Pages

Friday, July 18, 2014

Bersangka Baik Dengan Allah

Malam ini suami saya ada urusan di Pasir Putih. Mata saya berat benar rasanya tetapi saya risau untuk tidur selagi suami saya tidak pulang. Kalau saya lena, anak menangis pun harus xsedar :).

Alhamdulillah juga ada beberapa sahabat yang mesej saya malam ni. Kebanyakannya adalah berkenaan topik panas di wall saya. Entry itu tidak dapat saya padam kerana masalah line saya.

Jangan ditanya kenapa update status boleh? Update gambar juga boleh? Memang boleh tapi masa untuk post itu naik ke wall xpasti berapa lama... ikut dan kadang cepat kadang lambat.

Sebab itu saya suka dihubungi dengan wassap.. sekalipun lembab tapi mesej masih naik juga akhirnya. Perkara berkaitan line ni saya dah ulang berpuluh kali. Bukan ini kali pertamanya..

Saya disini tidak mahu mengulas mengenai farah farhan. Tidak.. saya hanya ingin berkongsi sesuatu tentang kisah diri saya sendiri. Yang mana saya harap semoga ada orang yang boleh mengambil iktibar daripadanya. Namun jika kalian merasakannya tiada kaitan dengan cerita ini terserah..

Teringat selepas SPM dahulu, arwah abah berulangkali berkata yang lebih kurang begini, "Kalau hang xdapat masuk U mcm mana?".. dia memujuk saya memohon masuk maktab. Ya, saya turutinya dengan membuat permohonan masuk maktab malah keputusannya saya layak masuk maktab selepas ditemuduga.

Tapi saya sangat bimbang dengan ayat abah. Dengan perlahan saya pohon kepada abah, "Abah.. doa la yang baik2 utk kak.. abah tolong jangan buat ayat macam tu. Kak risau jadi doa..". Saya masih teringat abah sentap sangat dengan kata2 saya itu.

Sehinggalah semasa semua jiran2 saya dapat telefon UPU infoline (tak pasti nama line ni) saya xdapat telefon.. seolah2nya macam tiada permohonan yang saya buat untuk masuk matrik.

Biarpun abah marah saya, tapi kasihnya tiada tandingan. Dia mengajak saya ke KL untuk menyemak status borang permohonan saya. Sepanjang perjalanan, saya banyak bercakap berkenaan perselisihan kami beberapa hari sebelum itu.

Kata abah, dia bukan doakan saya tidak dapat U tapi dia risau.. lalu saya pohon.. "Dari abah letak kerisauan dalam hati, lebih baik abah letak keyakinan dalam hati abah yg kak akan dapat masuk U".. dan selepas itu alhamdulillah kami OK semula malah sempat bertemu dengan geng Awie Wings berkonvoi dgn motor besar di R&R.

Sampai di KL urusannya sangat mudah. Saya betulkan beberapa kecacatan pada borang dan kemudian kami patah balik ke Parit Buntar. Alhamdulillah beberapa hari selepas itu, hasil tindakan kami itu saya mendapat pengesahan masuk ke Pusat Matrikulasi Kuala Pilah.

Saya masih ingat dengan jelas, bagaimana saya mintak abah supaya jangan risau benda yang bukan2 berkaitan dengan anak2. Abah kata, hati ibubapa memang begitu. Tapi tak apa, dia akan belajar mengawal hatinya.

Sehinggalah selepas habis Matrikulasi, result sem dua saya agak drop sedikit berbanding sem pertama kerana saya demam sepanjang peperiksaan sem kedua. Saya bgtau abah, "Abah, habisla nnt kak dapat fakulti yang jadi pilihan terakhir agaknya".

Abah terus memangkah, "Hei.. jangan risau insya Allah koman2 yg second choice tu hang dapat". Dan alhamdulillah, 1st choice saya xdapat dan saya dapat masuk Jabatan Optometri FSKB sebagai 2nd choice saya. Masa tu saya senyum tanpa henti melihat sangka baik abah.

