Thursday, March 05, 2009

Battutta Telah Pergi


Bismillah,
Sayu rasa arini. Manakan tidak, jam 5 am tadi, suami saya telah hantar mesej utk memberitahu saya kuda kesayangan kami telah mati. Saat saya menaip coretan ini, airmata saya turut berlinangan. Saya mahu melepaskan kesedihan saya di sini, kerana selepas ni saya tak mahu terus2 teringat bagaimana saya sudah mula menyayangi binatang ini.

Mertua saya kata, kuda ni manja dengan tuannya. Sehari dua sebelum Battutta pergi, apa saja yang diarahkan suami saya, dia akan buat. Dia berlari dalam satu bulatan bersama suami saya. Saya dapat rasa betapa dalam juga kasih suami saya pada kudanya. Tapi kasih ini tak buat saya berasa cemburu malah saya rasa terhibur dengan akrabnya ikatan dua makhluk ini.

Semalam, Battutta terketar2 dan buih2 keluar dari mulutnya. Sungguh berita ini telah buat saya cukup sedih kerana saya kesiankan Battutta. Ntah apa yang dia silap makan atau ntah ular mana yang mematuk kami tak pasti. Yang nyatanya, sekarang Battutta betul2 telah meninggalkan kami.

Terima kasih buat En Zul dari Pejabat Haiwan Parit Buntar yang sudi juga merawat Battutta walaupun saya rasa kedudukan kuda kami bukan dalam kawasan sempadannya. Mmm...mungkin sekarang Battutta sedang dialihkan untuk dimasukkan ke dalam satu lubang besar di mana dia akan terus bersemadi.

Kuda ini adalah dari baka yang baik yang mana sebelum kami membelinya, tuannya sendiri tidak pernah menyentuhnya kerana dibiar liar. Selepas hampir setahun membelanya di Kelantan, sebulan lalu kami membuat keputusan untuk mengalihkan mereka ke Parit Buntar.

Perjalanan tidaklah sukar kerana setiap road block yang kami lalui tiada halangan. Malah JPV (Jabatan Penguatkuasaan Veterinar) yang menahan kami pun melepaskan kami setelah mendapati kuda tidak memerlukan permit untuk di bawa ke sana sini. Owh ya, pastikan float yang dibuat mempunyai ciri2 keselamatan yang diperlukan.

Battutta telah lebih tinggi dari ibunya sendiri dan mungkin akan setinggi atau lebih tinggi dari ayahnya yang bernama Castello (Kelantan). Ntahlah, serasa nak padam gambar Battutta dari telefon saya. Tapi sangat terasa sayangnya, biarlah nanti sesekali buat ubat rindu anak2 saya.

Pagi tadi kami maklumkan Asmaa' Usamah tentang kematian Battutta. Usamah tanya "Abah tak bagi makan ke?" Asmaa' lak tanya saya kenapa Battutta mati dan bila saya bagitau dia termakan racun dia pun tanya, "Kenapa abah bagi dia makan racun?" Aduhai anak, Battutta itu ibaratnya kekasih hati abah, manakan abah tergamak untuk meracuninya.

Kini tinggallah 'Mek Na' & 'Simah' kuda putih abah. Tapi ia tetap tak sama dengan Battutta yang abah belek saban waktu. Duhai hati, hentikanlah kesedihan ini... Adalah tu hikmahnya yang telah ALLAH tetapkan. Terimalah hakikat bahawa tiap yang bernyawa akan kembali jua akhirnya.

Buat suamiku, bukan abang seorang yang bersedih. Saya turut merasakannya...
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!