Pages

Thursday, October 10, 2013

Beruntung Masih Diuji

Bismillah,

Alhamdulillah, masih sempat duduk selepas solat zohor ni. Sempatlah sekejap meluruskan minda yang agak berserabut. Serabut? Hihi...

Beberapa hari lepas, beberapa perkara berbaris-baris datang kepada kami. Tidak mahu membebankan suami berlebihan saya cuba berfikir sendiri. Selalunya pun, saya mesti duduk diam, menulis dan merancang beberapa tibdakan sebelum memberitahu suami.

Sekalipun dia akan menolak semua cadangan saya, saya akan terima dengan hati terbuka. Selalunya begitu kerana saya tidak mahu lagi kisah seperti dahulu terjadi lagi. Saya terima pun tidaklah sebulatnya. Suami mengajar saya mempertikai sekadar untuk membuat pelan tindakan, bukan sehingga melawan. Jika dengan persoalan saya itu, dia ada pelan tndakannya maka ya, itu akan jadi keputusan kami secara bersama.

Hari ini, beberapa perkara hampir selesai. Tingal lagi sedikit. Tetapi sedikit itu besar (waaaaa......). Saya terpaksa bergantung kepada orang lain pula untuk bertindak dan bila terpaksa bergantung pada orang ni lah yang saya mula rasa tidak enak.

Maklum saja, minta pertolongan orang pun kita mesti sukat kemampuan orang yang mahu menolong. Jika dia mampu, adakah dia mahu menolong pula. Sedangkan dalam keadaan yang sama, kita sangat memerlukan dan bergantung padanya. Allahuakbar! Allah Maha Tahu saya sungguh tak minat menyusahkan orang.

Kesusahan lampau telah membuatkan saya jemu dengan manusia. Saya hanya mahu Allah memberi pertolonganNya. Kerana pertolongan Allah itu lembut dan penuh kasih sayang malah lebih penting, tiada syarat. Ayat Allah, "Mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan solat" memang menjadi pegangan saya. Dalam posisi sekarang, memang itulah sahaja usaha yang saya ada.

Ketika mahu meluruskan keadaan ini, saya sebenarnya telah menyibukkan diri ke dalam beberapa diskusi dan ternyata hari ini saya panas. Panas sehingga ada pihak yang terpaksa pm dan bertanya khabar, meminta maaf juga memberitahu cinta mereka kepada saya.

Allahuakbar, saya silap. Silap besar bila saya masuk ke dalam diskusi sedangkan rentak hati saya tidak tenang. Sepatutnya saya tidak ikut serta berdiskusi. Saya silap, kerana telah melukakan. Ada baiknya juga saya berehat dalam erti kata sebenar sebentar. Mengisi masa dengan berdiskusi tidak baik buat saya.

Semalam saya dah mula panas tapi suami saya tak tau, tiba-tiba dia balik bawa nasi kerabu kegemaran saya. Hehe.. Itu menjadi ubat bagi saya sepanjang hari semalam. Hari ini, saya paksa dia beli udang. Semoga selepas makan udang saya ok lagi. Kekeke...

Nampak gaya, saya akan mengisi masa di Parit Buntar lagi buat beberapa ketika selepas ini. Suami saya barangkali faham bila dia yang menyebut tentang hal ini sedangkan saya tahu, susah dia nak lepaskan saya pulang ke Parit Buntar. Doakan semoga segalanya berjalan lebih lancar.

No comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!