Bismillah, saya terjumpa dengan soalan ini di mailing list, di sini saya kongsikan jawapan saya, manakan tahu jika ini boleh membantu orang lain yang memerlukan pula.
Salam rakan2 semua,
Saya sorang ibu tunggal yang mempunyai 5 org anak,yang menjadi masalah saya ialah anak perempuan sulong saya telah mengikut sorang lelaki dan tak mau balik kerumah terus,telah bermacam2 pujuk saya dah buat tapi dia tetap tak mau balik,di suroh nikah dia tak mau,jk saya cakap lebih2 saya akan di maki hamun,skrg saya cuba berkeras dgn dia dan mencari dia dirumah sewa kwn2 dia,saya jgk yg kena maki dan tak berjaya bwk dia balik kerumah,skrg anak saya tutup talipon dan saya tak dpt hubungi dia lg,dsini dapat lah kira nya sahabat memberi pendapat cara untok berubat anak saya ni supaya dia kembali semula kerumah dan supaya dia tidak lagi berkeras,saya terpaksa menanggung semua ni sendiri sebab bekas suami saya tak mau ambil tahu lagi masalah kami anak beranak wlau pun saya telah bercerita pada dia...
Jawapan saya :
Assalamualaikum,
Saya barangkali xtau kisah puan sepenuhnya. Satu perkara yang mungkin boleh puan lakukan adalah dengan terus menerus memujuk anak puan. Mohon maaf daripadanya atas salah silap puan dlm membesarkannya. Jgn lupa beritahu dia yg puan sgt sayangkan dia.
Seterusnya, jgn sekali-kali puan melawan balas bila dicaci maki anak, saya tidak bermaksud utk terus membiarkan anak puan terus derhaka tetapi kadangkala kesabaran seorang ibu sangat menawan hati seorang anak insya Allah. Juga semasa mahu berjumpa dengan anak, banyakkan membaca ayat dr surah almursalat : 35 atau al a'raaf : 118 atau an naml : 85 dengan tujuan membungkam mereka agar tidak terus menghina puan.
Al-Mursalāt:35 - Inilah hari mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan),
Al-'A`rāf:118 - Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan.
An-Naml:85 - Dan jatuhlah hukuman atas mereka (dengan azab) disebabkan kezaliman mereka (berlaku kufur ingkar), lalu mereka diam membisu.
Di dalam masa yang sama, puan mestilah bertaubat dengan sepenuh hati dan berdoa bersungguh2 supaya anak puan akan pulang juga nanti. Ikhtiar lain, selalulah berdoa dgn membaca spt urutan berikut :
1. Surah Yaasin : 65-67
Yā-Sīn:65 - Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
Yā-Sīn:66 - (Matahati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?
Yā-Sīn:67 - (Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang.
2. Surah An Nur : 40
An-Nūr:40 - Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).
3. Ath-thaariq : 8 (3 kali)
Aţ-Ţāriq:8 - Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati),
Baca turutan ini setiap kali terlintas teringat kepada anak puan. Selalulah ulang lafaz ayat At-Tariq tu di dalam hati dengan niat anak puan akan kembali. Anak puan akan rasa bingung dan ahirnya kembali. Ini bergantung kepada kesungguhan puan berharap kepada Allah untuk memberi rasa dihatinya.
Saya sgt menyarankan puan berusaha sendiri tanpa berubat kemana2 kerana usaha kita adalah dari diri kita sendiri dan janganlah cari org tgh sebagai usaha yang utama sedangkan diri kita tidak berusaha sendiri. Insya Allah dengan keyakinan diri yg penuh kepada Allah akan banyak membantu akhirnya.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment
Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!