Pages

Tuesday, November 24, 2009

Motif Mi Kari :P


Bismillah,

Huhu..sebenarnya saya mahu upload gambar mi kari saya itu. Tiba2 saya perasan yang kamera saya rosak. Saya boleh tangkap gambar tapi saya takleh nak bajet nak tangkap mcm mana dan takleh pula nak view dia punya gambar. Kawan2, adakah kerosakan ini boleh dibaiki? Dan jika boleh, selalunya berapakah harganya. Di bawah adalah gambar yang saya ambil tanpa tahu sama ada benda yang saya nak fokus termasuk atau tidakdongguemoticon..huhuhu


Sila fokus kepada getah oren yang ada dalam talam itu. Itu adalah model yang termasuk dalam gambar tanpa daku sedari. dongguemoticon

Ada beberapa sebab saya buat mi kari hari ni. Ini adalah mi kari pertama saya.
  • meraikan kejayaan mengumpulkan dana bersama anak2 dan staff
  • merapatkan kembali kelonggaran ukhuwwah antara saya dan staff
  • menambahkan Hb dalam badan saya - di dalamnya ada 1/2 kg kerang tanpa kulit :P
  • takyah masak lauk lain sebab saya adalah sangat letih
Semalam, saya tidur lebih kurang pukul 12 malam. Ini adalah kerana saya perasan duit yang terkumpul untuk kakyong telah mencukupi malah terlebih pula. Saya risau nanti ramai yang akan bank in lagi lalu saya memutuskan untuk menyebarkan berita itu diblog2 yang turut serta dalam kempen ini.

Dalam nak menunggu semua blog terpampang, saya sempat terlena di depan komputer selama tatau berapa lama. Hasilnya pagi tadi saya bangun dalam keadaan yang tidak selesadongguemoticon. Setelah rasa lega, barulah saya kaji semula berapa jumlah terkini sumbangan. Rupanya yang terlebih hanyalah RM 20 sahaja.

(alamak, saya cek semula masih ada yang bank in hari ini lagi...huhu tapi tuannya suruh bg aje pada kakyong. Jadi lebihan duit adalah RM 40dongguemoticon)

Hari ini juga saya belum marah2 kepada anak2. Bukan kerana saya sabar, tetapi mereka tidak buat apa2 yang menyebabkan saya marah hari inidongguemoticon. Malah, balik dari kelas mengeja tadi, Asmaa' terus datang kepada saya yang sedang terbaring dan bertanya, "Kenapa umi tidur sorang2?". Dia jarang tengok saya tidur siang. Sebab tu agaknya dia tanya.

Saya tak jawab soalan dia tapi saya picit2 kepala saya dan dia pun tolong picit sama. Serius, Asmaa' kerap memicit kepala saya. Sehingga saya rasa dia bukan berumur 5 tahun lagi. Malah hari ini mereka hanya main playdough dari kelas mereka tadi. Maka tak ada mainan yang berselerak di dalam rumah. Suami saya juga dah tolong sapukan rumah semasa saya ke pasar pagi tadi. Maka, saya tidak ada halangan untuk mengatakan, hari ini hari yang aman buat saya.

Suami saya juga bawa balik 3 ekor burung belibis atau itik air hutan. Nantilah di masa lain saya upload gambar 3 beradik yang aktif meloncat itu. Masih anak kecil lagi. Tapi ini nak tunjuk gambar burung ini ketika dewasa.


Sepatutnya hari ini saya buat kraf sikit dengan anak2 tapi nampaknya delaylah ke hari esok. Saya nak rehat2 sikit. Actually semalam dah buat Maths dengan latihan membaca. Usamah dah boleh baca buku 1 dan Asmaa' dah masuk ke buku ke3. Usamah telah didedahkan dengan basic Maths dan Asmaa' sedang belajar operasi menolak.

Gambar xtvt semalam..meniarap sambil membaca
Tengoklah Uwaiys dan buku terbaliknya...kadang tu betulkan balik pun, dia terbalikkan semula juga...huhuhu

Itu sarapan semalam Frosties dengan susu sebab saya berkejar ke klinik untuk cek perut dan Hb saya telah naik ke 10.5...yeyyyy!!!

Saya juga baru tersedar buku yang saya selalu gunakan untuk Asmaa' itu (buku matematik) adalah buku syllabus Singapore. Dasat sungguh di dalamnya telah mengajarkan operasi darab (bahagi tak perasan pulak). Kalau kalianlah, kalian nak ke ajar budak 5 to 6 years darab?? Kita dulu darjah berapa ye jumpa operasi ini?

Mmm...sementara sekarang sehingga hujung bulan ini, mungkin saya tidak menulis bahan yang berat2. Mahu memberi fokus kepada contest bertocang yang saya anjurkan. Jadi, korang layan ajelah gambar kami anak beranak sehingga hujung bulan ini...hehehehe...

**************************
Iklan sikit...

Ha..ni kalau k.An tak singgah memang sajelah tu.. Saye sebenarnya dah terlalu lama tak blog walking (baru 5 hari aje....) sebabnya saya masuk blog yang hanya ada entry untuk kakyong sahaja. Lalu, saya ketinggalan banyak edisi MamaMencah ni demi meningkatkan dana 16k dia. Hari ini, saya terlihat kesungguhan k.An dalam mencari idea2 bermutu dan berkhasiat untuk menambah jumlah susu badan dia. Sila terjah link ini ye... Anda boleh memberi k.An cadangan ataupun mencontohi apa yang sedang dia lakukan jika anda belum melakukannya.

No comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!