Pages

Monday, September 15, 2014

Berhadapan Dengan Provokasi

Bismillah,

Saya sedang berjimba2 dengan anak.. saje melayan Iman yang nak baca Iqra'.. xpayah suruh dah dia ambil bawak sendiri depan kita. Tiba2 my bff pm, "Pija, pija ok??"

Ah sudah.. ape plak yang aku x ok sampai org msg tanya kita ok ke tak? Maka saya jawablah, "Errr rasanyakan macam ok2 aje. Huhu..". Dia melafazkan alhamdulillah. Katanya dia risau tengok saya di provoke..

Laa... sebab tu ke? Ya, saya pernah sakit penghujung tahun lepas. Memori semasa itu memang hilang. Tapi selepas sembuh bln 1 tempohari alhamdulillah memori saya baik2 sahaja sehingga sekarang.

Tak pasal2 kalau nampak apa2 yang panas di entry saya selepas saya sihat ini, saya akan mendapat pm2 sebegini.. wuwuuu.. Allah bagi saya sahabat2 yang baik sekali. Alhamdulillah.. dan terima kasih sahabat2 ku itu. Allah akan memberi pembalasan yang lebih baik buat kalian nanti.. ameen..

Berbalik kepada soal provokasi. Itu adalah perkara biasa. Saya banyak belajar dari persekitaran supaya positif dalam setiap perkara. Pun begitu tidak semua benda juga saya boleh positif. Masih ada limitnya..

Bila di provoke, saya mengambil masa untuk bertenang dahulu. Kemudian saya fikir apa rasionalnya orang yang mem provoke melakukan sedemikian. Lalu saya telek semula apa yang saya lakukan.

Andai semasa saya muhasabah itu saya melihat ia sebagai salah anggap orang pada saya, maka biarlah.. itu masalah dia bukan masalah saya. Tapi andai apa yang dia katakan benar, saya harus mengambil langkah positif membetulkan kesalahan saya. Semudah itu..

Tidak semua orang mendapat amaran Allah dengan segera. Ada antara peringatan Allah yang datang dari respon orang di sekitar kita. Terserah kita membuat reaksi bagaimana. Tapi bagi saya, saya lebih suka memilih jalan damai. Untuk apa mahu memanjangkan kisah kan??

Setakat ini, saya terbuka kepada teguran. Dan saya harap saya akan sentiasa memiliki sikap terbuka itu. Kita tidak selamanya betul dan kita juga tidak sempurna. Justeru, tidak mengapalah jika ada yang hendak menegur. Yang baik dijadikan teladan, yang tidak dijadikan sempadan.

Terima kasih sahabat2 kerana selalu berada disisi saya..

Ukhwah fillah abadan abada,
Pija

No comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!