lepas ;)

    http://nureenasir.blogspot.com/2011/09/dpt-last-hadiah-contest-raya-ke-6.html

    ReplyDelete
  6. Assalam.. Mcm kes sy, sy chinese muslim tp bljr di sjkc smpai drjh 3 je.. Skrg hanya blh ckp & dgr bahasa cina itu pun tak complicated..
    Anak sy tak lama nak masok 2thn tp sy kurang yakin nak ajar anak ckp cina memandangkan sleng cina byk dh hilang & takut anak confius mne 1 betul..
    Sy memang bercadang nak masukkan anak sy ke tadika cina & sjkc ketika dia usia 3@4thn..
    Sebelum masuk ke tadika cina, apa tindakan yg blh sy buat utk ajar dia basic mengenak bahasa cina..
    Harap sgt saudari dpt beri pencerahan..

    Blh wassup sy, Aisyah 019-7845870

    jemput singgah blog saya,
    http://www.umieannurbondingtime.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Anonymous3:00 PM

    Salam sis anak saya 3 orang belajar di sjkc tahun 2021( darjah 5,4 &1)boleh tahu VCD apa yg dia beli.boleh whatsp saya 0176863308

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!