Itu cerita pertama saya. Sebenarnya ada banyak lagi cerita berkenaan sangka baik ini. Ok, saya cerita kisah kedua saya pula. Saya pernah mengalami zaman kejatuhan dalam perniagaan. Semasa itu, hampir tiga kali bank telefon saya memberitahu baki duit tidak cukup sedangkan saya sudah isu cek pada beberapa supplier.

Kemuncaknya, saya dapat surat dari MARA yang mana perniagaan saya mungkin akan disita jika saya tidak membuat bayaran tunggakan. Sewaktu mak saya memberitahu tentang surat itu, saya terus terduduk dan termenung dan serabut dan panik dan... sukar digambarkan.

Lalu saya mula muhasabah, ya Allah dimanakah silap ku. Ketika itulah saya mula membaca almathurat semula. Saya lazimkan membaca Al Quran setiap hari semula. Saya mula melazimkan mulut saya dengan zikir kepada Allah.

Waktu itu saya belum pun dhuha, belum pun mula tahajjud tetapi zikir, alQuran dan almathurat itu begitu mendamaikan jiwa saya. Sehingga jiwa saya yang lemah itu tiba2 terasa bersemangat semula dan saya yakin sangat Allah tidak menjadikan ujian itu sia2 buat saya.

Pasti ada sesuatu yang Allah mahu saya belajar dalam kehidupan ini. Bila keyakinan itu datang, masya Allah.. masalah saya selesai dengan hanya sekeping kertas yang saya tulis kepada MARA. Hakikatnya sehingga ke hari ini saya gagal membayar jumlah besar yang dituntut tetapi saya tetap menunjukkan kesungguhan dalam membuat bayaran setiap bulan walaupun jumlahnya menyedihkan berbanding jumlah yang ditetapkan.

Saya bangkit semula dalam keadaan payah. Dan alhamdulillah Allah memberi saya jalan keluar atas segala kesukaran yang saya hadapi ketika itu. Ketika inilah saya belajar mengawal stress. Jika sebelum itu, saya akan gastrik hanya apabila marahkan anak dan berselisih sengan suami, tetapi kejatuhan dalam perniagaan ini membawa satu anjakan baru dalam diri saya. Alhamdulillah...

Itu kisah kedua.. ketiganya.. bbrp hari lps saya ada update Usamah yang ditimpa bumbung kuda berteduh. Pada waktu itu saya dah membayangkan anak saya itu patah riuk! Sejurus itu juga terus saya beristighfar dan sebut nauzubillah..

Saya selesaikan dia dengan menyapu madu pada luka calar, bancuh air madu segelas dan beri dia habbatussauda. Saya pegang dada Usamah dan bgtau dia "Umi tak mampu nak kurangkan rasa sakit yang ada pada Usamah. Sesungguhnya yang Maha Berkuasa untuk memberi yang terbaik adalah Allah. Jadi Usamah pejam mata kuat2, Usamah doa dengan sungguh2 selepas sahaja Usamah bangun tidur sekejap lagi Usamah akan boleh berjalan dan bermain seperti selalu".

Usamah yang sangat kesakitan ketika itu tidak mengeluarkan sepatah kata langsung kerana terlalu sakit. Dia hanya mampu mengangguk dengan airmata yang berlinangan tiada henti. Hancur remuk rasanya hati saya memandang Usamah.

Mengejutkan, tidak sampai sejam dia lena, dia dah mendekati saya dikebun dan dia beritahu saya yang dia dah ok. Malah dia terkejut dia lena sekejap sedangkan dia rasa lama sekali dia terlena. Saya tanya, Usamah doa tak tadi? Dia angguk dan senyum. Allahuakbar.. tak tergambar rasanya rasa syukur saya ini.

