Pages

Friday, August 02, 2013

Kenapa Tidak Boleh Menolak Hajat Suami

Bismillah,

*Entry ini bukan pandangan pakar. Ia sekadar kesimpulan saya hasil dari perbincangan dengan sahabat-sahabat dan google sini sana. Maka isinya tidak boleh diambil sebagai fakta menyeluruh.

Dalam entry terdahulu, saya telah cuba membincangkan bagaimana hendak meningkatkan oksitosin dalam tubuh. Untuk wanita, ada tiga kaedah untuk memaksimakan rembesan hormon oksitosin iaitu proses melahirkan, penyusuan dan aktiviti seks.

Jadi, kalau diperhati kepada kaedah biologi yang mempengaruhi fisiologi tubuh itu, hanya aktiviti seks sahajalah yang mampu dilakukan oleh orang lelaki untuk meningkatkan oksitosin dalam tubuh? Maka, paniklah sekelian isteri yang ada hehe.. Maklumlah, kita nak juga suami kita tinggi oksitosinnya. Biar dia juga dipenuhi dengan hormon cintan ni kan? Bab ni, jgnlah dirisaukan kerana sebenarnya ada banyak cara untuk top up oksitosin. Cuma kali ini saya mahu ulas perkaitannya dengan orang lelaki.

Pernah dengar bukan hadis berkenaan isteri tidak boleh menolak hajat suami? Banyak sebenarnya hadis yang berkaitan. Apa kata kalian cuba baca dari link di bawah ini. Penulis menulis berlandaskan firman Allah dan sabda Nabi.

Bagaimana Sepatutnya Seorang Isteri Melayan Suami? | Ummu Abdillah - http://ilidalila.wordpress.com/2011/06/09/bagaimana-sepatutnya-seorang-isteri-melayan-suami/

Antara hadis yang masyhur adalah :

Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata : ”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan isnad yang baik. Berkata al-Haithami : Perawi hadis ini adalah perawi al-Sahih kecuali al-Mughirah bin Muslim, beliau adalah thiqah)

Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata lagi : ”Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.” (Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi ; beliau berkata : hadis hasan sahih)

Dalam hadis yang lain pula, Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata : ”Demi jiwaku yang ditanganNya, tiada seorang lelaki yang memanggil isterinya untuk bersama, lalu dia menolak, dan suami tidur dalam keadaan marah (tidak redha) maka malaikat akan melaknatnya hingga ke subuh.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

Jadi bagaimana kalau menolak untuk melayan suami? Ada ulama berpendapat boleh jadi nusyuz dan gugur hak nafkah yang sepatutnya si isteri itu dapat. Kalian boleh rujuk dalam link yang saya bagi tadi ye.

Sebenarnya saya cuba fikir macam mana proses penghasilan sperma berkaitan dengan larangan menolak ajakan suami ini. As my very dear fren said, xboleh juga nak disabitkan disebabkan proses penghasilan sperma dari sel asal sehingga matangnya mengambil masa 72-90 hari.

Selepas proses itu, sperma akan berkumpul di penghujung salur sperma yang dikenali sebagai 'ampulla', berdekatan pundi seminal dania menunggu waktu untuk dikeluarkan semasa ejakulasi. Jika tidak dikeluarkan maka sperma akan berada disitu selama 5-14 hari.

Mengikut perbincangan kami tempohari, ada sumber yang mengatakan baik untuk berjimak pada hari tertentu. Setelah saya semak dari satu link ke link yang lain, nyata sesetengah pendapat ternyata berpegang kepada hadis yang direka oleh golongan syiah.

Jadi, saya membuat kesimpulan adalah lebih selamat mengambil pendapat Imam Malik yang mengatakan, “Janganlah anda menjauhi sebagian hari-hari di dunia ini, tatkala anda hendak melakukan sebagian tugas pekerjaanmu. Kerjakanlah tugas-tugas itu pada hari sesukamu. Sebab sebenarnya hari-hari itu semua adalah milik ALLAH.Tidak akan menimbulkan malapetaka dan tidak pula boleh membawa manfaat apa-apa”.

Jadi dimana kuncinya? Tiba-tiba saya terlintas! OKSITOSIN!! Jika sekiranya satu-satunya perlakuan proses fisiologi yang boleh meledakkan oksitosin dengan segera yang boleh dilakukan oleh orang lelaki adalah seks, maka itulah alasannya.

Oleh sebab perkahwinan antara suami isteri telah menghalalkan seks, maka perlulah kita menggunakan proses itu untuk mencapai damai dihati. Malah ini adalah salah satu tujuan perkahwinan yang telah digariskan.

Malah banyak sekali kajian saintifik yang memberi faedah hasil dari hubungan seks ini diantaranya adalah :

- One study at the National Cancer Institute has demonstrated, however, that men who had sex five times a week or more are less prone to get cancer of the prostate gland.
- And having sex at least weekly in winter is believed to increase resistance to colds and flu, according to researchers at Wilkes University in Pennsylvania.
It is known that having sex increases blood levels of immunoglobulin A6, a substance that binds to invasive organisms in the body, triggering immune system responses to destroy them.
- Scientists at Calgary University in Canada have discovered too that frequent sex can boost a woman's sense of smell by triggering release of the hormone prolactin.

Kalau google manfaat seks ni, rasanya memang banyak. Sesungguhnya apa yang Allah bagi ini adalah tanda kasih sayang Allah pada kita umat manusia.

Janganlah pula kalian salah faham, bila saya kata kaitan isteri tidak boleh menolak keinginan suami adalah kerana mereka perlukan dos oksitosin. Rasanya ramai ustaz selalu sebut perkataan 'penuh air' bila bercerita tentang ini.

Memang ada cara lain untuk hasilkan oksitosin tapi barangkali ledakan yang berlaku selepas proses seks akan memberi lebih ketenangan kepada suami kita.

Sekiranya tidak disalurkan keluar, sperma di dalam ampulla tadi akan terlarut juga ke dalam tubuh sebagai nutrien atau barangkali keluar dengan mimpi basah tetapi seperti yang saya katakan tadi berkenaan tujuan perkahwinan, untuk apa berkahwin, jika kemahuan tidak disalurkan dengan betul.

Jadi, tidaklah juga menjadi kesalahan jika suai beralah sekali sekala memberi peluang kepada isteri sekiranya isteri tidak mampu memberi layanan. Apa yang penting adalah perbincangan dua hala dalam mencapai keharmonian rumahtangga.

Insya Allah saya akan sambung lagi bab oksitosin ini secara general iaitu pukul rata untuk lelaki dan wanita. Cukup rasanya sehingga ini, andai ada fakta yang saya masukkan tidak benar, harap ada yang sudi memberi teguran. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!