Pages

Wednesday, November 05, 2014

Uji Keaslian Madu Dengan Telur, Bolehkah??

Bismillah,

Selepas berhari2 bertungkus lumus botolkan madu sampai tak dan nak promote, arini saya nak share sikit lagi info berkenaan madu. Ada setengah orang pilih untuk test madu dengan telur mentah. Kalau jadi setengah masak maka itu telur asli.

So sekarang saya nak cerita. Masa saya sakit penghujung tahun lalu, selalu juga saya campurkan telur ayam kampung dalam madu yang suami kutip dari sarang. Hairannya tak jadi pun telur setengah masaknya. Kalau jadi pun sikit sangat aje. Huhu.. lalu saya konpius..
Then zauji kata memang nak tentukan asli atau tidak adalah dengan hantar lab sahaja. Atau kita sendiri pandai rasa di tekak kita ni. Itu sahaja cara yang ada. Jadi saya tanya macam mana boleh ada madu yang buat telur mentah menjadi setengah masak.

Dan ini jawapannya :

Telur: Madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Si penipu ini akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Awas, sangat berbahaya terhadap kesihatan organ dalaman!

Letihkan kalau ada yang suka menipu. Sudahlah madu ada tercatat dalam Quran dan hadis. Kalau sampai mendatangkan mudharat ia boleh memberi fitnah kepada makanan sunnah ni. :(

No comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!