Itu kisah ketiga. Ada banyak lagi kisah sebenarnya. Ia berkenaan sangka baik kepada Allah. Optimis istilahnya. Bukan pesimis. Positif kata lain, bukan negatif. Saya memang tidak jemu2 mengingatkan orang disekitar saya supaya bersangka baik dengan orang lain sekalipun sukar.

Beberapa hari lepas anak lembu kami sakit, suami aaya pun berkata, "Kita ni terdedah dengan sabotaj".. saya faham suami saya bimbang hasrat kami mendapat tentangan penduduk setempat atau mungkin juga pihak luar. Saya terus memangkah dengan kata kenapa kita tak yakin yang Allah akan jaga perancangan kita buat sekolah tahfiz tu? Insya Allah semua akan baik2 sahaja. Serah kepada Allah dan jangan bimbang.

Kenapa saya bercerita panjang lebar tentang ini? Kerana saya mahu mengajak kalian untuk memurnikan hati supaya selalu bersangka baik dengan Allah. Ya betul, cthnya kes MARA saya itu, saya boleh sahaja yakin yang MARA tak akan tolong saya sebab MARA adalah badan yang stabil tidak seperti saya. Tetapi saya memilih untuk yakin Allah akan memberi saya jalan keluar dari masalah itu.

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:

“Aku mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu, maka terserahlah dia hendak menyangka apa yang disukainya terhadap Aku.” (Riwayat Ibnu Abid-Dunya)

Sungguh hadis ini sangat memberi damai dihati. Saya tahu kalian memandang ujian saya tidak seberapa. Tapi saya yang melaluinya ini sungguh rasa tidak  kuat untuk menghadapinya. Hanya kerana kasih sayang Allah lah saya masih disini.

Cubalah kalian aplikasikan sangka baik ini sekalipun keadaannya sukar. Ya.. sekalipun sukar cubalah untuk yakin. Besarkan jiwa untuk bersangka baik dengan Allah.

Andai kata kalian yakin bahawa orang itu tidak mampu bayar hutang kalian, maka memang itulah yang kalian akan dapat. Jika kalian menganggap orang yang salah akan kekal bersalah dan tidak akan berubah, maka itulah yang akan terjadi.

Kerana apa? Kerana Allah menurut sangkaan hambaNya. Kita yang mahukan keadaan itu dan ya! ALLAH beri. Jika kita pesimis, maka jangan kelak kita mengeluh kerana kita tidak berjaya mengatasi masalah kita dengan baik.

Oh ya, sebenarnya saya pernah menulis tentang VISUALISASI dalam blog saya dahulu. Sayangnya line saya tak elok untuk saya trace linknya. Cuba masuk ke blog saya dan tulis di kotak search VISUALISASI. Kaedah visualisasi ini telah diaplikasikan kepada non Muslim pun dalam pelbagai bidang seperti sukan. Seseorang hanya perlu visualkan kemenangan dia dalam satu perlumbaan dan itu membantu atlit itu menang mudah dalam pertandingan.

Hari ini saya telah menulis panjang lebar tentang bersangka baik. Jadi terpulang kepada kalian untuk bertindak bagaimana. Ya, saya faham tidak mudah kita bersangka baik dengan manusia. Tetapi cuba tukar keyakinan bahawa Allah akan menggerakkan orang itu untuk membuat seperti kemahuan kita.

Dan satu lagi, bukan pada semua benda kita boleh bersangka baik. Lihatlah Yahudi. Kita tidak boleh menganggap mereka akan menjadi baik tetapi yakinlah kepada Allah bahawa Allah akan melindungi kita dari perbuatan mereka itu.

Sekian sahaja berkenaan 'sangka baik kepada Allah' dari saya. Hari ini saya memutuskan untuk tidak menyemai atau mengalih sebarang benih kerana banyak yang mahu saya tulis tetapi tertunda. Sungguh saya tidak boleh menunggu laptop ada lagi. Memadailah telefon ini untuk saya menulis...

Maafkan saya jika ada terlanjur bicara. Maaf dari lubuk hati yang paling dalam...

No comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!