Kita ini adalah dua insan yang telah ALLAH jodohkan bersama. Sejauh mana kita berlari dan sejauh mana kita mengejar, andai bukan jodoh memang kita akan tidak bertemu. Tetapi kerana jodoh inilah kita telah disatukan. Setelah diakadkan, kita sama2 membina pula rasa cinta sesama kita dan ALHAMDULILLAH, pernikahan kita telah sejauh ini.
Bukan sedikit hari yang telah kita lalui untuk kanda buat dinda gembira dan bukan sedikit hari pula yang telah kita redahi untuk dinda buat kanda rasa berduka. Semuanya telah kita lalui bersama bermula dari bawah sehingga ke puncaknya dan kadangkala terjatuh juga apabila kita terlanggar batas yang tidak masuk ke penglihatan kita.
Juga terkadang kita diracuni dengan godaan syaitan yang begitu gembira kerana tusukan godaannya membuatkan dia rasa berjaya. Kadangkala kita dikalahkan dengan rasa tidak puas hati antara kita. Pastilah pula selepas itu kanda mengingatkan dinda bahawa kita sedang diuji ALLAH dan sama2 pula kita tertunduk menginsafi kesalahan itu dan dinda berpaut semula di lengan kanda untuk sama2 berasa bahagia semula.
Suamiku,
Jagalah lidah yang lembut ini, dia boleh merosakkan dan boleh membaiki, boleh memecah-belah boleh mendamaikan, boleh menaikkan boleh menjatuhkan, boleh menginsafkan boleh meliarkan, boleh bermusuhan boleh berkasih sayang, boleh membohongkan boleh membenarkan, dengan kata-kata lain lidah adalah penawar, lidah juga adalah racun.
Lidah dinda ini mungkin pernah merosakkan, juga pernah membuat pecah belah, atau pernah juga ia menjatuhkan kanda, mungkin juga telah membuatkan kanda merasa semakin kurang iman dan turut membuatkan kanda mahu bermusuhan dan rasa dibohongi. Maafkan dinda atas salahnya dinda menggunakan lidah dinda dengan betul. Akan dinda cuba lagi untuk membetulkan fungsi lidah dinda ini.
Kandaku,
Terima kasih kerana sudi bersama dinda setiap masa. Maafkan dinda atas kekurangan dinda. Tidak pernah sekali bermaksud untuk membuat kanda rasa kecewa. Andai dinda terlanjur meluahkan rasa dijiwa dinda, maafkanlah...maafkan dinda kerana gagal menguasai kesabaran ini. Andai kanda rasa sakitnya, hakikatnya diri dinda yang lebih lagi sakit dengan keterlanjuran dinda.
No comments:
Post a Comment
Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!