Sunday, July 05, 2009

Menghadapi Kerenah Anak


Bismillah,

Sejak akhir2 ini, saya dilambung pergolakan emosi yang amat dahsyat. Seingat2 saya, dari cuti sekolah yang lalu dan kini ia telah makan masa sebulan malah lebih dari sebulan. Sepanjang tempoh itu, saya rasa tidak enak. Kebetulan pula masalah dunia datang bertalu2 sehingga saya rasa terbenam ke dalam bumi. Sangat menyakitkan...

Namun, saya terpaksa kembali menongkat lutut dan bangun perlahan2 semula. Masalah2 ini telah benar2 melambatkan proses pemulihan dalaman saya. Saya rasa ini adalah tempoh paling lama saya mendapatkan diri saya yang sebenar. Seperti yang dikata K.Suzy, seorang teman baru chatting saya, saya tidak seperti saya kini. Mungkin ada benarnya juga.

Ketika chatting dengan MommyLyna MSK juga saya hampir menyalahkan umur saya yang mendekati 30 ini. Walaupun tidak munasabah, saya masih mahu meletakkan kesalahan tentang kelainan saya ini kepada sesuatu. Yang paling malangnya, anak2 saya kini kerap menjadi mangsa. Saya paling sedih bila Asmaa' menegur, "Eh, umi cakap baik2..umi sayang kakak ye?"

Dia takjub kerana saya bercakap dengan baik kepada dia. Lalu saya sedar saya telah banyak menggunakan nada tinggi dengan mereka. Alangkah sedihnya hati mereka ya. Padanlah jika saya membuka mulut sahaja, Asmaa' hanya diam dan menurut apa yang saya arahkan. Sekali pandang, seperti saya ketika kecil namun saya beruntung (agaknya) kerana adik saya datang semasa usia saya 4 tahun tetapi Asmaa' tidak sempat setahun telah berjumpa dengan Usamah.

Anak2 ini tidak ada salahnya. Hanya saya yang telah mula berubah dan perubahan saya juga jauh sehingga saya ternampak suami saya selalu berlemah lembut dengan anak2 kerana mahu menyeimbangkan kelakuan saya yang sangat jelik ini. Saya marah sebenarnya dengan diri saya kerana tidak fokus dengan masalah.

Sepatutnya saya perlu fokus, jika yang saya marah adalah kepada A, kenapa saya marah kepada B dan kenapa B pula yng perlu menjadi mangsa? Kasihan anak-anak ku....Sob Sob.... Pasti mereka terpinga2 kenapa umi mereka ini melepaskan tekaan kepada mereka. Adakah sampai mereka akan terfikir mereka bersalah kerana cuba mendapatkan kasih sayang dari saya? Astaghfirullah...

Menurut Noraini Ahmad, berikut adalah beberapa perkara yang saya boleh lakukan untuk menangani hal ini :

  • Kata-kata dan tindakan awal saya - saya sepatutnya lebih banyak memeluk dan menyentuh mereka dari menepis tangan mereka yang mahu berpaut di tangan saya. Tindakan yang menunjukkan kasih sayang saya kepada mereka tidak hanya memberikan mereka rasa bahagia namun ia juga turut menjadikan saya seorang yang lebih gembira dan bahagia.
  • Beri penjelasan kepada mereka - Asmaa' jika meminta sesuatu dari saya, lalu saya kata 'Sekejap lagi umi buat ye, sekarang umi nak taip report.' dia akan kata 'OK' sambil senyum. Tapi syaratnya saya kene bercakap dengan baik dan tidak menengking2. Sangat mengharukan bila dengar dia kata OK itu kerana dia membelakangkan keinginan dia jika saya punya kerja lain. (baru teringat saya terhutang membacakn dia buku cerita dan mengajar Matematik :( ). Tidak seperti Usamah, dia tidak boleh berkompromi dengan alasan. Jika dia mahukan sesuatu, saya tidak boleh tangguhkannya. Andai dia minta susu, saya terpaksa juga bangun dengan malas untuk membuatnya daripada saya biar dia membentak2 dan itu lebih menambah tekanan kepada saya. Anak2 saya jarang mengajak saya bermain kerana mereka sudah cukup kawan untuk bermain tapi jika anak anda mengajak anda bermain, beritahulah begini, "OK tapi sekejap aje ye..."
  • Mempelbagaikan XTVT - Saya tidak patut menumpu kepada satu XTVT sahaja. Jika hari ini saya membacakan buku cerita dan ini memerlukan penglibatan saya untuk membaca, maka esoknya, saya sepatutnya memberikan mereka pensil warna dan buku mewarna dan biarkan mereka mewarna. Lusanya, mungkin saya boleh mengajar mereka Matematik dan tulatnya pula saya biarkan mereka bermain dengan blok atau lego.
  • Alternatif lain - CD dan Astro saluran kanak-kanak. Di rumah saya tidak ada pemain CD/VCD/DVD jga tidak ada Astro, namun saya ada banyak CD yang ntah bila boleh digunakan oleh mereka. Insya ALLAH jika saya ada lebihan nanti akan saya belikan kerana adakalanya, penggunaan alat bantu mengajar seperti ini dapat digunakan untuk mereka.

Mmm..kawan2 jangan lupa doakan saya ya...plis...
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!