Bismillah,
Semalam, saya berkesempatan menonton Halaqah dan Twins Of Faith sebab suami saya keluar. Setiap kali dia keluar malam, saya rasa xtenang tidur. Jadi selepas anak tidur saya pun buka tv.
Sangat mengujakan melihat Halaqah kerana jemputan merek adalah seorang syeikh yang bercakap.dalam bahasa melayu. Nanti insya Allah saya akan kongsi nota semasa menonton siri ulangan minggu depan. Semalam tak dapat buat nota kerana Ahmadan ajak bermain hehe..
Apa yang saya nak ceritakan disini adalah semasa menonton twins of faith itu, saya pertama kali mengenali Muslim Belal. Berikut adalah wiki notes mengenai Muslim Belal.
http://en.m.wikipedia.org/wiki/Ashley_Chin
Saya cuma hendak quote sikit berkenaan apa yg dia beritahu berkenaan impian dia pada seorang isteri. Katanya dia mahukan isteri yang solehah, yang akan memberinya 17 orang anak (gulp!) yang mana 10 lelaki, 7 perempuan.
Anak lelaki akan dia ajar menjadi pejuang dan anak perempuan akan diajar menjadi 'isteri'. Allahurabbi, ntah kenapa saya rasa betapa wawasan ini cukup tinggi. Jika seorang boleh berkata begini, saya rasa dia telah meletakkan keutamaan di tempat yang hampir tepat.
Terpandang anak dara saya yang bertiga itu tidur. Insya Allah, kalian akan menjadi isteri solehah kepada suami yg solehah. Umi akan doakan itu yang pastinya.
* 17? Phewwww -- tapi saya minat idea dia, dia keluar kerja dan ketika balik anak akan meraikannya di pintu. Bila masuk waktu mereka akan solat bersama. Slps solat, anak yg kecil akan bermain, yang besar akan menolong ibu didapur dan anak lelaki akan bersama ayah tadabbur alQuran.
Boleh kot ada kalau nk tengok di tonton.com.mu
No comments:
Post a Comment
Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!