Pages

Sunday, November 10, 2024

๐Ÿ” ๐€๐Œ๐€๐‹๐€๐ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐„๐๐‰๐€๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐๐†๐‡๐”๐๐ˆ ๐’๐˜๐”๐‘๐†๐€ ๐…๐ˆ๐‘๐ƒ๐€๐”๐’


๐Ÿช„Sebahagian kita mungkin menyangka bahawa rezeki hanyalah berkisar pada harta, makanan, dan tempat tinggal. 

๐Ÿช„Setiap kali berdoa, yang diminta hanya pakaian dan perabot baru, kenderaan mewah, rumah besar, wang melimpah dan sederet perhiasan dunia lainnya. 

๐Ÿซถ Padahal, ๐™ง๐™š๐™ฏ๐™š๐™ ๐™ž ๐™ฅ๐™–๐™ก๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™—๐™š๐™จ๐™–๐™ง ๐™–๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ ๐™Ž๐™ฎ๐™ช๐™ง๐™œ๐™– ๐™๐™ž๐™ง๐™™๐™–๐™ช๐™จ

๐Ÿซถ Ya, Syurga Firdaus adalah rezeki paling besar yang diberikan Allah kepada hambaNya yang bertakwa. 

๐Ÿซถ Makanya Rasulullah ๏ทบ menganjurkan kita untuk meminta pada Allah Syurga Firdaus melalui sabdanya,

๐Ÿ’Ÿ“Sesungguhnya di syurga itu ada 100 tingkatan yang telah Allah janjikan bagi para mujahid di jalan Allah. Jarak antara dua tingkatan adalah bagaikan jarak antara langit dan bumi. Jika kalian ingin meminta pada Allah, mintalah syurga Firdaus. 

Syurga Firdaus adalah syurga yang paling utama dan paling tinggi, di atasnya adalah Arasy Ar-Rahman, darinya pula mengalir sungai syurga.” 
(HR. Bukhari, no. 7423)

 ๐™‡๐™–๐™ก๐™ช, ๐™—๐™–๐™œ๐™–๐™ž๐™ข๐™–๐™ฃ๐™– ๐™˜๐™–๐™ง๐™– ๐™ข๐™š๐™ง๐™–๐™ž๐™ ๐™Ž๐™ฎ๐™ช๐™ง๐™œ๐™– ๐™๐™ž๐™ง๐™™๐™–๐™ช๐™จ ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™จ๐™š๐™—๐™ช๐™ฉ?

Cuba lakukan enam hal berikut sebagai faedah dari surah ๐Ÿ’Ÿ Al-Mu’minun ayat 1-11

1️⃣ Khusyuk dalam solat.

2️⃣ Meninggalkan hal yang sia-sia.

3️⃣ Menunaikan zakat.

4️⃣ Menjaga kemaluan kecuali pada isteri sebagai pasangan yang halal.

5️⃣ Memegang amanat dan janji.

6️⃣ Menjaga solat.

Semoga panduan ini bermanfaat dan mampu memotivasi kita untuk berusaha meraih syurga Firdaus, aamiin.

ุจุงุฑูƒ ุงู„ู„ู‡ ููŠูƒู… ูˆ ุฒุงุฏูƒู… ุงู„ู„ู‡ ุนู„ู…ุง ู†ุงูุนุง

Saturday, November 09, 2024

KERAP DIUJI AKIBAT DOSA


1️⃣ Seorang laki-laki bertanya kepada al-Hasan al-Bashri, “Wahai Abu Sa’id, semalaman aku dalam keadaan sihat, lalu aku ingin melakukan solat malam dan aku telah menyiapkan keperluan untuk bersuci, tapi mengapa aku tidak dapat bangun?” 

Al-Hasan menjawab, “Dosa-dosamu mengikatmu." (Ihya’-u ‘Uluumid Diin (I/313).

2️⃣ Disebutkan Bada'iut fawaid 3/332 :

"Jika punggung telah berat memikul dosa-dosa, maka hati akan terhalangi untuk berjalan menuju Allah dan anggota badan juga akan terhalangi untuk bangkit melaksanakan ketaatan kepada-Nya". 

