Pages

Sunday, November 20, 2011

AiMisYuOls

Bismillah,

Wah.. tak sangkanya rasa  dapat jumpa semula dashboard kesayangan saya ni. Maaflah kepada kalian yang ada tinggal komen yang tidak berbalas. Sudahlah tak berbalas, tak buat kunjungan balas pulak. Sungguh kurang sopan kamu Pijah.

Panjang ceritanya kenapa saya dah lama tak menulis. Bukan kerana berpantang pun sebab saya bukanlah jenis orang yang menjaga pantang sangat. Bukan jugak kerana tak ada idea sebab idea saya yang bertali arus, saya terpaksa salurkan ke Facebook saya. Bukan juga kerana dah ada anak 6 orang maka saya tak sempat menulis kerana anak 2,3,4,5 dan 6 bagi saya adalah sama saja sibuknya.

Lama saya tinggalkan komputer saya semasa seminggu dua berpantang tempohari. Alih2 bila balik ke rumah, komputer tu merajuk. Dia dah tanak menyala. Uhukkk.. saya memang sangat gelabah dengan ketidaknyalaannya memandangkan saya adalah sangat kuat berleter, maka tak cukup berleter di rumah, saya nak berleter dalam blog juga.

Saya cuba untuk memblog melalui handphone saya malangnya tak boleh nak buka sampai ke sudah. Jadi, saya pendamkan dalam-dalam keinginan menulis saya dan jadikan diri saya seorang yang bizibodi komen status orang kat facebook. So, sesiapa yang saya tidak add kalian, addlah saya di sana supaya jika sekalipun saya tak dapat ke blog kalian, saya masih dapat follow cerita kalian.

Serius, blogging ni umpama belajar dalam satu kelas. Blogger2 adalah classmate saya. Bila saya berhenti sekejap menulis, berhenti pula menziarahi blog2, maka saya jadi rindu sangat.. Doakanlah semoga saja keadaan akan dapat dibaiki dengan segera. Komputer tu saya tak hantar repair pun. Saya merancang untuk beli yang recon sahaja. Cuma, sebelum membeli tu, saya mesti selesaikan beberapa hal lain dulu supaya tak ada orang yang terseksa dengan saya.

Saya nk tulis panjang ni especially apa yg saya fikir tentang cerita PAYUNG EMAS yang saya tonton tadi. Tapi, saya juga tak mahu mengubah jambiologi saya secara mendadak memandangkan sejak tiba ke pt buntar tadi, saya masih belum memberi badan saya haknya, iaitu kerehatan. Oleh itu, semoga kalian sedar dengan kewujudan semula saya yang bersifat sementara ni  :))



4 comments:

  1. Kuat berpantang ye Pija.. patut la kamu slim melim..heheheh

    ReplyDelete
  2. saya suka FB kak PIJA....

    hidup kak pija...

    sila update best2 sikit.. suapaya ceria hari saya di pejabat...keh3

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  3. owh.. pija dah ada di PB ya.. selamat balik kag... & selamat terus berblog... hrp2 dpt komputer yg diidam

    ReplyDelete
  4. Mish u 2..nnti upload gambar baby br ek..

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!