Bismillah,
Jam 9.30 pagi terima panggilan dari Hospital. Dia bagitau anak saya ada di sana. Haih... rasa melorot jatuh ikut graviti dah jantung saya. Kebetulan masa tu sedang bebekkan Iman. Dia pun dah lena dan saya bangun terus cari kelibat suami saya. Disebabkan suami saya tengah repair enjin air rumah kami, maka saya menawarkan diri untuk pergi.
Sampai saja di wad kecemasan, saya tengok ada sedikit darah di leher baju Uwaiys. Dia memandang saya penuh ketakutan. Tak pasti apa yang dia fikir. Barangkali dia bimbang saya marah. Melihat dia begitu, saya terus peluk dia kuat2 dan pesan supaya lain kali jangan buat umi risau lagi. Seperti selalu dia angguk2 tanda insaf...hehehe...
Saya kenal anak saya. Dia bukanlah sampai tahap hiper. Uwaiys memang ligat tapi bagi saya tidak nakal. Kalau cakap apa2, dia akan dengar cuma cepat atau lambat saja. Dia tak akan cuba berdegil2 dengan kami. Tapi, dalam hal ni, saya tak salahkan cikgu atau kawan dia sekalipun. Selagi anak saya selamat, saya tak akan mencari budak yang tolak basikal tu pada Uwaiys. Uwaiys takkan terkena basikal tu kalau mereka tak pergi main di situ.
Sebenarnya saya sangat risau. Ini bukan kecederaan pertama pada kepala yang dialami Uwaiys. Pertama kali sebelum ini pernah saya ceritakan di sini. Cubalah ke sana untuk langkah2 penjagaan andai anak mendapat kecederaan di kepala. Setakat malam ini Uwaiys masih kekal aktif (entry ni scheduled) dan dia tidak muntah.
Doakanlah tidak ada apa2 di masa akan datang ye... Malam ni, dia minta nak tidur dengan saya. Selalunya saya tak bagi tapi sebab arini dia teman saya lama di dapur selepas dengar lagu Ummiku Sayang, maka saya bentangkan tempat untuk dia tidur...
Aishhhhh... Saya ni garang2 pun, saya sayang tau kat diorang. Malam ni, kerisauan telah menyebabkan saya rasa sebak dan terasa hendak menulis :(

No comments:
Post a Comment
Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!