3️⃣ Imam Syafi’i ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ pernah berkata :

“Aku pernah mengadukan kepada Waki’ tentang jeleknya hafalanku. 

Lalu beliau menunjukiku untuk meninggalkan maksiat. Beliau memberitahukan padaku bahawa ilmu adalah cahaya dan cahaya Allah tidaklah mungkin diberikan pada ahli maksiat.” (I’anatuth Tholibin, 2: 190).

๐Ÿ’ Jika sebab ketakwaan dapat memudahkan segala urusan, Maka, sebab dosa dan maksiat juga akan menyulitkan segala urusan. Ketakwaan adalah penerang jalan kehidupan, sedangkan maksiat adalah kegelapan jalan kehidupan.

1️⃣ Allah ๏ทป juga berfirman,
“Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.” [Ath-Thalaq: 4]

2️⃣ Al-Imam As-Sa’di rahimahullah berkata,

“Setiap orang yang bertakwa kepada Allah ta’ala dan sentiasa berusaha meraih keredhaan Allah dalam seluruh kondisinya, Allah akan membalasnya di dunia dan akhirat. 

Dan diantara bentuk balasan dari-Nya adalah Dia akan menjadikan untuk orang yang bertakwa itu kemudahan dan jalan keluar dari setiap kesulitan serta beban. 

Dan apabila orang yang bertakwa kepada Allah akan Dia berikan kemudahan serta jalan keluar, maka sebaliknya, orang yang tidak bertakwa kepada Allah akan menghadapi berbagai macam kesusahan, kesulitan yang berat dan himpitan kehidupan yang ia tidak mampu lepas darinya dan ia tidak bisa keluar dari akibat-akibat buruknya.” [Tafsir As-Sa’di, hal. 869]

3️⃣ Asy-Syaikh Abdur Rozzaq,

“Maka kebaikan, kenyamanan, kebahagiaan dan ketenangan terdapat dalam ketaatan. Adapun kejelekan, kecelakaan dan kesulitan terdapat dalam kemaksiatan.” [Fiqhul Ad’iyyati wal Adzkaar, 2/262]

๐Ÿ’ Oleh itu hendaklah kita sebagai seorang muslim terus berusaha meninggalkan peluang dosa dan maksiat jika ingin segala urusannya mendapat kemudahan dan pertolongan Allah. Sebab segala bentuk dosa dan maksiat dapat menyulitkan segala urusan dan menjadi penghalang untuk kita melakukan ibadah.

๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

Orang Soleh dulu, bagi mereka, ibadah tu lah yang akan melancarkan urusan hidup mereka. Terhalang dari melakukan ibadah akan buat keseluruhan hidup mereka terganggu. 

Sedangkan kita di zaman ini, ibadah yang kebanyakan dari kita tidak lagi nikmat. Ia hanya dilakukan untuk lepas dari hukuman Tuhan dan tak pernah merasa pelik kenapa ujian tu sentiasa datang malah bertubi-tubi pula...

Doa Yang Paling Sering Dibaca Oleh Nabi

Doa Yang Paling Sering Dibaca Oleh Nabi ๏ทบ

Syaikh Prof. Dr. Abdurrazzaq Al-Badr ุญูุธู‡ ุงู„ู„ู‡ (ulama kota Madinah, pengajar tetap Masjid Nabawi)

Syahr bin Hawsyab berkata bahawa ia berkata pada isteri Nabi ๏ทบ, Ummu Salamah,

‎ูŠَุง ุฃُู…َّ ุงู„ْู…ُุคْู…ِู†ِูŠู†َ ู…َุง ูƒَุงู†َ ุฃَูƒْุซَุฑُ ุฏُุนَุงุกِ ุฑَุณُูˆู„ِ ุงู„ู„َّู‡ِ -ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…- ุฅِุฐَุง ูƒَุงู†َ ุนِู†ْุฏَูƒِ

“Wahai Ummul Mukminin, apa do’a yang sering dipanjatkan oleh Rasulullah ๏ทบ jika berada di sisimu?”

