Tuesday, January 26, 2010

Resepi Dalam Pantang


Bismillah,

Adeh...lama sudah saya janjikan nak letak resepi dalam pantang ini. Saya telah mengeditnya bagai nak rak pada satu hari...tapi boleh pulak terlupa nak publish. Takpelah, better late than never. Ramai lagi ni yang belum beranak kan...dan kalau anda dah beranak pun silalah beranak semula dan resepi ini bolehlah digunakan.

Saya kumpulkan segala resepi ini dari carian di google. Saya kan minat search itu dan ini. Hasilnya adalah resepi 21 mukasurat ini. Ada yang simple dan ada juga resepi yang complicated. Yang complicated tu, bolehlah dimakan pada pantang hari yang ke 20 ke atas. Jangan main redah aje ye macik2. Maleh nak tulis panjang2 ah, korang masuk sini pun sbb nampak tajuk itu kan?? Sila lah download, daku rela :D





Monday, January 25, 2010

Didik Anak Jadi Pintar


Bismillah,

Kalau kalian nak tau, boleh kata dalam satu jam, suara saya akan berbunyi mungkin lebih dari sepuluh kali untuk melarang ataupun menyuruh anak saya dari sesuatu. Pada pandangan saya, mereka ini sentiasa mencuba satu demi satu perkara dan perhatikannya sama ada itu boleh atau tidak. Percubaan untuk mencapai satu keputusan dalam diri mereka ini kadangkala menyebabkan sesetengah ibubapa secukup rasa melabelkan, 'anak saya ngada2', 'anak saya buas', 'anak saya tak reti duduk diam' whatsoever.

Setelah 6 tahun mempunyai anak, suami saya juga telah berkali2 melarang saya dari menggunakan perkataan2 negatif ini untuk anak sendiri mahupun anak orang lain. Untuk anak sendiri kerana kata2 ibu juga adalah doa. Untuk anak orang lain adalah bagi mengelak perbuatan mengumpat dan demi mengelakkan diri kita akan diuji dengan anak seperti anak orang yang dikata itu.

Sebenarnya, jika terkeluar perkataan2 yang saya sebutkan itu, serasanya kita masih tidak cukup memahami fitrah seorang anak. Apakah sebenarnya yang kita mahukan? Anak berusia 2-3-4 tahun bangun pagi, mandi dan kemudiannya duduk bersandar di dinding? Kemudian menunggu ibunya suap makan dan kemudian bersandar semula di dinding? Kemudian di ajak tidur dan dia tidur? Kemudian terjaga dan kembali bersandar ke tepi dinding??

Adakah begitu kita definisikan sebagai 'budak yang baik'?? Awaslah dengan fahaman kita. Kanak2 mempunyai fitrahnya yang tersendiri. Kita sewajarnya tidak cepat melenting bila mereka mencuba itu dan ini. Tapi setiap percubaan mereka itu memerlukan perhatian dari kita. Setiap percubaan anak, akan ada jalan penyelesaiannya tapi kita juga akan mengambil masa untuk mendapat formula terbaik untuk guide anak kita itu.

Sejujurnya, saya mudah terasa hati bila orang kata, "Ya ALLAH buasnya anak ngko..." tapi alhamdulillah takde lagi la orang direct gitu dengan saya. Saya cuma imejinnya sahaja. Maka saya akan mengelakkan untuk berkata dengan perkataan yang sama. Andai ada customer yang kelam kabut mengejar anak mereka dalam kedai, saya akan kata, "Biasalah budak2 nak belajar."

Bagi mendalami diri setiap anak itu, rasanya saya perlu lebih banyak study. Saya mempunyai 4 anak (nak masuk 5 ketika ini) dan perangai mereka tidak sama. Saya bernasib baik sekalipun perangai mereka berbeza, namun jika diberi baju sebagai contoh, mereka tak pernah kata, "Taknaklah, yang ni tak elok untuk Usamah."

Apa yang kami bagi, itulah yang mereka terima. Kerana itulah saya yakin, ia akan kembali kepada apa yang kita ajarkan akhirnya. Formula saya mungkin sesuai untuk diri saya dan boleh jadi formula saya tidak cukup bagus untuk menjadikan anak saya lebih bagus. Sudi2lah kongsi ya...

Entry ini diinspirasikan dari tajuk buku di bawah,klik pada gambar untuk membeli :