Uwahhh...macam tajuk conference lak tajuk makcik siti arini. Dan saya kompem K.Nieza akan alert dengan entry saya arini kerana saya membeli produk dia. Hari ni saya tulis tajuk ni sebab semalam saya nampak tajuk Maxis iPhone 3G Review : Is it Worth Ur Money? by Mommy Lyna makanya saya jadi gatal2 nak tulis tajuk tentang apa yang saya beli.
OK, apa yang saya nak tulis ni mungkin lah juga akan membuatkan para penjual CD rasa nak bawak penguli tepung datang depan kedai spek saya dan pecahkan semua cermin saya. Tapi keadaan ni mungkin akan berlaku kalau anda2 tidak membaca entry ini sehingga habis. Sesungguhnya saya tidak berniat untuk menjatuhkan para peniaga CD. Janji...sebab saya suka anak2 saya pakai CD.
Utk pengetahuan K.Nieza, kami dah tak guna disposable diapers. Walaupun Cloth Diapers ni beli dari cina juga tapi sumbangan saya kepada orang cina ni at least semakin mengurang. Saya mention nama K.Nieza ni sebab saya nak K.Nieza rasa hepi bila dapat tahu testimoni produk dia yang berjaya macam saya.
Suami saya pun menunjukkan sokongan. Kadang2 dia juga tolong basuhkan especially kalau time dia basuhkan u'uk anak2 ni, dia tolong bilaskan sedikit. Saya rasa mcm best je sebab dah tak buang dispo diapers tiap2 hari lagi sekarang ni. Yang kami buang hanyalah kulit2 bawang, tulang, isi perut ikan erkk...yang lain nak tau ke? Ke ke....
OK, skang saya nak buat review tentang penggunaan Cloth Diapers ni ek
- First beli tu, K.Nieza pesan suruh basuh 3 kali. OK, kali ni saya nak lawan tok guru sikit ha ha...ada baeknya kalau anda basuh insert dia tu sehingga 5 kali. Basuh dan jemur sehingga 5 kali untuk penyerapan maksima. Kalau tak, nanti jadi macam saya, masa ari mula2 pakai tu rasa mcm nak upset je sbb kene lap lantai umah bila perasan budak2 ni kebocoran.
- Kalau saya nak beli CD lagi selepas ni, saya takmau dah beli yang Velour Stail lagi. Sebab di tangan saya 3-4 CD tu yang dah menunjukkan tanda2 plastik lapisan dalam dia nak koyak. Sedangkan saya basuh semuanya dalam keadaan yang sama. Ada kemungkinan saya mishandle benda ni sehingga terjadinya keadaan ni tetapi alhamdulillah keadaan itu tak terjadi kepada CD yang kaler2 tu.
- Adalah diingatkan, jika anda malas
macam sayautk basuh CD, jgn rendamkan ia kerana XTVT anda ini akan menyebabkan insert CD berada dalam keadaan terendam sentiasa. Ia sepatutnya menanggung air kencing anak anda bukan air lain. Jadi, untuk menjaga insert dalam tempoh panjang, kalau nak basuh, barulah anda siram ye, kalau tak letakkan dia dalam baldi khas sebelum dibasuh. - Untuk menjaga ketahanan CD, seeloknya jangan dibasuh menggunakan mesin manual. Mmm..pastu mcm mana k.Nieza? Kalau orang takde mesin basuh auto? Basuhlah dengan tangan aje.
- Jangan perah CD. Selepas velour stail CD saya rosak satu, saya kini lebih berhati2 ketika membasuhnya termasuklah tidak memerahkan CD ini lagi.
- Kalau boleh masukkan CD dalam beg khas untuk dibasuh supaya mesin basuh anda tidak mendera CD anda sehingga terkoyak rabak lapisan plastik di dalamnya.
- Bajet satu hari penggunaan CD adalah sebanyak 5 pcs. Jika anda nak beli 7 pcs utk seorang anak pun dah cukup tapi anda kene rajin basuhlah ye. Saya beli 20 pcs utk Arwa & Uwaiys dan saya hanya basuh CD tu pada setiap malam. Itu pasal abah diorang kene urut pinggang saya tiap malam ha ha...takde lah, tak sampai sepluh minit pun nak basuh CD neh. Tak dan sakit pinggang pun kecuali time buat2 letih.
- Bila anda beli ini, maka anda akan rasa syiok sebab dah tak payah beli dispo diapers. Anda jimat di situ satu hal. Yang kedua, anda tidak perlu lagi membebel2 kepada suami anda bila anda minta dia buangkan sampah esp yang duduk atas langit mcm K.Nieza tapi suami buat2 tak dengar. Yang lebih awla nya, anda turut menjaga kesihatan anak anda dengan tidak mendedahkan mereka dengan bahan kimia dalam dispo diapers dan anda turut menjaga alam sekitar. Uwahhh...saya pun pencinta alam hape..
Namun, tetap saya sarankan, adalah lebih baik untuk jangka masa panjang anda jika anda menjadi pengguna CD tegar. Saya akan jadi lebih lemah lembut supaya CD anak saya tahan lama. Untuk mereka yang suka bayar kali
No comments:
Post a Comment
Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!