Pages

Sunday, November 08, 2009

Prinsip Homeschool Saya



Bismillah,

Sebenarnya saya tidak tahu untuk menamakan perkara-perkara di bawah sebagai apa. Mungkin ia adalah prinsip, atau mungkin juga ia sesuai disebut sebagai asas, atau ia lebih baik disebut sebagai rukun bagi HS. Perkara dibawah adalah rekaan saya (anda tahu bukan saya suka mereka-reka) semata-mata. Maka, haruslah anda faham, prinsip ini pasti banyak kelemahannya.

Prinsip homeschool saya

  • Rumah sentiasa menjadi tempat terbaik dalam melakukan apa jua aktiviti termasuk membebel.
  • Tidak boleh ada border di dalam rumah. Ini bermakna, apabila saya memasak, anak-anak bebas untuk melihat saya memasak. Tak heran lah baru2 ni Uwaiys dah masukkan kaya roti dalam kuali yang ada minyak bekas menggoreng saya....waaaa...dah la penuh lagi kaya tu...
  • Tugas saya sebagai seorang ibu adalah lebih focus kepada akademik setiap hari.
  • Tugas suami saya sebagai seorang ayah adalah untuk mengajar anak-anak untuk live a real life.
  • Kerja ibubapa adalah kerja anak-anak dan kerja anak-anak juga adalah kerja ibubapa. Jangan pandang anak-anak tidak mampu membuat kerja ibubapa kerana mereka kerana ketidakmampuan mereka adalah kerana tidak diajar.
  • Tiada soalan yang tiada jawapan. Jika tidak tahu, minta tangguh dan dapatkan secepat mungkin jawapannya untuk mereka.
  • Semua anak-anak akan dilibatkan dalam semua aktiviti ibubapa.
  • Anak-anak (saya) perlu ke sekolah untuk turut menerima pembelajaran seperti rakan sebayanya yang lain tetapi mereka akan belajar lebih banyak benda di rumah.
  • Walaupun anak-anak pergi ke sekolah, saya akan cuba untuk menjadikan sekolah mereka tempat mengulangkaji, bukan tempat belajar.
  • Oleh itu, saya dan suami akan memastikan kami peka tentang pelbagai ilmu dan syllabus pelajaran mereka di sekolah.
Kelihatannya agak membebankan jika saya tidak menghayati sebaiknya apa tanggungjawab ibubapa kepada anak2. Insya ALLAH saya akan cuba untuk menghayati amanah ini dan semoga kami diberikan kekuatan dalam menjaga permata2 hati kami ini.

Kawan-kawan, ini adalah prinsip saya. Prinsip yang telah saya reka sesuai dengan keadaan dan kemampuan saya. Prinsip anda mungkin berlainan namun anda boleh jadikan prinsip saya ini sebagai panduan untuk menentukan prinsip hidup anda. Jangan lupa untuk tinggalkan komen dan saranan anda ek...

Sis & bro teman umi di pagi hari :)

No comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!