Bismillah,
Suami saya baru bergerak ke masjid. Sebelum kereta berlalu pergi, dia pun lambai-lambaikan tangannya. Wahh.. terasa comel sekali. Mula la teringat di awal perkahwinan kami dahulu. Kalau dia nak ke mana-mana, saya akan pandang dia sehingga hilang dari pandangan. Rasa macam susahnya nak lepaskan. Sepatutnya perasaan macam tu perlu selalu ada tapi adakala perasaan tu akan kalah dengan tanggungjawab lainseperti bancuh susu anak di dapur semasa suami nak kemana-mana.
Indahnya cinta di dalam rumahtangga. Cinta adalah perasaan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada hambaNya. Antara tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan di bawah arasy adalah dua orang yang berkasih sayang kerana ALLAH, mereka bertemu kerana ALLAH dan berpisah keranaNya jua.
* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.
Suami saya baru bergerak ke masjid. Sebelum kereta berlalu pergi, dia pun lambai-lambaikan tangannya. Wahh.. terasa comel sekali. Mula la teringat di awal perkahwinan kami dahulu. Kalau dia nak ke mana-mana, saya akan pandang dia sehingga hilang dari pandangan. Rasa macam susahnya nak lepaskan. Sepatutnya perasaan macam tu perlu selalu ada tapi adakala perasaan tu akan kalah dengan tanggungjawab lain
Indahnya cinta di dalam rumahtangga. Cinta adalah perasaan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada hambaNya. Antara tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan di bawah arasy adalah dua orang yang berkasih sayang kerana ALLAH, mereka bertemu kerana ALLAH dan berpisah keranaNya jua.
Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim
Bercinta sebenarnya tidak tertakluk kepada suami dan isteri semata-mata. Contoh lain cintan cintun yang insya ALLAH mendapat rahmat ALLAH adalah antara guru dan anak murid. Kerana rasa cinta kepada muridnya, seseorang guru berhempas pulas mencurahkan ilmu. Sekalipun gaji yang mereka terima adalah sekian-sekian sahaja, tetapi atas dasar cinta kerana ALLAH maka guru itu tidak kisah. Dia tahu, satu hari nanti ALLAH akan mengganjarinya sesuatu atas kasih sayang yang diberikan kepada muridnya itu.
Begitu juga cinta seorang orang yang kaya berharta. Baginya, harta tidak ada nilainya jika ada di sekitarnya orang yang memerlukan. Dia sanggup mengorbankan kekayaannya demi kasih sayangnya kepada orang yang kurang bernasib baik. Dengan cara begini sebenarnya kita tidak sekadar mendekatkan hubungan sesama manusia semata-mata tetapi yang lebih penting adalah dengan ALLAH.
Marilah semua kita bercintan-cintun kerana ALLAH... ailapyu fillah :)
* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.
No comments:
Post a Comment
Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!