Bismillah,
Tidaklah saya pernah mengalami hal ini (ALHAMDULILLAH) tetapi seperti yang bertanya, saya juga akan berasa hati andai ada orang yang terdekat dengan saya menghadapi permasalahan ini. Pastilah berat penanggungannya seorang isteri mahupun suami setelah terjadinya hal ini.
Tidaklah saya pernah mengalami hal ini (ALHAMDULILLAH) tetapi seperti yang bertanya, saya juga akan berasa hati andai ada orang yang terdekat dengan saya menghadapi permasalahan ini. Pastilah berat penanggungannya seorang isteri mahupun suami setelah terjadinya hal ini.
Lelaki ini mungkin kita boleh kategorikan kepada dua. Cuba kita kenal pasti suami kita di kategori mana. Setelah itu, barulah kita tahu pula caranya untuk bertindak sebagai seorang isteri. (Tolong fahami saya tidak bertindak sebagai contoh, tetapi saya hanya mahu berkongsi buah fikir saya sahaja). Sesungguhnya semua isteri itu wajib akur dengan ketentuan Ilahi supaya di akhirat kelak mendapat balasan yang setimpal dengan pengorbanan kita.
Wah..wah..tengok carta kebarangkalian saya...hihi...bukankah matematik itu relevan dalam kehidupan? :P
Dua kategori lelaki
- Boleh bersabar - bagi wanita yang memiliki suami seperti ini maka bersyukurlah. Kerana hakikatnya kita isteri takkan boleh lari dari berbuat kesalahan. Apabila kita buat salah, pastilah si suami yang terpaksa bersabar dengan kerenah kita itu. Bagaimanapula jika kesalahan itu telah kita ulangi sekali sebulan? Berapa bulankah telah kita lalui bersama dengan suami kita itu. Jadi sekiranya ada salah silap, mohon pihak suami tegurlah dengan berhemah. Jika isteri anda jenis yang OK mcm anda juga, insya ALLAH akan rukun damai lah keadaan anda sekeluarga. Jika isteri anda melawan, pun masih ada caranya. Betullah anda boleh pukul, tapi rujuk betul2 dengan orang yang tahu kaedahnya. Saya ada meng'google' hal ini dan saya dapati satu orang Indonesia buat dan saya rasa saya faham je maksud dia (adakah aku terlalu byk tgk cerita Indon?). Sila rujuk link ni untuk cara pukul isteri ek... Jadi buat isteri yang suka melawan sedangkan suami anda bersabar, dengan dipukul sebegitu, tahulah anda bahawa suami anda telah melakukan banyak peringkat teguran sehingga akhirnya dia memilih untuk memukul anda. Owhh...jangan hingga begini ya..itu tanda kita bukan isteri yang baek...
- Kurang penyabar - Ini kalau suami jenis ini dapat isteri yang OK, yang tak melenting tak apa lah. Kalau anda tak pukul pun dia akan cepat insaf barangkali. Jadi dengan kebaikan isteri anda ini, haruslah anda menurunkan level ke'hampeh'an anda supaya anda berdua sama2 menjadi ibubapa contoh buat anak2. Jangan sampai anak2 lihat bapa mereka seorang kaki buli ibu mereka dan yang lebih teruk lagi, kaki pukul. Kalau dah nama tak sabar, maka pastilah anda tidak akan merujuk kepada ayat dalam surah AnNisa : ayat 34 yang bermaksud
"Men are (meant to be righteous and kind) guardians of women because God has favored some more than others and because they (i.e. men) spend out of their wealth. (In their turn) righteous women are (meant to be) devoted and to guard what God has (willed to be) guarded even though out of sight (of the husband). As for those (women) on whose part you fear ill-will and nasty conduct, admonish them (first), (next) leave them alone in beds (and last) beat or separate them (from you). But if they obey you, then seek nothing against them. Behold, God is most high and great. (4:34)
Uwah, saya tulis maksudnya dalam BI, hihi...ini adalah kerana saya jumpa tafsir ayat ini dalam BI juga, sila rujuk link ini pulak ye. Bila isteri dalam kategori tak melawan ni pun jangan sampai maruah anda terus dipijak ye, kita ada undang2 Islam yang akan membela hak anda insya ALLAH. Tapi gimana pula kalau suami dah tak sabar, dapat bini lak yang jenis melawan? Hihi...saya rasa arini ko pukul aku, esok aku bantai ko balik...uwah, mesti cute kan? Anak2 jadi lak pengadil. Na'uzubillah...janganlah sampai ke tahap ini anda biarkan keadaan rumah tangga anda.
Semua yang kita lakukan akan mendapat pembalasan meskipun sebesar biji sawi. Betapa tepat dan jitunya penilaian ALLAH itu. Tetapi hal ini hanya mereka yang berfikir sahajalah yang akan merasa berat akan tanggungjawab sebagai ISTERI, SUAMI dan seterusnya sebagai IBUBAPA pula.
Mmm...menurut carta kebarangkalian saya tadi, kita dikedudukan mana? Semoga ALLAH menunjukkan kita jalan yang lurus menjadi orang yang mulia.
Jawapan saya untuk yang bertanya di dalam Respekss
Saya ingin mendapatkan pandangan sahabat2 di sini, bagaimana agaknya perasaan seorang suami sehingga sanggup memukul isterinya.
- Sudah hilangkah sayang dan belas kasihan kepada isteri itu? -mungkin dia masih sayang, tapi isteri dia tak faham2 atau mungkin juga betul, dia dah hilang rasa sayang itu
- Adakah kerana kesalahan lampau si isteri? -perlulah pula dilihat kepada punca permasalahan ini, jika dari kisah lampau, maka kenapa setelah kian banyak tahun, kisah lampau ini masih dikorek2? Tambah pula kalau isteri itu tak mengulangi kisah lampaunya, bukankah isteri itu telah berkorban di situ?
- Adakah kerana mempertahankan ego seorang lelaki/suami? -kalau memukul kerana ego, maka memang kompem hampehlah suami itu
- Adakah kerana hilang kesabaran dek kerana iman di dada masih belum kental? -mungkin iman itu ada, tetapi dah terhakis dan boleh jadi iman belum kental lagi.
- Adakah kerana ilmu perkahwinan dan keibubapaan belum khatam? -mungkin juga.
- Dimanakah rasa tanggungjawabnya sebagai pemimpin dan pembimbing ahli keluarganya? -belum tentu yang memukul itu memukul kerana tiada tanggungjawab, mungkin saja dia memukul kerana rasa tanggungjawab nya itu.
- Sudahkah hilangkah perasaan malu dan takut kepada Allah? -mmm...kalau suami itu benar2 malu dan takut, pastilah dia telah berikhtiar sehabis daya untuk membetulkan isterinya.
Wallahua'lam
**jangan lupa baca artikel saya tentang Suami Kaki Pukul juga ye..
No comments:
Post a Comment
Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!