Ummu Salamah menjawab,

‎ูƒَุงู†َ ุฃَูƒْุซَุฑُ ุฏُุนَุงุฆِู‡ِ « ูŠَุง ู…ُู‚َู„ِّุจَ ุงู„ْู‚ُู„ُูˆุจِ ุซَุจِّุชْ ู‚َู„ْุจِู‰ ุนَู„َู‰ ุฏِูŠู†ِูƒَ ».

“Yang sering dibaca oleh Nabi ๏ทบ adalah, ’Ya muqollibal quluub tsabbit qolbii ‘ala diinik (Wahai Dzat yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu)’.”

Ummu Salamah pernah bertanya pada Rasulullah ๏ทบ,

‎ูŠَุง ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„َّู‡ِ ู…َุง ู„ุฃَูƒْุซَุฑِ ุฏُุนَุงุฆِูƒَ ูŠَุง ู…ُู‚َู„ِّุจَ ุงู„ْู‚ُู„ُูˆุจِ ุซَุจِّุชْ ู‚َู„ْุจِู‰ ุนَู„َู‰ ุฏِูŠู†ِูƒَ

“Wahai Rasulullah kenapa engkau lebih sering berdo’a dengan do’a, ’Ya muqollibal quluub tsabbit qolbii ‘ala diinik (Wahai Dzat yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu)’. ”
 
Nabi ๏ทบ seraya menjawab,

‎ูŠَุง ุฃُู…َّ ุณَู„َู…َุฉَ ุฅِู†َّู‡ُ ู„َูŠْุณَ ุขุฏَู…ِู‰ٌّ ุฅِู„ุงَّ ูˆَู‚َู„ْุจُู‡ُ ุจَูŠْู†َ ุฃُุตْุจُุนَูŠْู†ِ ู…ِู†ْ ุฃَุตَุงุจِุนِ ุงู„ู„َّู‡ِ ูَู…َู†ْ ุดَุงุกَ ุฃَู‚َุงู…َ ูˆَู…َู†ْ ุดَุงุกَ ุฃَุฒَุงุบَ

“Wahai Ummu Salamah, yang namanya hati manusia selalu berada di antara jari-jemari Allah. Siapa saja yang Allah kehendaki, maka Allah akan berikan keteguhan dalam iman. Namun siapa saja yang dikehendaki, Allah pun bisa menyesatkannya.”

Setelah itu Mu’adz bin Mu’adz (yang meriwayatkan hadith ini) membacakan ayat,

‎ุฑَุจَّู†َุง ู„َุง ุชُุฒِุบْ ู‚ُู„ُูˆุจَู†َุง ุจَุนْุฏَ ุฅِุฐْ ู‡َุฏَูŠْุชَู†َุง

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami.” (QS. Ali Imran: 8) (HR. Tirmidzi, no. 3522; Ahmad, 6: 315. Tirmidzi mengatakan bahwa hadith ini hasan. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa sanad hadith ini hasan)

Thursday, November 07, 2024

๐๐„๐‘๐‰๐”๐€๐‹ ๐๐„๐‹๐ˆ๐‹๐€๐‡ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐‘๐€๐๐๐Œ๐”



Ibnul Jauzi rahimahullah berkata :

๐ŸŒผBerjual belilah engkau dengan Rabbmu, maka engkau akan mendapat keuntungan. 

๐ŸŒผDan bekerjalah untuk Nya, maka sesungguhnya engkau akan beruntung. 

๐ŸคฒDan mohonlah maaf kepadaNya, maka sesungguhnya Dia akan menerima permohonan maafmu. 

๐ŸคฒMohonlah ampunan kepadaNya, maka sesungguhnya Dia akan mengampunimu. 

๐ŸคฒBerharaplah engkau kepadaNya, maka sesungguhnya Dia akan mengangkat segala kesulitanmu. 

๐ŸคฒMintalah kurnia kepadaNya, maka sesungguhnya Dia akan melapangkan rezekimu."

✓ Bustaan Al-Waa'izhiin 229.

๐‚๐€๐‘๐ˆ๐‹๐€๐‡ ๐“๐„๐Œ๐€๐ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐„๐๐†๐€๐‰๐€๐Š ๐Œ๐” ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐€๐†๐€๐Œ๐€



Bagi manusia, sebagai makhluk sosial, berkawan/bersahabat adalah keperluan primer. 

