Pages

Wednesday, October 08, 2014

Natural Remedi Untuk Alahan

Bismillah,

Beberapa minggu lalu, ada grup whatsapp yang saya sertai bertanya bagaimana hendak menangani alahan dengan bulu kucing. Sehari lepas itu pula, seorang lagi ahli Jelitawan Organik tiba2 sahaja naik merah2 didagunya, kami agak ia adalah reaksi alahan.

Sebenarnya saya tidak ada idea menyeluruh tentang keadaan ini kerana saya bukan seorang doktor. Walaubagaimanapun, saya tergerak hati hendak membaca buku 'Ensiklopedia Makanan : Penawar Untuk Kesihatan Tubuh' dan terjumpa bab Alahan pada buku itu.

Buku ini adalah terjemahan asal dari buku Encyclopaedia Of Power Food. Saya dapati ada banyak ayat tergantung dalam bab ini. Walaubagaimanapun saya dapat buat sedikit kesimpulan dari bacaan saya itu.

Alahan insya Allah dapat ditangani dengan dua cara iaitu dengan membuat antibiotik semulajadi dan tonik semulajadi.

Antibiotik semulajadi
Untuk kes alahan kita boleh gunakan bawang putih. Cincang halus bawang putih dan campurkan dengan sayur lain yang boleh dimakan mentah. Buku itu tidak memberikan cadangan sayur apa maka saya ingin cadangkan kalian potong dadu tomato dan cincang halus bawang putih sebiji dan gaulkan dengan sedikit garam bukit (sila elakkan garam proses). Bagi menghilangkan bau bawang putih, boleh dicampurkan juga dengan parsly ke dalam tomato dan bawang putih itu.

Pertama kali makan memang kekok. Saya pernah cuba bila zauji mula2 buat campuran ini untuk memudahkan saya memasak (guna bahan segar tanpa perlu masak). Sungguh rasanya tidak kalah. Sedap dimakan dengan gulai dan lauk lain bersama nasi. Pastikan bawang putih dicincang halus untuk tujuan ini.

Penulis mencadangkan untuk mengambil antibiotik ini seminggu sekali untuk mengelakkan alahan.

Tonik semulajadi
Disinilah saya terjumpa ayat tergantung dalam buku ini. Penterjemah menulis supaya kita menyediakan gelas 8oz. 6oz diisi dengan jus grapefruit (limau besar) dan selebihnya tidak dinyatakan. Walaubagaimanapun di perenggan bawahnya ada dinyatakan fungsi grapefruit, madu dan cuka epal. Maka, ada kemungkinan 6oz juss grapefruit + 1oz madu + 1oz cuka epal.

- Vit C dlm grapefruit akan mengaktifkan kandungan besi dalam madu untuk menguatkan aliran darah dan melawan kuasa allergen.
- Kombinasi madu dan grapefruit akan menghantar natrium dari cuka epal untuk meningkatkan keseimbangan cecair sel dan membentuk potensi elektrik bagi membenarkan pengaliran impuls saraf yang lebih kuat supaya allergen yang mengganggu saraf dapat dikurangkan
Ada beberapa lagi point untuk menunjukkan gabungan tiga bahan (jus grapefruit+madu+cuka epal) ini bertindak bagaimana di dalam badan kita tetapi saya rasa ia sangat berat untuk dihadamkan.

Penulis ada menulis pesakit akan berasa bebas dari alahan dalam masa 30-60 minit selepas mengambil tonik ini.

Suka ingin saya berkongsi kisah saya sendiri. Suatu masa dahulu saya sangat alah dengan habuk dan sejuk. Setiap pagi saya akan bersin berulang kali sehingga hidung mengeluarkan hingus cair kerana terpaksa andi awal pagi.

Lebih teruk jika terpaksa bertugas di dalam kelas dan bilik. Saya akan gatal rongga mata dan telinga setiap kali menyapu sampah, mencuci tingkap, memadam papan hitam dan lain2. Ia berlarutan sehingga selepas kawin di mana zauji pelihara haiwan ternakan dan selalu ada habuk dari dedak untuk makanan mereka.

Saya perasan gatal2 dan bersin2 saya hilang selepas mengamalkan makan markisa. Saya akan makan buah itu mentah2 atau buat air daripadanya. Alhamdulillah memang sangat membantu dengan izin Allah.

Justeru jika kalian diuji dengan alahan dari apa sahaja, bolehlah ikhtiar makan bawang putih mentah (buat salad) dan cari buah yang tinggi vitamin c seperti markisa. Sila buat carian sumber makanan apa yang tinggi vitamin c itu. Jika boleh saya nasihatkan elakkan mengambil vitamin c dalam bentuk pil yang sintetik. Yang asli adalah lebih baik.

PERLULAH DIINGAT!!
Sihat atau sakitnya kita adalah dengan izin Allah. Ikhtiar untuk mengubati diri dengan kaedah apapun biarlah masih meletakkan pergantungan kepada Allah. Jangan sesekali rasa ubat itu lebih berkuasa.

Dan saya bukanlah doktor. Maka apa yang saya tulis ini masih boleh dipertikaikan dan dipersoalkan. Tidak salah jika kalian ingin mencuba tetapi haruslah diingatkan jangan berlebihan. Apapun usaha anda biarlah bersederhana.

sitisifir10.blogspot.com
Fb : Norhafizah Madzlan Pija Sitisifir
Page : Jelitawan Organik

No comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!