Ustaz Abdullah Mahmud
Sekiranya rasa nak marah, jangan marah kerana kita akan menyesal jika kita marah.
Soalan : Patutkah marah pada ibubapa yang buat salah?
- selalunya ibubapa yang tua berkelakuan seperti budak
- jangan marah jika nak pahala
- Allah boleh matikan ibubapa sblm nyanyuk tetapi utk bagi pahala yg banyak pd si anak
- jagalah ibubapa kerana banyak pahala ada padanya.
Soalan : Adakah Rasulullah pernah marah?
- Pernah, Rasulullah marah dengan diam, telinga merah dan mukanya berubah.
- Ikut cara Rasulullah marah kerana org yg dimarahi akan berfikir sendiri kesalahannya.
- jangan bergerak ketika marah kerana itu akan menyebabkan kita akan memukul
Soalan : Kenapa tiada hukuman kepada orang yang berbohong seperti ada hukuman kepada orang membunuh dan mencuri?
- Allah akan menghukum sendiri org yg berbohong
- Orang akan selalu berbohong terutamanya bila rasa takut, rasa terpinggir dll
- marah2 akan menyebabkan orang lain jadi pembohong, bini pemarah akan menyebabkan suami berbohong
Soalan : Apakah hukumnya berbohong untuk elak dimarahi?
- Harus jika perbuatan itu tidak memudharatkan sesiapa.
- Haram jika menyebabkan kemudharatan pada orang lain.
Soalan : Bagaimana untuk menahan marah?
- sesiapa yang sll istighfar akan dikeluarkan masalah dari badannya
Soalan : Bagaimana mahu bertaubat jika orang tu selalu berbohong?
- jumpa orang yg dibohongi untuk terangkan perkara sebenar
Soalan : Apakah bezanya berbohong dengan berhelah?
- Nabi pernah berhelah untuk menyelamatkan seseorang
- berhelah dalam peperangan dengan pakai sutera utk nampak muda dan warnakan rambut putih ke perang untuk nampak garang
Soalan : Apakah berdosa jika marah diri sendiri?
- boleh tapi jgn sampai membawa keburukan kpd diri sendiri spt merajuk, memencilkan diri dan tidak makan
- bertaubat dan beristighfar
Soalan : Apakah hukum marah dibelakang orang?
- jgn marah di blkg sbb org yg dimarah xtau pun dan org yg marah sakit jiwa sendiri
- sifat org pemarah ni satunya adalah suka cerita benda buruk ttg org lain, terlalu cinta dunia, tidak malu dan keras hati
Soalan : Apakah kesan buruk sifat pemarah?
- orang benci padanya
- x ada kawan
Soalan : Bagaimana keadaannya orang yang berpura-pura marah?
- jangan pura2 marah utk membodek bos cthnya
- boleh pura2 marah supaya org buat kerja dan bos atas xmarah kepada kita
Soalan : Bilakah masa yang sesuai untuk menahan marah?
- jika marah akan menyebabkan org yg dimarahi akan malu, menjatuhkan maruah
Soalan : Apakah pemarah itu sebahagian daripada penyakit?
- ya, pemarah adalah penyakit
- bila marah lubang syaitan utk masuk dlm tubuh akan terbuka, syaitan senang masuk dan susah keluar
Soalan : Apakah hukumnya menghukum binatang jika marah?
- berdosa
- pd hari dibangkitkan, haiwan dibangkitkan utk menuntut bela dan kemudian hilang
- jgn marah serangga kerana mereka adalah indikasi kepada sesuatu seperti ada air bertakung atau rumah kotor
Soalan : Apakah pandangan pada orang yang cepat marah lambat sejuk?
- seeloknya lambat marah cepat sejuk
No comments:
Post a Comment
Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!