Tentu saja, dalam belajar agama, kita akan lebih seronok bila ada teman seperjuangan. Teman yang boleh saling memberi semangat, berkongsi inspirasi dan membantu dalam perjuangan mencari ilmu. Oh alhamdulillah syukur, saya ada ramai ๐Ÿฅน๐Ÿฅน๐Ÿฅน

Bila di posisi menuntut ilmu, dapat pula teman yang baik yang sama-sama berjuang mencari ilmu, maka itu adalah rezeki yang sangat berharga. 

Itu adalah tanda bahawa kesuksesan anda dalam menuntut ilmu, akan semakin dekat.

Syaikh Shalih Al-‘Ushaimi hafidzahullah mengatakan,

ูˆู„ุง ูŠุญุณู† ุจู…ู‚ุงุตุฏ ุงู„ุนู„ุง ุฅู„ุง ุงู†ุชุฎุงุจ ุตุญุจุฉ ุตุงู„ุญุฉ ุชุนูŠู†ู‡ ูุฅู† ู„ู„ุฎู„ูŠู„ ููŠ ุฎู„ูŠู„ู‡ ุฃุซุฑุง

“Cita-cita mulia tidak akan dapat diraih, kecuali dengan mencari teman yang baik, yang dapat membantunya kerana teman itu memiliki pengaruh.”

(Khulashah Ta’dhim Al-‘Ilmi, hal. 35)

Dalam sebuah hadith riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi, dari sahabat Abu Hurairah ุฑَุถِูŠَ ุงู„ู„ّٰู‡ُ ุนَู†ْู‡ُ, Rasulullah ๏ทบ bersabda,

ุงู„ุฑَّุฌُู„ُ ุนَู„َู‰ ุฏِูŠู†ِ ุฎَู„ِูŠู„ِู‡ِ ูَู„ْูŠَู†ْุธُุฑْ ุฃَุญَุฏُูƒُู…ْ ู…َู†ْ ูŠُุฎَุงู„ِู„ُ

“Seseorang itu tergantung pada agama temannya. Maka perhatikanlah, dengan siapa kalian berteman.”

Raghib Al-Ashfahani ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ mengatakan,

ู„ูŠุณ ุฅุนุฏุงุก ุงู„ุฌู„ูŠุณ ู„ุฌู„ูŠุณู‡ ุจู…ู‚ุงู„ู‡ ูˆูุนุงู„ู‡ ูู‚ุท, ุจู„ ุจุงู„ู†ุธุฑ ุฅู„ูŠู‡

“Pengaruh buruk teman bukan sekadar dengan ucapan atau perbuatannya, namun cukup dengan melihatnya.”
(Khulashah Ta’dhim Al-‘Ilmi, hal. 35)

Ibnu Mani’ rahimahullah di dalam kitab Irsyad At-Thullab menulis nasihat khusus untuk penuntut ilmu,

ูˆูŠุญุฐุฑ ูƒู„ ุงู„ุญุฐุฑ ู…ู† ู…ุฎุงู„ุทุฉ ุงู„ุณูู‡ุงุก ูˆุฃู‡ู„ ุงู„ู…ุฌูˆู† ูˆุงู„ูˆู‚ุงุญุฉ ูˆุณูŠุฆูŠ ุงู„ุณู…ุนุฉ ูˆุงู„ุฃุบุจูŠุงุก ูˆุงู„ุจู„ุฏุงุก, ูุฅู† ู…ุฎุงู„ุทุชู‡ู… ุณุจุจ ุงู„ุญุฑู…ุงู† ูˆุดู‚ุงูˆุฉ ุงู„ุฅู†ุณุงู†

“Hindari berteman dengan orang-orang kurang akal, banyak melawak, tidak sopan, buruk perangai, dungu, dan keras kepala. Berteman dengan mereka hanya akan menyebabkan kita gagal.”
(Khulashah Ta’dhim Al-‘Ilmi, hal. 36)

