Pages

Wednesday, July 03, 2013

Bersederhana Dalam Berubat

Bismillah,

Maha suci Allah yang telah membangkitkan lagi kami hari ini. Sepagi-pagi ini terasa hendak menulis sepatah dua. Sekadar memberi ingatan buat diri sendiri.

Beberapa kontroversi berkenaan perubatan telah berlaku sejak akhir-akhir ini. Ada pihak yang terlampau taksub dengan natural remedy dan menolak bulat-bulat perubatan moden. Ada pula yang taksub dengan perubatan moden sehingga terlupa kepada perubatan yang dianjurkan Nabi.

Saya? Saya memilih untuk bersederhana di sana dan bersederhana juga di sini. Saya terima keduanya (perubatan moden dan atural remedy) dan menerima sebulat-bulatnya perubatan yang dianjurkan Nabi tercinta.

Bulatnya dimana? Bulat nya adalah pada habbatus sauda, madu dan bekam. Hakikat kini, setiap ibu bapa hampir menghafal nama ubat yang sesuai jika anak demam, batuk dan selsema sekurang-kurangnya. Malah penyakit yang selain dari itu juga pasti ada yang menghafalnya. Sebut nama ubat, bagaikan doktir kita tahu nama ubatnya.

Buka peti ais, satu compartment akan terisi penuh ubat farmasi/klinik/hospital (peti ais saya) sebagai persediaan jika anak atau diri sendiri sakit. Saya sendiri ada menyimpan magnesium trisilicate bimbang gastrik mahu menyerang.

Lalu terlintas, eh... Serasanya ada yang lebih penting ditunjukkan Nabi kita yakni habbatus sauda dan madu. Mana letaknya bahan asas perubatan ini? Allah.. Terlalu banyak di dalam ayat alQuran dan hadis yang menyatakan faedah mengamalkannya.

Ditambah pula kajian manusia sendiri berkenaan superfood ini. Kita tahu, tapi dimana letaknya superfood itu didala rumah? Suplemen kita boleh beli bilamana sahabat kita mengusulkannya kepada kita tetapi apa yang Nabi promote/usulkan? Tidak terbeli!

Lalu dimana aqidah kita? Percaya pada kawan sanggup membeli by pos, by hand, dan bermacam cara. Tapi yang Nabi beritahu? Kita beralasan susah mencari yang asli. Owh, suplemen dan ubat yang tidak asli (ada bahan kimia, pengawet dan dadah) boleh pulak? Huhhh...

Malah, selain dari tidak menyipan stok perkara itu, kita juga tidak menjaga amanah tubuh yag diberikan Allah kepada kita. Sewenangnya kita melantak apa saja yang ada didepan mata. Sewenangnya kita mengabaikan masa rehat. Sewenangnya kita menjauhi ibadat. Allahu Allah! Cara hidup Islam itu sendiri sebenarnya boleh membawa kita jauh dari penyakit. Tapi kita sombong, mengamalkan Isla separuh sahaja.

Tidak, saya bukan berkata kepada orang lain. Ini buat diri saya juga. Tapi saya juga patut mengajak kawan2 yang saya sayangi yang berjawatan doktor dan berjawatan ibu dan bapa.

Pernahkah kita mengusulkan kepada pesakit dan anak kita berkenaan madu dan habbatus sauda? Pernahkah kita paksa pesakit kita berbekam lebih dari mengusulkan mereka menjalani pembedahan yang lukanya lebih makan dalam? Pernahkah pula kita menyebut kepada sahabat kita itu, yang merawat penyakit mereka itu adalah Allah, bukan saya?

Cakap memang senang Pijah, cakap memang senang, kamu hanya menulis tetapi sahabat mu perlu berkata empat mata pada pesakit mereka. Lalu saya berfikiran, semoga dengan saya memberitahu, mahulah mereka berusaha. Seandainya tidak, maka saya serahkan ini kepada Allah.

Apa yang mereka lakukan amat tepat sebenarnya, cuma mahu berkongsi cara perubatan yang lebih tepat lagi kerana Rasulullah sgt sayangkan kita dengan memberi petua ini. Kitalah sahaja yang tidak mahu memanjangkan hadis dari baginda.

Ash-Shūraá:48 - Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu). Dan (ingatlah) sesungguhnya apabila Kami memberi manusia merasai sesuatu rahmat dari Kami, ia bergembira dengannya; dan (sebaliknya) jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan, maka (mereka segera membantah serta melupakan rahmat yang mereka telah menikmatinya, kerana) sesungguhnya manusia itu sangat tidak mengenang nikmat-nikmat Tuhannya.

Yūsuf:103 - Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman).

No comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!