Pages

Wednesday, December 30, 2009

Menjadi Lelaki Romantis


Bismillah,

Aselehe tajuk..hihi.. entry ini saya usaha tulis juga walaupun secara teknikalnya suami ku itu tak seromantik watak yang sll k.Yati Berahim tonjolkan dalam novel2nya. Tapi bagi saya suami saya tu tahap romantiknya... 'cuuuuuuuuukuuuuuuupp rase'. Tidak pelik pun, lepas solat sama, dia ambil tangan saya dan genggam erat. Kalau dah buka telekung, dia akan leraikan kusut rambut saya seolah2 dia pegang sutera...wah wah... Susahkah itu?

Sebab ada suami yang susah nak sentuh isterinya. Kenapa ya? Bukankah kamu telah menikahi dia dan sekarang kamu tidak mahu membelai jiwanya pulak. Peganglah sikit puan isteri. Koman2 sehari sekali... Atau kamu tidak sedar yang romantis adalah satu ciri yang menjadi idaman setiap perempuan. Owh..canggungnya rasa tulis ayat2 ini :P

Kalau korang pun rasa canggung nak beromantika, mungkin tips kecil di bawah boleh membantu:
  • Beri dia pujian - janganlah yang tidak logik pulak kan. Mcm semalam kami tengok drama ada Rozita Che Wan, saya tanyalah suami saya, "Cantikkan pompuan tu?" dan tau suami saya kata, "Tak ah umi lagi cantek". Owh sungguh rasa nak muntah bila terbayang adakah saya benar2 lebih cantek dari Rozita Che Wan :P. Sangat tidak berasas!! Saya bagi tips lah ye..sebagai contoh kelebihan fizikal dia. Adakah matanya cantik, hidungnya mancung, pipinya licin bla bla bla... Atau boleh jadi sikap dia sebagai isteri sepeti masakannya, cara dia hias rumah dan lain-lain. Bukan pe, selain bersikap romantis, anda juga bolehla menahan godaan dari perempuan lain.
  • Bunga atau hadiah - hoih, alangkan dapat satu sepit rambut comel dari Pinkyfrogshop pun saya gumbira. Ni kan pulak kalau suami saya bawak balik makanan dan saya tak perlu masak. Wakakaka...ini adalah sampel isteri pemalas :P. Bestnya ek kalau dapat bunga kah, atau baju2 yang suami pilih khas untuk kita. Saya masih ingat lagi syioknye rase masa dapat jubah dari suami walaupun sebenarnya asal2 dia nak bg kat orang lain jubah itu.. Asal saya pakai baju tu je saya akan tanya dia, "Ingat tak jubah ni??" He he... Oh ye, kalian kalau nak bg hadiah ada isteri, jangan lupa letak kad ucapan, 'I LEBB U BEBEH'.
  • Touch n go - kot2 terlintas depan ka belakang dia ke, bg lah sikit sentuhan. Takkan lak nak sentuh time 'nak' aje kot. Lepas2 solat ke, nak gi keje ke, kiss2 lah sikit tang kening ka..tang..erk..kene ajar sampai tahap ni ke??
  • Luangkan masa - Dari dok hadap Famville tak sudah2 baik la duduk sebelah bini. Belek2 Crosstitch yang dia buat. Ajak dia sembang2..kalau lagi best, ajak dia makan kat luar. Setakat ni saya laki bini tak pernah lagi makan luar secara berduet sebab kami takde duit takde bibik nak tolong jaga kanak2. Tapi gi shopping tu pernah la sbb shopping ni mcm keperluan kan, so mintak tolong mak jagakan kanak2 ni kejap. Kalau gi makan ni, tak gamak le lagik. Ni yang tak sabo nak tunggu Asmaa' beso ni...
  • Buat candle lite dinner sendiri kat rumah - ahahaha...ini cadangan aje. Saya tak pernah buat sbb takut anak2 tanya, "Umi takde duit ke nak bayar api???" Pengsan!!!
Itu cadangan aje. Kalau korang boleh buat lebih baik dari itu dah cukup baiklah. Yang penting, biar isteri anda rasa kasih sayang anda. Sebab bila tidak disentuh2 begitu, dia akan mudah rasa terabai. Bila dia terabai, jangan salahkan dia kalau dia mengabaikan pulak...

6 comments:

  1. touch n go tu yang tak tahan tu.mesti terbabas.ops!

    ReplyDelete
  2. huhuhu...sllnya jadi touch n stay ek.. :P

    ReplyDelete
  3. sy pun selalu kena touch n go..ahahaha...kdang2 geram gak...ehehehe sbb sy ni pengeli org je...sentuh skit dah rasa geli..ehehehehe...

    ReplyDelete
  4. touch n go ke.. ciuman sblom ke opis ke.. tp genggam tgn n sentuhan lepas solat jemaah sama tu mmg sentiasa buat hati sejuk n rasa sayang sgt. wlau baper kali pun buat.

    good entry cik siti sifir! mesti suruh encik2 suami suma baca! ;)

    ReplyDelete
  5. hehehe...n3 yg menggeletek hati.

    Gud job cik siti!

    So far ciuman di dahi lepas solat jemaah is the best and deba boomm rasanya.

    Tengah syok dicium tu adalah plak yang tolak2x bahu ibu.....pastu yg panjat nak naik atas belakang ayah dia...kids...

    layannnnnnnnnnn

    ReplyDelete
  6. Asha, antara saya dengan hb, dialah penggeli...punyalah susah nak sentuh...

    Syigim, suruh org laki baca?? diorang kan takleh disuruh2...hehehehe

    Puan Hanis, saya pikir berkali2 nak tulis..ahahahaha...malu siuuut

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!