Penulis: Ust. Ahmad Anshori, Lc. ใ…ค
•••

Wednesday, November 06, 2024

๐Š๐„๐๐ˆ๐Š๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐“๐„๐‘๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐’๐˜๐”๐‘๐†๐€ ๐€๐ƒ๐€๐‹๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‹๐ˆ๐‡๐€๐“ ๐–๐€๐‰๐€๐‡ ๐€๐‹๐‹๐€๐‡ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐€



Penyusun: Raehanul Bahraen

-Dalam pelajaran tauhid, salah satu yang dibahas adalah tauhid asma wa sifat iaitu mengenal Allah melalui nama-nama dan sifat-Nya

-Salah satu sifat Allah adalah memiliki wajah, yang sering sekali kita baca dalil dalam ayat Al-Quran yang menyebut “mengharapkan wajah Allah”[1]

-Ini wajah hakiki, bukan ditakwil (diselewengkan maknanya), hanya saja hakikat dan bagaimana bentuknya kita tidak tahu dan tugas kita hanya meyakini saja bahwa Allah memiliki wajah. Pastilah tidak boleh kita gambarkan walau dengan bayangan bawah mata atau dengan kata-kata. 

Allah Ta’ala berfirman,

ู„ِู„َّุฐِูŠู†َ ุฃَุญْุณَู†ُูˆุง ุงู„ْุญُุณْู†َู‰ ูˆَุฒِูŠَุงุฏَุฉٌ ูˆَู„ุง ูŠَุฑْู‡َู‚ُ ูˆُุฌُูˆู‡َู‡ُู…ْ ู‚َุชَุฑٌ ูˆَู„ุง ุฐِู„َّุฉٌ ุฃُูˆู„َุฆِูƒَ ุฃَุตْุญَุงุจُ ุงู„ْุฌَู†َّุฉِ ู‡ُู…ْ ูِูŠู‡َุง ุฎَุงู„ِุฏُูˆู†َ

“Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya (melihat wajah Allah). Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.” (QS. Yunus: 26)

Makna “ziyadah” (ุฒِูŠَุงุฏَุฉٌ) adalah tambahan nikmat bagi penduduk syurga iaitu melihat wajah Allah sebagaimana ahli tafsir Ibnu Katsir ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ mentafsirkan, beliau berkata:

ูˆุฃูุถู„ ู…ู† ุฐู„ูƒ ูˆุฃุนู„ุงู‡ ุงู„ู†ุธุฑ ุฅู„ู‰ ูˆุฌู‡ู‡ ุงู„ูƒุฑูŠู…

“Tambahan yang paling baik dan tertinggi adalah melihat kepada wajah Allah yang mulia” (Tafsir Ibnu Katsir)

Berikut beberapa dalil lainnya:

1. Seorang mukmin akan berseri-seri melihat wajah Rabbnya di hari kiamat sebagaimana dalam Al-Quran[2]

2. Kenikmatan tertinggi di syurga adalah melihat wajah Allah yang mulia sebagaimana dalam hadith [3]

3. Kita diajarkan berdoa agar dapat melihat wajah Allah, sebagaimana doa Rasulullah ๏ทบ [4[

4. Orang kafir di hari kiamat akan terhalangi melihat Rabb mereka, sebagaimana dalam Al-Quran [5]

-Perlu diketahui bahawa kita tak akan dapat melihat Allah di dunia. Kita hanya dapat melihat Allah di akhirat setelah manusia merasakan kematian, sebagaimana dalam hadith [6], inilah maksud ayat bahawa Allah tidak dapat dicapai dengan penglihatan mata, iaitu penglihatan mata di dunia, adapun di akhirat maka dapatlah kita melihat wajah Allah yang Mulia [7]

-Maka, cita-citamu harus tinggi iaitu masuk syurga tertinggi dan melihat wajah Allah yang mulia, jangan sampai kita tidak tahu kenikmatan terbesar ini kerana tidak belajar tetapi ingin mendapatkan kenikmatan tertinggi di syurga 

-Semoga kita selalu semangat belajar tauhid, menerapkannya serta mendakwahkannya

Laboratorium RS Manambai, Sumbawa Besar – Sabalong Samalewa

[1] Misalnya hadith:

ุฅู† ุงู„ู„ู‡ ุญุฑู… ุนู„ู‰ ุงู„ู†ุงุฑ ู…ู† ู‚ุงู„ ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ูŠุจุชุบูŠ ุจุฐู„ูƒ ูˆุฌู‡ ุงู„ู„ู‡ ุนุฒ ูˆุฌู„

“Sesungguhnya Allah mengharamkan neraka bagi orang mengucapkan Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dengan mengharapkan wajah Allah ‘๏ทป.” (HR. Bukhari dan Muslim).

