Pages

Thursday, December 31, 2009

Gelagat Anak2 Tido


Bismillah,

Hihi..seronok tengok budak2 ni tido. Ada macam2 gaya. Ini baru 4 orang. Dah masuk 5 nanti agaknya mcm mana pulak. Zaman kanak2 dulu orang sll kata tengok kat mentadak dan tanyakan, "Mentadak Mentadu, mcm mana abah tido??"

gambar ini di ambil oleh Lawra
Yeiiihaaaww...

Ahahaha....saje je nak cerita gelagat diorang tido. Sebab kelako nak diingat2. Tapi insya ALLAH dah besar karang diorang pandai kontrol gaya tido mcm umi diorang. Ya..saya mahu anak2 saya tido lena mcm mana umi mereka dapat nikmat itu. Bukan semua orang senang tido tau.

Asmaa'
Masa kecik dia pernah isap jari. Tapi bila dia dah faham kami cakap, kami selalu usik dia, "Eiii..malunya kakak isap jari" dan lama kelamaan dia malu sendiri dan buang tabiat tu. Selepas itu dia pun mula minat untuk rasa kain satin dan time tu, saya memang ada banyak jubah satin yang saya bawak tido. Satin murah je sepasang 12 hengget.

Dia kalau nak tido sah2 tarik baju saya sampai opah diorang tempah sarung bantal dengan satin di kelilingnya. Skang dah bantal tu kecik, dan saya pula beralih kepada kaftan, maka Asmaa' terpaksa cari alternatif lain seakan2 satin. Dua2 belah jari hantu dia akan 'rasa' kuku jari telunjuk sampai lena. Ahahaha...kalau tgh malam dia ala2 trsedar pun saya perasan dia akan gerakkan jari hantu atas jari telunjuk dia ni..

Usamah
Kerapkalinya, dia akan berputar 90 darjah dari kedudukan asal. Kalau tido melintang pada mula tidur, jap gi jadilah menegak. Kalau masa dia kecik dulu, kalau dia nangis nak susu tengah malam dia main hentak kaki dan time tu kami duduk di rumah kayu. Kalau kaki dia atas lantai memang berdegung2lah bunyi lantai rumah. Tapi buatnya kaki dia atas kitorang, ha...tak lebam ke dibuatnya.

Sekarang dia tak hentak kaki dah dan dia dah boleh bertolak ansur dah kalau umi atau abah tak bangun untuk bancuh susu. Tapi satu yang dia sll buat adalah selak baju dia dan letak satu bantal atas kulit perut dia. So, kalau dia dah tersedar tu, dia akan selak baju sambil tangan tu teraba2 cari bantal.

Uwaiys
Yang ni lagi pelik. Masa kecik dia tak ada tabiat tido. Tapi menangis malam minta susu adalah agenda wajiblah juga. Sekarang, kalau dia nak tido, dia akan masukkan kaki dia dalam sarung bantal. Bukan sebelah okeh tapi dua2 sekali. So, satu bantal atas kepala, satu lagi dia letakkan dua2 kaki kat dalam. Huhuhuhu....

Arwa
Alhamdulillah, mungkin sbb BF lama, maka Arwa bukanlah jenis nangis tgh mlm mintak susu. Masa BF dulu, kalau dia nak trjaga tu, kita susukan aje dia..tapi skang kalau dia ala2 nak trjaga, kami hanya perlu tepuk2 saja dan dia akan lena sekali.

Muntah
Owh, muntah itu perkara biasa bg kami. Sampai abah dia dan saya dah kira handal tadah muntah diorang. Agak2 aje dia bunyi nak muntah, kami akan bangun capai mangkuk muntah yang memang kami letak kat dalam bilik dekat tempat tidur diorang. Sekarang ni semenjak kelahiran Arwa haritu, kejadian muntah ni dah makin kurang pada anak2 lain.

Cara lain, saya lapik tempat tidur mereka dengan kain tebal. Kalau takda mangkuk berdekatan maka saya akan cuba tadah dengan kain itu. So, selamat la toto tu kan. Kalau tak kena basuh tto lagilah letih...huhuhuuh... Owh ye, kain tebal yang saya guna sllnya adalah uniform yang mak dengan abah saya (misi dan posmen) yang diorang tak guna untuk buat baju baru.

Perati bekas biru antara dua tilam tu..itu le bekas tadahan muntah kami

Tiris
Ahaha...ni pun benda biasa sbb 3 anak sulung saya minum susu formula. Kalau nak selamat tu, sblm kami masuk tido salinkan DD diorang. Lepas itu, bila dah bangun pagi2 nak solat subuh tu, kami salinkan dulu DD diorang. Ha...barulah tak bocor. Kalau sampai ari malas kami memanglah tiris jawabnya.

Sbnrnya penting salin DD seblum dan selepas mak ayahnya bangun. Kalau tak, dah le anak tido tak lena sebab basah, umi dengan abah dia pun jadi mangsa jugak kene bangun lagi, kene bancuh susu lagi, kene basuh toto pulak kalau bocor....so, kena lah sediakan 2-3 DD kat tpt diorang.

Breastfeed
Yang bagusnya BF kanlah anak. Bukan apa, jaaaaaaaauuuhhhh amat beza Arwa dan abang kakaknya. Dia jarang bocor, jarang mintak susu malam, jarang muntah. Dan abahnya pun kali ni dah mula bagi semangat untuk umi full BF bila dah dapat bezakan mcm mana anak2 punya keadaan. Bukan ape, dulu abah jugak yang kluar tgh malam cari formula milk sbb anak nangis. Sampai merajuk2 lah kita ni. Huhuhuhu...


Tidur berirama

*Abah!!! We can do this time!!! 2 tahun ekkkkkkk........

6 comments:

  1. lucu la pic tdo berirama tue..hehehe

    ReplyDelete
  2. hihiihi...syok kumpulkan anak masa dirang tido....

    ReplyDelete
  3. wah, macam2 ragam tido anak-anak yer.my nuha pun suka tido berpusing dan dalam keadaan mamai bleh naik katil sebelah yang kitorang letak tepi katil kami.hehehehe.lawak btol.

    ReplyDelete
  4. tenang je rasa hati kalau tgk anak2 tido, pelbagai gaya

    salam tahub baru hijrah dan masihi, moga lebih banyak kejayaan diraih

    ReplyDelete
  5. haha suke aksi tido berirama tuh...
    macam2 gelagat dorg kan.

    mommaMia paling suke tgk Damia masa tido... sayu jer kalo tgk dia tido. geram pun ada... cepat tol anak momma membesar...

    ReplyDelete
  6. abah diorag kata, sllnya kami anak2 yang sayu tgk umi tido...sbb budak2 ni tak tido siang sangat. Malam lak umi dia tido dulu...ahahahah

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!