Pages

Wednesday, August 05, 2015

Khasiat Bawang Putih

Secara ringkasnya :

Bawang putih ada dua fungsi :
- makanan
- penawar dan penahan penyakit

Penawar dan penahan penyakit :
- (dari penyakit) jantung
- penyakit jangkitan bakteria, virus dan fungus (ia melawan lebih banyak kuman berbanding antibiotik sekalipun ia tidak sekuat antibiotik)

Jadi, bahan apa yang membuatkannya mampu menjadi penawar?

Ia adalah SULFUR! Iaitu bahan semulajadi yang melawan bakteria, fungus dan virus

Terkenang di suatu ketika, pernah kami diserang scabies dan seorang orang lama cadangkan kami mandi dengan bancuhan sulfur. Alhamdulillah xlama lepas tu hilang dengan izin Allah..

Tapi itu sulfur buatan (yang dalam bentuk serbuk kuning tu)..pastilah sulfur natural dalam bawang putih lebih baik kan?

Kalau ngeri nak makan bawang putih mentah semata-mata, buat begini :
Tomato dipotong dadu
Bawang putih dicincang halus
Garam asli bukit secukup rasa
Jika mahu boleh letak hirisan cili, hirisan limau kasturi/nipis, daun ketumbar dll mengikut kreativiti..

Bila makan salad ni, kita akan dapat rasa 'rasa asli bawang putih'. Rasa asli ni dipanggil allicin yang apabila dipecahkan atau ditumbuk akan menjadi beberapa campuran yang akan bercampur dengan sulfur dan membentuk sulphide. Bila kita amalkan makan bawang putih ni in syaa Allah otak akan memahami bahawa aroma rasa itu adalah makanan. Alah bisa tegal biasa! Kan?

~~Sumber : Institut Pembangunan Keluarga & Kanak-kanak NURY dan Internet dalam Majalah Mingguan Wanita Mei 03

No comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!