[2] Allah Ta’ala berfirman,

ูˆُุฌُูˆู‡ٌ ูŠَูˆْู…َุฆِุฐٍ ู†َุงุถِุฑَุฉٌ ุฅِู„َู‰ ุฑَุจِّู‡َุง ู†َุงุธِุฑَุฉٌ

“Muka mereka (orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Rabbnya mereka melihat.” (QS. Al-Qiyamah: 22-23)

[3] Rasulullah ๏ทบ bersabda,

“Jika penghuni syurga telah masuk syurga, Allah ta’ala berfirman: “Apakah kalian mau tambahan nikmat (dari kenikmatan syurga yang telah kalian peroleh)? 

Bukankah Engkau telah memutihkan wajah-wajah kami? Dan Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami dari neraka? 

Kemudian Allah singkap hijab (penutup wajahNya yang mulia), dan mereka mengatakan,

ูَู…َุง ุฃُุนْุทُูˆุง ุดَูŠْุฆًุง ุฃَุญَุจَّ ุฅِู„َูŠْู‡ِู…ْ ู…ِู†ْ ุงู„ู†َّุธَุฑِ ุฅِู„َู‰ ุฑَุจِّู‡ِู…ْ ุนَุฒٌّ

Tidak ada satupun kenikmatan yang lebih kami cintai dari memandang wajah Allah Ta’ala (HR. Muslim)

[4] Doa beliau adalah:

ุฃَุณْุฃَู„ُูƒَ ู„َุฐَّุฉَ ุงู„ู†َّุธَุฑِ ุฅِู„َู‰ ูˆَุฌْู‡ِูƒَ

“dan aku memohon kenikmatan memandang wajah-Mu” (HR. An-Nasai, Ahmad , shahih dan lainnya).

[5] Allah Ta’ala berfirman,

ูƒَู„َّุง ุฅِู†َّู‡ُู…ْ ุนَู†ْ ุฑَุจِّู‡ِู…ْ ูŠَูˆْู…َุฆِุฐٍ ู„َู…َุญْุฌُูˆุจُูˆู†َ

“Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka (orang-orang kafir) pada hari kiamat benar-benar terhalang dari (melihat) Rabb mereka.” (al-Muthaffifin/83:15)

[6] Rasulullah ๏ทบ bersabda,

ุชَุนَู„َّู…ُูˆุง ุฃَู†َّู‡ُ ู„َู†ْ ูŠَุฑَู‰ ุฃَุญَุฏٌ ู…ِู†ْูƒُู…ْ ุฑَุจَّู‡ُ ุนَุฒَّ ูˆَุฌَู„َّ ุญَุชَّู‰ ูŠَู…ُูˆุชَ

“Ketahuilah, tidak ada seorangpun di antara kamu yang (bisa) melihat Rabb-nya (Allah) Azza wa Jalla sampai dia mati (di akhirat nanti).” (HR. Muslim).

[7] Ayatnya adalah:
ู„ุง ุชُุฏْุฑِูƒُู‡ُ ุงู„ุฃุจْุตَุงุฑُ ูˆَู‡ُูˆَ ูŠُุฏْุฑِูƒُ ุงู„ุฃุจْุตَุงุฑَ ูˆَู‡ُูˆَ ุงู„ู„َّุทِูŠูُ ุงู„ْุฎَุจِูŠุฑُ

“Dia tidak dapat dicapai (diliputi) oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu, dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui” (QS al-An’aam:103).



