Pages

Monday, November 04, 2024

𝐓𝐈𝐏𝐒 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐈𝐓𝐔 𝐌𝐀𝐍𝐇𝐀𝐉𝐍𝐘𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐔𝐒 𝐀𝐓𝐀𝐔 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊





🟢 Menjadi sangat urgen dan sangat penting bagi kita, untuk memilih ustaz yang sudah jelas manhajnya, sebab memang ramai betul ustaz-ustaz di sekitar kita ni. 

Dari satu sisi, syukur alhamdulillah itu bermakna pendakwah semakin ramai, namun perlu berhati-hati juga tentang pegangan yang dibawa tu juga. 

Diantara cara sederhana dan mudah dalam melihat seorang ustaz sunnah, apakah manhajnya bagus atau tidak adalah : 

🟤 1. Lihatlah, bersama siapakah ustaz tersebut berkumpul.. apakah bersama ustaz² yang bermanhaj salaf atau tidak.. kerana seseorang itu berada di atas agama teman dekatnya.

🟣 2.Dari mana ustaz tersebut menimba ilmu, baik almamaternya, maupun para ustaz dan masyikhnya.. Atau siapa tokoh favourite nya.. kerana sumber ilmu akan sangat mempengaruhi pemahaman dan manhaj seseorang.

🔵 3. Dari sisi pendapat, apakah banyak menyelisihi pendapat ulama yg bermanhaj salaf ataukah tidak.. bila banyak sekali pendapatnya yg menyelisihi pendapat ulama yg bermanhaj salaf.. maka itu indikasi bahawa manhaj yg merupakan landasan seseorang dlm menganalisa dalil juga berbeza.

🟠 4. Dari sisi topik dakwah yg disampaikan, apakah perhatiannya besar terhadap tauhid ataukah tidak.. itulah antara pembeza antara dakwah salaf dgn dakwah lainnya.

🔴 5. Dari sisi perhatiannya kepada Ijma’ generasi salaf.. jika tidak memperhatikan sisi ini, maka dia akan bermudah²an dalam membahas sebuah masalah, terutama dalam masalah akidah dan bid’ah.

Cerdaslah dalam memilih ustaz, kerana itu adalah sumber agama kita.. yg terpenting adalah manhajnya.. adapun sisi lain seperti kecerdasan, kaedah penyampaiannya, kuatnya hafalan, dll, maka itu adalah pelengkap.. jangan menjadikan pelengkap sebagai intinya.

Perlu diingat, tdk menjadikannya sebagai ustaz rujukan, bukan bererti membencinya, atau memusuhinya, atau tdk menerima kebenaran darinya.. sebagaimana kita sering merujuk ke doktor tertentu dlm penyakit tertentu, krn kehati-hatian, bukan karena kita benci kepada doktor yg lain.

Tulisan asal : Ust. Musyaffa Ad Dariny Hafizhahullah

No comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!