Pagi Ahad yang kecoh!! Semua anakanda bangun sebelum langit benar2 cerah. Saya rasa ini perlu dibiasakan. Pagi tadi saya tidak memaksa tetapi mereka yang bangun awal. Malah Asmaa' sempat menunaikan subuh bersama kami!! Satu perasaan yang saya tak reti lagi nak describe mcm mana. Semenjak dua ini, mereka tidur awal dan itulah sebabnya mereka bangun awal juga.
Hari ini Asmaa' & Usamah akan ke kelas membaca. Mungkin uminya tak cukup disiplin dalam mengajar diorang bercampur pula dengan pertembungan dengan apa yang cikgu mereka ajar. Maka, agak susah jugalah untuk mereka cover. Lalu, saya hantarkan kepada Cg Zurina di Taman Kerian Permai.
Cg Zurina ini mengajarlkan 3 perkara, membaca dalam BM, Read Easy dan membaca jawi. Atas nasihatnya, dia menasihatkan saya mengambil dua pakej BM dan jawi terlebih dahulu. Kerana ada sedikit perbezaan antara Bacalah Anakku dan Read Easy. Katanya, biar mereka faham dahulu untuk mengeja dalam BM. Bayarannya? 3 kelas seminggu RM 80 seorang.
Maksudnya sekarang saya boleh teruskan mengajar mereka Al-Furqan. Al-Furqan pula kaedah untuk membaca al-Quran. Telah saya serahkan tugas mengajar kepada orang lain, maka saya akan tumpukan dengan mengajar mengaji pula. Walaupun begitu, seperti tadi, saya tebalkan muka bertanya kepada cikgunya mereka belajar sehingga mana.
Bukan mahu pertikaikan gurunya mengajar cepat atau lambat tetapi saya mahu mengulangkaji bersama mereka selepas ini. Itu sahaja... sekalipun mereka belajar beberapa patah untuk satu jam setengah, itu tetap saya hargai juga. Selepas kelas tadi, saya membawa Asmaa' & Usamah ke kedai buku untuk mencari buku terbitan Ameen.
Buku ini berharga RM 75 satu set. Perinciannya adalah seperti ini :
Buku Ini Berkesan Kerana:
# Kesedaran Fonemik - Pendekatan pengajaran membaca Jawi yang terkini.
# Cerita dan ilustrasi yang dapat menarik minat anak untuk belajar membaca Jawi.
# Perkataan dalam ejaan Jawi baru diperkenalkan secara bertahap untuk membentuk keyakinan dan kemahiran membaca Jawi.
# Sesuai dengan perkembangan kognitif dan persekitaran anak yang baru mula Membaca Jawi
Pakej Bacaan Bertahap mengandungi:
1. Tiru Bunyinya
2. Bola Biru Sali
3. Hidi Suka Pari
4. Cuti Di Zoo
5. Dusun Tok Awang
6. Usah Mandi Sendiri
7. Sali Sakit Gigi
8. Ayuh Bersama Sali
Malangnya, di Parit Buntar tidak ada kedai buku yang menjual buku ini. Saya boleh beli online tapi sengaja bawa mereka ke kedai buku. Adatlah budak2, minta macam2 benda untuk dibeli. Sehingga akhirnya umi terbeli 2 kotak pensil warna...sedangkan mereka baru je dapat satu yang baru.
Bukan itu saja, saya belikan 4 keping VCD, majalah Aulad & Sayang Muslim. Juga sedikit alatulis seperti pembaris besi dan pisau (ahaha...macam senjata nak mengganas aje bunyiknya). Mereka nampak puas hati tapi dah sampai rumah saya catu dulu bekalan itu. Tak bolehlah bg direct sbb yang lama masih boleh digunakan.
Plus, Asmaa' & Usamah pun dah pandai nak mengemas rumah. Jadi, dengan keluarkan sedikit2 apa yang saya simpan2 mcm CD tu nnt mudah2an ia dianggap sebagai ganjaran buat mereka nanti. Sekarang dah boleh minta tolong mereka kemaskan rumah...terasanya dah tua sebab mereka dah semakin faham dengan umi diorang.
Semasa dalam perjalanan balik tadi, sampai di lampu isyarat Asmaa' mengira secara menurun berdasarkan nombor yang ada di situ. Selepas tu dia tegur saya, "Umi nape tak jalan? Tu kaler hijau dah tunjuk arah sana." Sebelah kiri dah boleh jalan sbb lampu situ dah hijau. Lalu saya beritau, "Kita nak go straight." Tiba2 lampu terus pun bertukar hijau.
"Umi, kita kan nak straight, kenapa anak panah tu tunjuk ke atas?? Kita nak terbang ke??" Ahaha...saya teringat dulu saya kecik2 pun saya tak puas hati dengan tanda di lampu isyarat ni. Tapi bila saya tanya dia semula, "Lepas tu dia nak tulis mcm mana kakak kalau nak go straight??" lalu dia pun senyum menunjukkan gusinya itu...
No comments:
Post a Comment
Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!