Pages

Monday, February 13, 2012

Jangan Perkecilkan Pekerjaan Orang

Bismillah,

Suatu hari, saya nampak ini di wall Aiman Azlan. Kenal tak dia?? Dia adalah Vlogger.


Aiman AzlanI remember my mom said to me and my brothers, "Do not belittle the garbageman. His job is a noble job. Imagine if the garbageman didn't pick up our trash? Our neighbourhood will stink."
Allah doesn't look at the size of your paycheck, rather He looks at the sincerity of your heart. Do it mainly for the sake of Allah and you will see how big your "paycheck" is in the Hereafter.


Kemudian, saya ada pula ternampak seorang dari FB fren saya yang menerima mesej  yang 'agak hampeh' dengan bunyi begini :

 "Jgn terus2 menipu dgn produk MLM awk dan 4Life tu. Tak baik. Tak berkat." Wah... Nak ikhtiar mencari penawar sakit pon still nak pk menda tu MLM ke bukan? Tanak join MLM dah le.. Beli produk, setelkan dl penyakitnya.. اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ bukanlah jamin 100% tp, ramai dah cuba ramai yg sembuh.

And now, I just wanna tell U something... This is typical Malay. Asal tak ada standard punya pekerjaan, kita pandang rendah. Asal kita tak berkenan dengan produk orang, sempat pula hantar mesej sedangkan saya tau sangat kawan saya ni tadi, tak promote pun orang masuk ahli, dia hanya promote produk. So, kat mana MLM yang bunyi hina sangat tu?

OK.. saya pun bukan kaki MLM. Saya pun cuak gila kalau agen MLM mana2 jenama sekalipun datang dekat saya bawak sistem piramid dengan fail dan borang terutamanya. TAPI.. tak lah sampai deny kebaikan2 yang dibawa oleh produk dia melainkan yang nampak sangat mengarutnya macam 'gelang besi' ke apa tu.

Kenapa saya kata jangan perkecil apa pekerjaan orang lain?

Tahukah anda bahawa cari duit tidak mudah? Bila seseorang dapat peluang untuk mencari duit, dia sangat berharap beberapa RM yang dia dapat hari tu dapat dia belanjakan untuk keperluan hidup dia secara halal. Itu lebih baik dari dia kopak pintu rumah anda dan curi harta orang terutamanya yang tak bersedekah tu. Dan jika disukat pada penilaian ALLAH, akankah dipandang ribu2 masuk dan ribu2 keluar dari poket kita itu? Bukankah yang dinilai adakah harta itu didapatkan dengan cara halal atau sebaliknya?

Bagi mereka yang diperkecilkan pula, janganlah ambil hati. Itu bukan sifat yang selayaknya diamalkan oleh Muslim. Kerana itu ALLAH menyuruh kita bersabar kerana dengan bersabar tingkat iman kita akan meninggi. Manalah tahu, dengan sedikit rezeki itu, berkatnya dapat dirasai ke anak cucu.

Saya sebenarnya berkata begini adalah untuk mengingatkan diri saya sendiri. Saya mempunyai kedai cermin mata. Tiba2 saya menjual produk yang berkeuntungan rendah seperti IPhone, buku dll. Bagi mereka yang gembira dengan apa yang saya lalui ini, musibah yang saya lalui ini tidak saya pandang sebagai sesuatu yang merosakkan. Mungkin ada yang kata, "You deserve it Pija...Padan muka kau."

Saya tidak lemah dengan kesinisan itu. Malah saya mensyukuri seringgit dua yang saya dapat itu. Saya tidak mahu 'rasa malu' dipersendakan menghalang saya dari rasa seronok kerana keuntungan sedikit itu saya dapati dengan cara tidak berhutang. Berbeza sekali dengan pendapatan kedai spek saya itu, sekalipun 'masuk' tapi akhirnya keluar dengan tidak sudah-sudah membayar hutangnya.

Susah nak describe benda ini. Jika kalian ter'rebah' sekali seperti saya maka anda akan rasa apa yang saya rasa ini. Tetapi, janganlah minta untuk rebah demi untuk memahami keaadan ini. Cumanya, kita sama2 cuba untuk tidak memandang rendah kepada sesuatu pekerjaan seseorang dalam usahanya mencari rezeki. Semoga dengan itu, hidup kita lebih berkat hendaknya.


KPBK1014 Hidup Sekali, Manfaat Selamanya
Dr. Muhammad Musa Asy-Syarif

RM15.90  


PTSB1103 Minda Muslim Super
Dr Danial Zainal Abidin

RM35.00  


1 comment:

  1. semua tu rezeki dari Allah tak kisahlah pekerjaan apa sekalipun, janji Halal dan tak menipu orang.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!