Pages

Sunday, May 17, 2009

Jadual atau Checklist


"When life gets hectic, print out a checklist!"


Wah..ini adalah motto bagi My ParenTime's Printable Checklists dan ia adalah seswai utk orang yang malas skema macam saya. Jika anda berkunjung ke laman web ini anda akan dapati 378 jadual yang sama ada anda boleh print terus ataupun boleh edit secukup rasa dan aplikasikan dalam kehidupan anda.


Kenapa saya suka jadual??


  • Sebab saya adalah seorang yang malas skema

  • Sebab kalau takde jadual saya lebih tak berdisiplin

  • Sebab kalau takde jadual, kerja saya akan lebih banyak yang bertangguh

  • Dengan jadual, saya tidak boleh blogging sesuka hati saya sampai saya tak masak, tak kemas rumah, tak bukakan buku anak2, tak urut kaki suami saya dan lain2

Kenapa pula saya suka checklist??



  • Saya adalah seorang yang nyanyuk pelupa

  • Saya akan melompat2 setempat kegembiraan kalau semua checklist saya saya tandakan dengan tanda 'betul' macam cikgu sekolah saya tanda buku sekolah saya dulu

  • Saya boleh beritahu suami saya secara tidak langsung bahawa kerja2 ringan saya adalah banyak

  • Suami saya boleh tumpang tengok checklist & dia akan tolong saya menyempurnakan lagi kerja2 di dalam rumah

Adakah ini tidak cukup jelas untuk anda? Kiki...selamat berjadual ye kawan2!!!

No comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!