Monday, November 04, 2024

๐’๐ž๐›๐š๐ข๐ค-๐›๐š๐ข๐ค ๐๐ž๐ญ๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ค ๐€๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐๐ž๐ญ๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ค ๐๐š๐›๐ข ๏ทบ


๐ŸŽ™ Syaikh Prof. Dr. Faishal Ghazawi ุญูุธู‡ ุงู„ู„ู‡ (imam & khotib Masjidil Haram Makkah Al-Mukarramah) berkata : 

Rasulullah ๏ทบ setiap memulai khutbah biasanya beliau mengucapkan,

ุฃَู…َّุง ุจَุนْุฏُ ูَุฅِู†َّ ุฎَูŠْุฑَ ุงู„ْุญَุฏِูŠุซِ ูƒِุชَุงุจُ ุงู„ู„َّู‡ِ ูˆَุฎَูŠْุฑُ ุงู„ْู‡ُุฏَู‰ ู‡ُุฏَู‰ ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุดَุฑُّ ุงู„ุฃُู…ُูˆุฑِ ู…ُุญْุฏَุซَุงุชُู‡َุง ูˆَูƒُู„ُّ ุจِุฏْุนَุฉٍ ุถَู„ุงَู„َุฉٌ

“Amma ba’du. Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad ๏ทบ. 

Sejelek-jelek perkara adalah (perkara agama) yang diada-adakan, setiap (perkara agama) yang diada-adakan itu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan” (HR. Muslim no. 867)

((Ada beberapa ustaz yang saya follow, biasa memulakan kuliahnya dengan membaca ayat ini - rupanya ini adalah amalan Rasulullah))

Sebahagian manusia ada yang beramal dengan perkara-perkara yang tidak pernah disyariatkan oleh Rasulullah ๏ทบ. Padahal hal itu terkadang memberatkan bagi dirinya sendiri. 

Agama Islam telah sempurna. Tidaklah ada satupun kebaikan dalam agama ini, melainkan telah dijelaskan oleh Rasulullah ๏ทบ. Dan perkara apapun yang mendekatkan kita ke syurga, maka Rasulullah ๏ทบ sudah menjelaskan semuanya. Tanpa kurang sedikit pun.

Maka kewajiban bagi setiap Muslim adalah ittiba' (mengikuti Nabi ๏ทบ) dalam seluruh ibadahnya. 

Allah ta'ala berfirman,

ู‚ُู„ْ ุฃَุทِูŠุนُูˆุง ุงู„ู„َّู‡َ ูˆَุงู„ุฑَّุณُูˆู„َ ۖ ูَุฅِู†ْ ุชَูˆَู„َّูˆْุง ูَุฅِู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ู„َุง ูŠُุญِุจُّ ุงู„ْูƒَุงูِุฑِูŠู†َ

"Katakanlah (Hai Muhammad): Taatilah Allah dan Rasul-Nya. Jika kamu berpaling, maka Allah tidak menyukai orang-orang yang kafir." [Ali Imran 3: 32]

Semoga Allah Ta'ala memberikan kita taufik untuk sentiasa berjalan di atas petunjuk Nabi-Nya, Rasulullah ๏ทบ.

๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน

Dah lama tak baca ke bebudak ni tazkirah yang panjang sikit. Hari ni kitorang revise balik pasal bid'ah ❤️

๐“๐ˆ๐๐’ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Š๐„๐๐€๐‹ ๐๐€๐’๐“๐ˆ ๐’๐„๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐”๐’๐“๐€๐™ ๐ˆ๐“๐” ๐Œ๐€๐๐‡๐€๐‰๐๐˜๐€ ๐๐€๐†๐”๐’ ๐€๐“๐€๐” ๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐Š





๐ŸŸข Menjadi sangat urgen dan sangat penting bagi kita, untuk memilih ustaz yang sudah jelas manhajnya, sebab memang ramai betul ustaz-ustaz di sekitar kita ni. 

Dari satu sisi, syukur alhamdulillah itu bermakna pendakwah semakin ramai, namun perlu berhati-hati juga tentang pegangan yang dibawa tu juga. 

Diantara cara sederhana dan mudah dalam melihat seorang ustaz sunnah, apakah manhajnya bagus atau tidak adalah : 

๐ŸŸค 1. Lihatlah, bersama siapakah ustaz tersebut berkumpul.. apakah bersama ustaz² yang bermanhaj salaf atau tidak.. kerana seseorang itu berada di atas agama teman dekatnya.

๐ŸŸฃ 2.Dari mana ustaz tersebut menimba ilmu, baik almamaternya, maupun para ustaz dan masyikhnya.. Atau siapa tokoh favourite nya.. kerana sumber ilmu akan sangat mempengaruhi pemahaman dan manhaj seseorang.

๐Ÿ”ต 3. Dari sisi pendapat, apakah banyak menyelisihi pendapat ulama yg bermanhaj salaf ataukah tidak.. bila banyak sekali pendapatnya yg menyelisihi pendapat ulama yg bermanhaj salaf.. maka itu indikasi bahawa manhaj yg merupakan landasan seseorang dlm menganalisa dalil juga berbeza.

๐ŸŸ  4. Dari sisi topik dakwah yg disampaikan, apakah perhatiannya besar terhadap tauhid ataukah tidak.. itulah antara pembeza antara dakwah salaf dgn dakwah lainnya.

๐Ÿ”ด 5. Dari sisi perhatiannya kepada Ijma’ generasi salaf.. jika tidak memperhatikan sisi ini, maka dia akan bermudah²an dalam membahas sebuah masalah, terutama dalam masalah akidah dan bid’ah.

Cerdaslah dalam memilih ustaz, kerana itu adalah sumber agama kita.. yg terpenting adalah manhajnya.. adapun sisi lain seperti kecerdasan, kaedah penyampaiannya, kuatnya hafalan, dll, maka itu adalah pelengkap.. jangan menjadikan pelengkap sebagai intinya.

Perlu diingat, tdk menjadikannya sebagai ustaz rujukan, bukan bererti membencinya, atau memusuhinya, atau tdk menerima kebenaran darinya.. sebagaimana kita sering merujuk ke doktor tertentu dlm penyakit tertentu, krn kehati-hatian, bukan karena kita benci kepada doktor yg lain.

Tulisan asal : Ust. Musyaffa Ad Dariny Hafizhahullah

Jika Kalian Tidak Menemukan Aku Di Syurga, Maka Ajaklah Aku Ke Syurga

Bismillah,




Malam ni, saya share satu tips supaya kita ada peluang masuk syurga... Iaitu dengan memperbanyakkan bersahabat dengan orang Soleh dan banyakkan belajar dari mereka. 

๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน

Rasulullah ๏ทบ bersabda tentang syafaat di hari kiamat,

"Setelah orang-orang mukmin itu dibebaskan dari neraka, demi Allah, Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sungguh kalian begitu gigih dalam memohon kepada Allah untuk memperjuangkan hak untuk saudara-saudaranya yang berada di dalam neraka pada hari kiamat. 

Mereka memohon: Wahai Tuhan kami, mereka itu (yang tinggal di neraka) pernah berpuasa bersama kami, shalat, dan juga haji.

Dijawab: ”Keluarkan (dari neraka) orang-orang yang kalian kenal.” Hingga wajah mereka diharamkan untuk dibakar oleh api neraka.

Para mukminin inipun MENGELUARKAN BANYAK SAUDARANYA yang telah dibakar di neraka, ada yang dibakar sampai betisnya dan ada yang sampai lututnya.

Kemudian orang mukmin itu lapor kepada Allah, ”Ya Tuhan kami, orang yang Engkau perintahkan untuk mengeluarkannya dari neraka, sudah tidak tersisa.”

Allah berfirman, ”Kembali lagi, keluarkanlah yang masih memiliki iman seberat dinar.”

Maka dikeluarkanlah orang mukmin banyak sekali yang disiksa di neraka. Kemudian mereka melapor, ”Wahai Tuhan kami, kami tidak meninggalkan seorangpun orang yang Engkau perintahkan untuk dikeluarkan…” (HR. Muslim no. 183).

๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน

Jadi, perhatikanlah sahabat-sahabat kita, adakah mereka ni mahu mengajak kita ke majlis ilmu, atau asyik ajak enjoy aje? 

Ada tak mereka mengajak kita meninggalkan maksiat atau malah menggalakkan lagi buat dosa?

Ada tak mereka ajak kita buat kebaikan atau mereka mengejek kita pula ketika kita cuba nak buat sesuatu kebaikan?